Assalamualaikum. Harap admin aprove. Sebagai teladan pada semua. Tak ada sikit pun niat nak tunjuk dan berlagak baik. Tapi ini memang akan jadi suprise pada certain orang. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sangat2 menitikberatkan solat, puasa dan lain2. Kalau puasa tu, umur 5 tahun aku dah start puasa penuh, bila dah 6 tahun aku rasa berdosa giler kalau tak puasa. Itu cara didikan mak aku.
Penat macamana pun jalan kaki pergi dan balik sekolah, aku kena puasa. Solat lagi la.. Setiap kali abah aku ajak solat jemaah dengan dia. Kalau ikut hati memang aku terpaksa. Tapi takut kena marah. Kadang2 aku tipu tak solat, tapi bagitau solat. Mak aku memang tahu macam dia pasang kamera pulak. Dia akan perli, orang yang tak solat lepas tu tipu, dia dapat dua dosa, dosa tak solat dan dosa tipu. Memang duduk dalam neraka paling panas la. Aku pun slow masuk bilik dan solat.
Sebab apa aku cerita semua ni?? Ada kaitannya. Baca sampai habis. Hehe..
Bila masuk sekolah, abah aku hantar sekolah agama. Memang strict sikit laa bab2 solat ni.. Wajib solat jemaah kat surau, sapa solat kat dorm kena denda.
Itu semua melatih keterpaksaan aku jadi kebiasaan. Masuk pula universiti. Aku dikelilingi kawan2 yang jurusan agama..dan sangat2 mementingkan bab solat dan rukun2 islam yang lain.
Tetapi.. Suprise!!!
Bila aku kerja, aku dikelilingi dengan macam2 jenis orang.. Ada yg xhabis spm.. Ada yg takat pmr. Ada yg takat spm, yes diploma degree tu biasa.
Solat memang tak laa… Bukan kata tak solat, bila ada orang solat, perli pulak. Tu xcukup suprise lagi.. Yang best.. Bulan puasa.. Boleh pulak diorang bungkus nasi kt kedai siam sebelah tu makan kat office… Serius weh. Aku xpernah tengok orang tak puasa makan depan aku macam ni. Atleast diorang ada malu. Even aku practical pejabat agama pun, pergi operasi tangkap orang tak puasa pun lari berterabur. Inikan dia dengan bangganya angkat geng ramai2 makan kat office…
Kalau ikut hati memang aku nk buat laporan. Tapi bila fikir aku pekerja ja, plus kawan2, boleh nasihat macam tu ja la. Sebab boss pun dua kali lima. Allahu, nampak x kejutan tu, tak tutup aurat belambak kau boleh tengok zaman sekarang, tak solat pula pun ramai tapi susah nak judge jugak. Tapi tak puasa??!!!
Kau biar betul.. Amalan paling senang macam tu pun kau boleh bangga nak langgar. Bukan aku rasa aku baik.. Tapi aku rasa terkejut. Its really suprise me. Ni memang ujian untuk aku, untuk aku ikut diorang atau aku jadikan diri aku sebagai asbab untuk diorang berubah. Alhamdulillah berkat doa yang selalu aku amalkan, Allahumma sallimna, wasallim diinana, wasallim imanana, wasallim tauhidana, wasallim ma’rifatana, wasallim arwahana, wasallim ajsadana, wasallim arzaqana, wasallim ikhwanana minal musliminawal muslimat walmukminina wal mukminat al ahya iminhum wal amwat'(sorry xada huruf arab)
Allah selamatkan iman aku.
Dunia dah semakin tenat, ketenatan membuat kan aku takut. Takut kalau tiba2 Allah turunkan bala. Kadang2 nak keluar rumah pun aku takut, takut jika tiba2 bala datang. Aku jauh dari family aku. Ermmm.. Aku mampu tawakkal pada Dia sahaja.
Korang ada pengalaman macam ni tak?
– Song ji hyo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit