Assalamualaikum admin. Harap sangat apa yang saya tulis disiarkan.
Lately, selalu sangat nampak post surirumah adalah pekerjaan yang paling mulia, tidak bergaji, tiada cuti sakit.
Kemudian, ada yang share post/quote tu kat fb. Maka marahlah ibu-ibu yang bekerjaya ni dengan quote tersebut. Adakah ibu bekerjaya tidak mulia seperti surirumah?
Oleh itu, terjadilah perang komen. Suri rumah kata dia bekerja tanpa henti.
Ibu bekerja pula kata, kerja office plus kerja rumah kena cover sekaligus. lagi penat.
Begini, bagi saya… setiap pekerjaan adalah mulia. Jangan dibanding-bandingkan. Mulia dari sudutnya yang tersendiri.
Okey, saya nak share pengalaman tinggal dengan dua orang kakak ipar .
Kakak ipar surirumah (Kak Nia) namanya yang ada anak empat orang. Darjah enam, darjah dua, tadika dan baby setahun.
Rutin Kak Nia.
5.30pagi siapkan sarapan untuk anak-anak sekolah
6.45 pagi akan hantar anak sulung dan yg nombor dua ke sekolah.
3. sampai rumah lebih kurang 7.30 pagi. Kak Nia siapkan si tadika dan hantar ke sekolah tepat pukul 8
Masa ni, saya ada kat rumah saya tolong tengokkan baby tengah tido. (kalau takde sesiapa, kak nia angkut semua anak-anak dia. takut tinggal di rumah sebab abg kluar kerja pukul 6 pagi. kerja kat negeri berjiran take time untuk masuk ke office)
Jadi lpas hantar anak, Kak Nia terus drive ke pasar.
Balik dari pasar lebih kurang 9.30pagi kak Nia terus onn mesin basuh sambil kemas-kemas rumah.
Si baby pun bangun time Kak nia kemas rumah, jadi kerja terhenti. Kak nia mandikan baby dan suap bagi makan. kemudian tinggalkan pada saya, dia sambung kerja terhenti plus masak untuk tenghari dan sidai baju.
(kak nia kata, kalau takde orang jaga, baby mmg nak berdukung je. jadi terpaksalah buat kejr sambil dukung anak)
Pukul 12, kak nia jemput si tadika, bagi makan segala, kak nia start enjin jemput yg darjah dua pukul satu. kemudian tak sempat rehat, kak nia jemput yg darjah enam (habis tuition) pukul dua
Balik dari jemput yg darjah enam, kak nia tunggu yg darjah dua untuk dihantar ke sekolah agama.
selesai lebih kurang pukul 3 pm baru saya tgok kak nia makan. sambil mkn sambil layan baby. Baby yg mak dia asuh sendri mmg lain dan manja. langsung tak mahu dgn org. nak berkepit dengan mak je.
petang dari pukul 3-6 pm tu saya perasan kak nia duduk2 main dgn baby sambil layan fb. Lupa nak cakap, kak nia ni dropship online. tambah duit poket n dia minat semua tu (walaupun abang bagi 400 je duit poket sebulan)
pukul 5.45 kak nia dah keluar jemput si darjah dua. sampai rumah pukul 6.15 pm terus ke dapur panaskan lauk untuk abang yg nak balik dari kerja pukul 6.30.
Bila abang balik je, kak nia mmg layan tiptop la. makan , minum semua dia layan baik.
lepas maghrib, saya tgok kak nia lipat baju, sambil tengok anak-anak dia buat homework.
iron baju sekolah anak baju suami sendiri. penat rasanya tengok rutin kak nia. belum lagi tengah2 mlm si baby nak menyusu atau ajak main.
Pukul 11 kak nia dah terlelap pun. kesian dia, bercakap dgn abang beberapa jam je. itupun abang sibuk layan hp. tak elok betul perangai abang saya tu huhu
okey, ni kak sya seorang ibu bekerjaya
kak sya bangun pukul lima setengah siapkan baby dgn yang darjah satu.
pukul 7.30 abang dgn kak sya dah ke office.
kak sya mmg tak buat brekfast sebab abang dengan kak sya sarapan dekat office. baby belum makan, yg darjah satu tu sarapan tapau je kat kedai. Kak sya tak sempat nak buat breakfast. yelah waktu singkat sangat, mana nak hantar anak, nak punch card lagi. jadi makan di ofis lagi mudah katanya.
so saya tak tahu rutin kak sya ni mcm mana dekat office. tapi dalam tiga empat kali habiskan cuti sem dengan kak sya, dia kerap juga balik tenghari dan ajak adik ipar dia ni window shopping.
kadang2 tengok ig dia, adalah dia dok dating dgn abang aku. anak tak nmpak ok, sbb anak kat nursery. itu untungnya anak ada orang jaga.
kak nia, jangan haraplah nak dating. anak dia yg berderet tu sapa nak jaga? kalau dating pun beramai-ramailah hahaha .
ok kak sya ni memang cantik, bekerjaya dan up to.date la.
ada masanya, dia g saloon. kak sya ada duit kan, mmg cantik bergaya la orangnya compare dgn kak nia.
kak nia ni biasa2 je walaupun dulu kak nia ni officer kat sebuah bank. dia berhenti kerja sebab jaga anak.
berbalik pada kak sya.
anak kak sya pula, lepas tamat sesi sekolah transit ke nursery. makan minum mmg semua terjaminlah.
pukul tujuh biasanya kak sya dgn abg sampai ke rumah.
lebih kurang pukul 9 kak sya akan masak sambil basuh baju. baby dgn anak pula abang saya yg jaga. Kak sya kata, kalau nak dia masak, abang kena jaga anak. kalau tak nak jaga anak, jgn harap dia masak.
kalau abang malas jaga, alamatnya makan nasi bungkuslah mcm selalu huhu
kak sya kemas rumah mmg jarang, biasanya 3 kali seminggu sebab anak kak sya tak ramai n tak ada kat rumah sangat. jadi taklah bersepah mcm rumah kak nia. sekali kemas, sekali bersepah. kadang2 rimas juga bila dtg rumah dia. tapi saya kena fhm, budak2 mmg suka buat sepah.
yg kak sya ni pula, anak2 mmg buat sepah tapi x extreme mcm anak kak nia.
apa yg aku perasan, kak sya mmg jaga pakaian abang saya tu.
setiap mlm kak sya mesti settle kan iron baju kerja, plus sidai baju n lipat yg kering. lebih kurang pukul 11 kak sya pun tido.
dihujung bulan, kak sya dapat gaji rm5000 dan kak nia dpt elaun 400.
walaupun rutin berbeza, apa yg saya nampak , diorg ni mulia dalam kerja masing2.
jangan compare sebab kak nia dalam urusan rumah, anak dan suami.
kak sya pula suami, anak dan kerjaya. walaupun banyak tugas dibuat, tapi penat kak sya terpujuk bila dia dapat gaji yg blh tahan ok.
ok jangan kecam saya. jujurnya, saya lebih simpati pada kak nia. tiada gaji, hanya elaun 400 dan hidup dia hanya pada rumah tangga. semua kerja dia buat tanpa bantuan suami yg penat cari nafkah.
dapat saya rasakan kadang2 dia lonely . tengok anak mata dia pun, rasa sayu je. tambah2 abg bila balik kerja just main hp. xberbual dan tak dengar apa yg dilalui sepanjang hari
kesian kak nia.
tapi itu pilihan mereka dan masing2 dapat pahala dalam cara yg tersendiri
masing2 mulia di sisi Allah.
tq admin (harap disiarkan)
– tisha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit