Assalamualaikum pembaca IIUMC. Aku baru je baca post pasal me time untuk surirumah. 24/7 menguruskan anak, penat mental, perlu sangat2 me time tu. Itu semua aku tak nafikan. Aku faham sangat2 apa sis tu rasa sebab aku pun seorang fulltime isteri, seorang ibu yang menguruskan tiga orang anak yang masih kecik2.
Suami aku kerja malam. Bila dia balik kerja, aku pulak bangun untuk bersiap2 pergi kerja. Ye, selain menguruskan rumahtangga, aku jugak seorang pekerja makan gaji di sebuah syarikat swasta. Kerja 8 jam, kadang2 lebih, tak termasuk perjalanan pergi balik kerja, 5 hari seminggu, kadang2 lebih. Ada masanya kena outstation balik hari. Kadang2 kena 2, 3 hari.
Apa yang buat aku fed up bila baca post sis tu ialah, masih ada lagi mak2 yang komen kat post tu jenis “aku surirumah, aku lagi penat”, jenis “kau senang la cakap, kau keje. Dapat la lari daripada anak, jumpa kawan2 office” dan jugak jenis “aku surirumah, try nak me time tapi rasa tak lengkap hidup, rasa tak tenang bila ber me time sebab takde anak ikut sekali. Camne kau boleh pegi me time tak bawak anak ek?”. Faham tak maksud aku?
Tahukah anda, wahai orang2 yang saya nyatakan di atas, kami mak mak yang bekerja are no less exhausted than you are. Kami bukan pergi kerja, punch in, lepak goyang kaki, gelak2, borak2, habis kerja punch out, balik, pastu dah sampai rumah sambung goyang kaki lagi, anak2 uruskan diri sendiri.
Tak, sis sis sekalian. Kami juga kerja round the clock macam anda2 semua. Bezanya, stakeholder anda ialah anak2, stakeholder kami ialah client2 syarikat kami yang macam2 kerenahnya, rakan sekerja kami yang perangai boleh tahan macam bangangnya, bos2 kami yang boleh tahan gila kuasanya. Kalau yang kerja cikgu, nurse, customer service lagi lah macam2 kerenah orang yang perlu dilayan.
Istilah fulltime housewife tu pun aku tak berapa setuju. Sebabnya, sepanjang kat tempat kerja, kami tak buang ye title isteri & ibu. Kami masih seorang homemaker, wife, mother secara fulltime. Kena jaga amanah suami yang bagi izin bekerja so sentiasa beringat tak boleh nak menggelenyar dengan pekerja2 lelaki yang jugak suami & bapak orang lain. Kena jaga hak anak yang masih menyusu so mengepam susu jugak kat tempat kerja. Kena sentiasa bawa diri ni sebagai seorang ibu & isteri walaupun kat tempat kerja.
Dan lagi 1. What makes you think mak mak yang sanggup ber me time sorang2 ni boleh tenang2 bersuka ria tinggalkan anak eh? Bila anda tengok seorang mak ber me time, sama ada main game sekejap tanpa gangguan, tengok drama korea 1 episod tanpa gangguan, pergi 99 speedmart sorang2, keluar dengan kawan2 tanpa bawak anak2, pergi bercuti tak bawak anak2, kenapa perlu highlight “aku tak boleh la pergi bersuka ria tinggal anak2 ni, rasa tak lengkap hidup. Rasa tak tenang tinggal anak. Rasa kesian tinggal anak”.
Kalau itu pendapat anda, why not just keep it to yourself dan zip your mouth je without raining on other people’s parade? Aku pasti mak mak yang pergi ber me time tu dah make sure anak2 dia cukup makan, cukup pakai dan dijaga dengan baik oleh ayah diorang, atuk nenek diorang sebelum mak mak ni keluar. Dan aku pasti mak mak ni pun turut rasa tak lengkap hidup takde anak2 join sekali, rasa rindu kat anak2.
Sama jugak dengan mak mak bekerja yang terpaksa hantar anak2 kat pengasuh, taska ataupun parents jagakan. Setiap hari bergelut dengan perasaan bila nak hantar anak2. Setiap masa teringat kat anak2. Risaukan keselamatan anak2 yang takde depan mata. Tawakal pada Allah, mengharapkan Allah jaga anak2 sepanjang masa. Kalau bukan disebabkan terpaksa bekerja menambah pendapatan keluarga, atau belum boleh berhenti kerja, rasanya memang semua mak mak ni nak duduk di rumah je.
Kemampuan setiap orang tak sama. Jalan hidup aku, kau, dia tak sama. Tabah kau dengan tabah aku tak sama. Jadi, tak perlulah kita banding2kan hidup dengan orang. Menguruskan rumahtangga ni penat memang penat.
Nak pujuk hati sendiri, ingatlah yang Allah bagi ganjaran untuk penat lelah kita menguruskan keluarga. Kesihatan diri kena jaga. Penat, berehatlah. You cannot pour from an empty cup. Fill your cup first. Carilah apa sahaja cara yang sesuai untuk mengembalikan kewarasan diri anda tanpa perlu merendah2kan, melekeh2kan orang lain.
Aku doakan kita semua dipermudahkan segala urusan menjaga rumahtangga, mendidik anak2 untuk jadi insan berguna. Anak2 kita perlukan mak mak yang happy & sihat di samping mereka. There, I said what I said. Thank you for reading.
– Ati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit