Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau siarkan confession aku ni. Aku Wani (nama samaran). Tujuan aku tulis ni, aku nak pendapat netizen, salah ke apa yang aku fikirkan dan apa yang aku buat sekarang ni?
Ok, aku berumur 27 tahun, graduan IIUM, course Engineering. Sekarang tengah final stage untuk habiskan Masters, Engineering jugak, di salah satu IPTA lain kat Malaysia. Dari dulu lagi, time aku remaja lagi (sekarang dah tua ke? Haha) aku dah bercita-cita nak jadi suri rumah ibu bapa. Memang dah tersemat dalam jiwa aku, aku taknak jadi wanita bekerjaya sebab aku takut bila aku diperlukan ibu bapa (sakit, tua etc), aku sayang nak lepaskan jawatan/kerja. Masa tu aku siap niat, in case ada rezeki jodoh, then aku bersedia nak berkhidmat untuk both ibu bapa dan mertua. Kenapa aku fikir macam ni? Sebab banyak sangat dalam kehidupan aku, aku tengok semua anak-anak sibuk bekerjaya, ibu bapa sendirian kat rumah. (Aku tak kecam korang semua yang sibuk bekerja, aku faham, tu semua keperluan dan komitmen, chill ok? hehe)
Ada tu aku tengok, nenek umur 80 tahun setiap hari duduk sorang kat rumah, sebab anak keluar kerja pagi ke petang. Aku tak salahkan anak, betullah tu, duit pun keperluan zaman sekarang ni kan, cumanya aku terlalu fikirkan ibu bapa aku, takkan nasib ibu bapa aku macam tu jugak nanti? Dah la nenek tu ada masalah pendengaran, kalau jadi apa-apa, boleh pulak dia nak call siapa-siapa? Memang tak, laa kan. Nak dijadikan cerita, adik-beradik aku semua pandai-pandai. Alaah, pandai tipikal sekarang la, UPSR, PMR, SPM, semua banyak A, semua masuk universiti. Bukan lah pandai masak ke repair kereta ke pandai menjahit ke, tak. Pandai akademik. So, of course semua bercita-cita tinggi ni.
Sebab tu aku lagi risau, siapa la pulak akan jaga ibu bapa aku nanti. Aku pun teruskan la kehidupan dengan cita-cita yang satu ni, suri rumah ibu bapa. Tapi dalam masa yang sama, aku sambung belajar, aku jadi pembantu penyelidik, sebab apa? Sebab aku nak minded aku grow, aku nak buka minda, aku nak jadi orang yang positif, sentiasa improve ilmu dari sudut duniawi dan ukhrawi. Aku jugak ada bisnes sendiri, tak perlu lah aku cerita bisnes apa. Dari sudut cita-cita aku, Alhamdulillah, aku di jalan yang aku nak. Aku ada income (tak lah kaya, lepas la nak bagi ibu bapa bulan-bulan dan untuk diri sendiri), dan aku ada kebebasan waktu.
Alhamdulillah sangat, hari-hari aku memang penuh dengan kerja rumah di rumah ibu bapa, aku puas hati bila dapat masakkan, basuh sidai lipat kain baju diorang, dan memacam lah kerja rumah (penat woih! Imagine je aku buat ala-ala job skop bibik). Anytime mak aku ajak pergi memana, aku available. Sebab aku boleh adjust masa aku. Sebab aku ada kebebasan masa jugak lah, aku dapat join kelas-kelas agama. Kelas ni semua aku join kebanyakannya dengan pakcik makcik pencen umur 60 ke atas. Ya Allah, ni pun aku bersyukur, nikmat ni aku dapat aku tengah muda bertenaga lagi. Alhamdulillah. Kadang-kadang aku pergi melawat pak sedara2 dan mak sedara2 aku, masa hari bekerja, semua tinggal berdua je kat rumah. Sedih pulak rasa, takde orang nak entertain.
Masalah sekarang, bila jumpa orang luar. Pak sedara, mak sedara, kawan-kawan ibu bapa. Pada pandangan diorang, aku berumur 27 tahun, belum habis belajar dan belum bekerja. Aku ulang, 27 TAHUN, BUJANG, BELUM HABIS BELAJAR DAN BELUM BEKERJA. NOTHING. Tipulah kalau aku tak pernah berkecil hati and rasa low self-esteem kan kadang-kadang. Sepupu dan kawan-kawan kemain masing-masing bekerjaya, doctor, engineer, manager, lecturer, memacam lagilah jawatan gah-gah. Aku pulak style malas nak gebang hal bisnes aku dengan diorang. Yelah, aku fikir, malas la cakap banyak, diorang bukan target customer aku pun, HAHA. Tapi ibu bapa aku nampak bisnes aku ada kemajuan. In fact, mak aku siap suggest lagi, aku sambung PhD, sebab aku suka buat research kan, dan teruskan je bisnes.
Tapi, sejak akhir-akhir ni, kadang-kadang jiwa aku agak goyah jugak la, tekanan dari pihak lain kan, aku nak jugak nampak berguna dan bekerjaya. Bila orang tanya,’kerja mana sekarang?’. Sedap la sikit kalau boleh jawab,’Engineer kat Petronas’. HAHA. Jadi, sekarang aku dah terfikir-fikir, nak masuk industri. Tapi bila tanya kawan-kawan yang dah kerja sejak grad degree dulu, memasing suruh aku teruskan apa yang dah aku lalui dan bina. Semua kata, diorang nak sangat jadi macam aku, jadi suri rumah tapi ada income sendiri (walaupun sikit). Tapi diorang dah tak boleh, memacam komitmen dah ada.
Lagi satu, bab jodoh. Aku kan 27 tahun, bujang, belum habis belajar dan belum bekerja di mata kasar orang ramai. Aku jadi kurang yakin nak berkenalan untuk dijodohkan, sebab ada ke lelaki boleh terima cita-cita aku nak jadi suri rumah zaman sekarang ni? Lagipun, aku ni sangat enjoy kebujangan aku, aku buat segala aktiviti lasak, aku travel (ikut kemampuan), muka asyik sun burn tatkala perempuan lain sibuk nak cantik dan flawless. HAHA. So di mata kasar orang lain nampak aku ni sekadar 27 tahun, bujang, belum habis belajar dan belum bekerja, pastu sibuk travel dan beraktiviti sana sini. Kahkah.
Akhir kata, aku cuma nak dengar pendapat orang ramai, adakah yang terbaik aku teruskan sebagai suri rumah ibu bapa dan akan datang suri rumah ibu bapa mertua pulak, hihi. Ataupun, selagi masih muda dan bujang, aku perlu guna kesempatan bina karier dalam industri. Aku akui, banyak kebaikan masuk industri, dari sudut pengalaman, income fix every month etc etc. Nak kecam pun aku takde hal, aku memang sekarang perlukan pendapat dari pelbagai sudut untuk lebih membuka minda aku. Feel free to comment! Hehe.
Love,
Wani
Dah 27 tahun pun, konfius lagi, pebenda laaaa.
– Wani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit