Hi Assalamualaikum semua.. Berdasarkan tajuk, sayalah surirumah tak berganjak tu, hehe. Saya berumur hujung 20an, dan mempunyai 3 orang anak yang semuanya jarak 2 tahun.
Kenapa saya tak bekerja… sebab saya rasa saya tak ada cita-cita. Saya rasa.. Selesa dengan hidup macam ni. Bila bekerja, saya hadap pelbagai masalah.
Contohnya saya pernah kerja retail.. Saya tidak tahan bunyi radio mall, bunyi orang lalu lalang yang bising, bunyi tapak kaki, bunyi mesin vacuum.
Benda ni semua buatkan telinga saya sakit dan kepala berselirat macam anxiety. Tak tahu lah saya ada anxiety atau tidak tapi itulah keadaan saya.
Saya tak mampu nak cakap dengan customer secara friendly. Bukan sengaja tapi saya anxiety. Boss selalu marah sebab saya tidak buat eye contact atau senyum.
Saya pernah kerja yang tak hadap orang, macam dropship. Tapi sama juga saya tetap kena ada interaksi dengan orang, jadi saya panic attack.
Bekas rakan sekelas saya pernah kongsi di media, dia ada buat graphic design dari rumah saja. Saya nak buat macam tu tapi saya tak ada skill.
Kawan saya diploma dalam bidang tu. Yang saya ada cuma basic spm. Saya tak pandai macam orang lain, walaupun spm saya dapat A dalam 5 subjek, tapi saya cuma menghafal dan tak pandai secara praktikal.
Sebelum berkahwin, saya yatim piatu. Ibu ayah meninggal waktu saya umur 19.. Hidup bekerja hanya untuk bayar sewa, bil, transport dan makan.
Bagi saya, asal ada makanan untuk dimakan, ada bumbung atas kepala, kira cukuplah. Saya cuma fikir saya tak mahu kerja menghadap orang lagi kalau saya dah berkahwin.
Lepas bersalin anak sulung, saya berhenti kerja dan jaga anak dirumah sampai lah sekarang 3 orang anak. Saya tak bekerja, tapi saya berjimat mana yang boleh.
Dari segi kesihatan, saya akan pastikan semua ahli keluarga saya makan benda sihat supaya tidak mudah jatuh sakit. Kami elak maggi takut sakit lain dikemudian hari.
Kos rawatan bila sakit bukanlah sikit. Saya akan cut benda lain, biasanya kami akan makan telur, sayur seikat 30sen kedai runcit jual, dan nasi (sayur, protein, karbohidrat).
Kadang jiran bagi buah yang dia jual tak habis.. Kami dah cakap tak apa, tapi tiap minggu anak jiran datang bagi 4 plastik. Buah elok lagi..
Masa bayi saya lahir.. Saya rasa saya kekurangan susu badan. Bagi kami, formula agak mahal dan kami terpaksa utamakan benda lain selain formula iaitu sewa rumah, bil dan makanan.
Disebabkan kami nak jimat.. Saya buang rasa malu datang klinik minta nurse ajarkan cara betul susukan baby. Alhamdulillah dapat jimat susu untuk 3 orang anak. Bukan kami anti formula… kami memang tak mampu. Hehe..
Lepas anak sulung lahir, baru kami dapat beli kereta secondhand cash, duit dari hantaran dari suami yang kami patutnya buat kenduri tapi tak jadi, disebabkan saya tak nak telinga dan mata saya serabut bingit bila orang datang dengan bunyi kipas, motor, tapak kaki.
Saya rasa nak menjerit kalau berada dalam keadaan macam tu. Itulah punca saya pakai ear plug dalam kereta.
Masa nak beli baju untuk anak sulung, waktu ni shopee tak ada. Semua beli kedai.. Harga kedai hmm. Waktu tu.. Kami turun motor kira duit depan kedai.
Cukup ke? Cukup ke? Kita kira kejap… lepas masuk tu, kebetulan kedai baby tu. Owner kedai tengah jaga cashier.. Kami ambil 4 helai baju saja. Owner kata, “ambil lagi 4 jadi 8 helai saya belanja”.
Kami dah cakap takpe.. Kami memang dah prepare duit cukup cukup dah. Tapi owner tetap cakap dia nak belanja. Saya berterima kasih sangat pada owner tu.. Semoga dimurahkan rezeki. Aamiin..
Lepas anak nombor 2 lahir, suami dapat naik gaji sikit.. Kami tetap jimat seperti biasa. Cuma yang lebih sikittt tiap bulan tu masuk akaun anak anak.. Sikit pun jadilah ye.. Saya tak pakai perancang sebab dah ikat lepas nombor 3.
Diapers pula.. Saya duduk dirumah jadi saya gunakan lampin dan pin saja. Kalau musim hujan baru saya akan pakai diapers untuk emergency. Suami seorang pendiam dan cakap bila perlu saja.
Saya tak ada rasa sakit telinga dan mata dengan anak-anak, sepertinya Allah swt jadikan mereka, suami dan anak-anak ni khas dan special untuk saya.. Saya tak mampu cakap dengan orang lain, jadi mereka hadir temankan saya. Hehe..
Setiap hari saya solat saya doakan semoga kesihatan suami baik baik saja. Saya takut sangat kalau apa-apa jadi pada dia, saya terpaksa keluar bekerja semula.. Dari kecik saya mudah sangat dapat sakit.
Sebulan saya boleh demam panas suhu 39 tu 3 kali. Suami dan anak ok saja, cuma antibodi saya sangat lemah. Saya ada asma dari kecil lagi kena jaga pemakanan.
Kalau ditanyakan soalan pada saya, apa impian saya.. Inilah impian saya. Ada orang yang lindungi saya dari dunia luar. Saya tak ada cita cita tinggi macam orang lain. Kawan-kawan ada yang beli kereta & rumah.
Tapi saya tetaplah disini tak berganjak dan saya tidak menyusahkan orang lain selain suami, tidak berhutang pada sesiapa atau menganiaya orang lain.
Saya kongsi cerita saya bukanlah sebab nak menjadikan isu surirumah atau tidak. Tapi hanya nak kongsi cerita diri saya yang begini saja.. Orang yang tidak bercita cita tinggi macam saya ini wujud..
Tidak mahu lebih, cukuplah apa adanya.. Dan saya tidak cemburu lihat orang lain.
Kalau orang tak faham keadaan saya mesti akan cakap saya banyak alasan itu ini. Tapi itulah yang alami dunia luar itu cuma saya. Nak tunjuk pada orang apa saya alami pun saya tak pandai..
Kalau ditakdirkan suami pergi dulu sebelum saya.. Semoga simpanan bulanan yang kami simpan tu cukup. Saya tak pandai beza hibah yang betul atau scam sebab tu saya tak ambil. Sekian terima kasih kerana sudi membaca.
– Kipas Angin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit