Assalamualaikum semua. Buat kali keduanya saya confess disini.
Nama saya Suraya. 32 tahun, anak dua orang, seorang suri rumah sepenuh masa, tinggal dikampung, menerima tempahan kuih apabila ada tempahan.
Sekadar untuk luahan. Sedia menerima komen atau kecaman.
Penatnya menjadi Suri rumah, bangun seawal pagi, rutin yang sama, tiada masa untuk diri sendiri, tiada masa untuk melawa, tiada duit, tiada segalanya.
Bangun pukul 5 pagi, selesai urusan diri, siapkan makanan anak, basuh baju dan sebagainya. Pukul 7 anak-anak bangun uruskan anak-anak.
Bagi sarapan, hantar anak sekolah (hari bersekolah). Kemas rumah, layan anak yang belum bersekolah.
Jemput anak balik sekolah, memasak berkemas, bagi anak makan, dengar anak bergaduh, air tumpah sejuta kali sehari, bising-bising. Ok je. Tapi hari-hari benda yang sama. Bosan!
Penat, mengantuk, semua kena tahan. Kalau tak sihat, kena jugak buat-buat sihat. Kalau tak semua jadi kacau. Waktu petang waktu yang paling membosankan.
Memang sakit kepala duduk dalam rumah je. Adalah kadang-kadang keluar membawang dengan jiran. Kadang-kadang nasib baik, suami balik awal, dapatlah jalan-jalan naik motor.
Suami. Jenis ringan tulang jugak tolong buat kerja rumah. Bangun pukul 10 pagi. Pergi kerja. Balik makan tengahari. Pergi kerja. Nasib baik, balik awal. Nasib tak baik malam baru balik.
Saya bosan. Jauh beza dengan kehidupan sewaktu saya bekerja dahulu.
Dulu, anak masih sorang, kami suami isteri sama-sama bekerja, dan selepas melahirkan anak kedua, saya berhenti kerja dan menjadi Suri rumah sepenuh masa.
Yang peliknya, dulu walaupun bekerja, saya sentiasa ada masa untuk kemas stor, cuci bilik air, buang habuk, lap tingkap dan lain-lain.
Bila jadi Suri rumah, penat yang amat nak buat semua tu. Cukup menghadap rutin harian yang memenatkan badan dan kepala otak.
Lain sungguh hidup sekarang. Macam orang gaji pun ya. Kalau tengok pakaian sekarang, sama taraf dengan pengemis agaknya. Lusuh sungguh baju, baju yang koyak pun masih dipakai lagi.
Duit tu ada. Tapi asal ada je habis. Ada je memang habis.
Duit belanja, adalah cik suami bagi RM50. Saya bersyukur je sebab sebelum ni cik suami sangat jarang bagi, tak cukup duit katanya. Kalau ada jualan kuih, dapatlah tambah tambah duit belanja.
Dulu waktu bekerja, nak beli apa, semua boleh beli, sekarang nak makan abc tepi jalan pun berkira. Banyak jugak keinginan yang terpendam.
Bila nampak orang lain beli, kita buat buat pejam mata je. Rezeki masing masing.
Saya tak boleh nak enjoy la jadi Suri rumah sebab penat sangat mengalahkan Waktu bekerja dulu. Waktu kerja pun ada Waktu rehat kan. 24 jam dengan anak anak. Penat.
Ok lah macam panjang sangat. Semoga saya dapat ikhlaskan diri menjaga membesarkan anak anak dan menguruskan urusan rumah.
Mungkin saya perlu masa seketika untuk diri sendiri supaya keadaan lebih tenang. Bila penat, kesian jugak anak anak asik kena marah, dengan suami pun saya sakit hati.
Betul, saya banyak sakit hati dengan suami. Suami bangun lambat saya sakit hati.
Kalau petang ada masa, suami saya siap boleh pergi memancing, saya kat rumah ni, melangok menghadap anak anak.
Suami boleh jumpa kawan kawan. Saya masih menghadap anak anak. Dari celik biji mata sampai pejam biji mata menghadap anak anak.
Ok lah. Tolong lah nasihatkan saya yang selalu merungut ni. Terima kasih..
– sunan- (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
At least awak ada duit belanja, Saya ni takde pun duit belanja memang macam buruh paksa je….