Surirumah Yang Banyak Hutang

Assalamualaikum semua. Sebelum saya memulakan cerita, saya berharap agar luahan ini dapat membawa kepada jalan penyelesaian,

Mendapat sokongan dan pendapat yang bernas daripada para pembaca kerna saya amat memerlukannya ketika ini.

Sebagai pembuka bicara, nama saya Rina (bukan nama sebenar) berumur 30an dan tidak lagi bekerja selama hampir setahun.

Saya adalah ibu kepada 3 anak dan hanya menjadi surirumah sepenuh masa sementara menunggu bisnes saya berjalan.

Namun, saya terbeban dengan hutang yang banyak. Yang menyedihkan hutang itu adalah hutang kad kredit.

Sebelum ini saya seorang wanita bekerjaya, sudah bekerja hampir 7 tahun dalam bidang oil n gas dan pendapatan agak memuaskan.

Namun, tahun 2023 saya berhasrat untuk berhenti kerja atas sebab under perform dan saya tak dapat nak cope dengan segala tugasan yang diberikan,

Dimana tugas itu memerlukan saya untuk bekerja fully remote and fully independent alone with less assistance.

Saya bekerja di company tersebut selama setahun lebih dan dalam tempoh contract saya apply loan untuk beli rumah harga dalam 400k atas nama saya seorang.

Loan tersebut lulus dan monthly installment dalam 1.5k.

Sebelum berhenti, saya dan suami berhasrat ingin membuat bisnes dan bermodalkan duit simpanan saya sebanyak 50k. InsyaAllah bisnes akan mula berjalan dalam beberapa bulan lagi.

Selepas berhenti kerja, disini bermulanya rasa terbeban dan stress untuk saya bayar hutang2.

Untuk loan repayment rumah, alhamdulillah suami saya bantu dan untuk kad kredit saya sebolehnya tak nak membebankan suami. Payment untuk kad kredit adalah 500 sebulan.

Suami bagi saya dalam 2.5k sebulan untuk bayar rumah, hutang, nafkah dan barang dapur. Belum lagi termasuk bill handphone. Namun, masih tak cukup.

Masalah ini dah terbelenggu dalam tempoh 5 bulan lebih. Makin saya fikir makin buntu jadinya.

Apa yang patut saya buat? Minta tolong suami tambah duit bulanan atau saya perlukan perkhidmatan AKPK untuk settlekan masalah kad kredit saya dahulu?

Yang buntu,

– Rina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hi sis, try apply AKPK untuk mengurangkan kadar bayar bulanan. Tapi nanti tak boleh buat loan baru selagi tak settle hutang / keluar dari program AKPK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *