As salam IIUM-Confession! Aku menulis untuk jiwa-jiwa di luar sana yang sedang dalam kesakitan. Perhaps I am writing for my own soul, too. Aku berharap ada yang beroleh manfaat dengan penulisan aku ni, because I surely am.
Aku tak pernah perasan macam mana beratnya aku menanggung perasaan ni until one day out of nowhere, aku jatuh tersungkur (secara tersirat ye bukan tersurat hahaha). Aku rasa macam dilanggar lori halimunan (lol, I know). Susah nak describe, tapi aku murung berminggu-minggu dan survive dengan berlakon macam aku bahagia/ok depan orang. The pain was indescribable and unrelenting.
Aku fikir aku dah maafkan kesalahan orang terhadap aku, tapi rupa-rupanya I never did. Or perhaps I needed to forgive myself, I don’t know. Dah berbelas tahun rupanya aku berdendam tanpa aku sedar. Beratnya, masyaAllah, I wish I could turn back time and save myself from that pain. Apparently I never let go, even when I really believe I did.
One day, aku tengok video youtube (sila google: Gabrielle Bernstein The Universe Has Your Back). Gabby bercerita tentang 5 Tips for Spiritual Surrender dan itu yang aku nak share dengan korang. Dia banyak bercerita tentang Spiritual Surrender or in other words: of letting go. Lepas ni korang boleh lah tengok video tu dan ambil sendiri point yang berkenaan dengan korang. (Disclaimer: aku sesuaikan sikit konteks dan contoh supaya lebih kena dengan kepercayaan kita).
Are you ready to Surrender?
Sometimes your plans are in the way of Allah’s plan. It is time to let go.
1. Take Your Hands off the Wheel through Prayer
i.e tak perlu kau rasa macam kau perlu kawal apa, bagaimana dan bila doa kau akan dikabulkan. Apa yang penting, kau berdoa seikhlas hati untuk outcome yang terbaik bagi semua pihak, daripada kau berdoa untuk apa yang (kau percaya) kau perlukan pada waktu tu. Mendoakan yang terbaik untuk semua akan membuatkan hati kau berasa ikhlas, tanpa ada agenda tersembunyi atau pengharapan yang desperate. Let go.
2. Focus on What is Thriving
i.e bila kau dalam kesakitan atau kesusahan, memang senang sangat untuk kau fokus pada isu yang ada. Sebenarnya, tak perlu pun semua tu. Lebih baik kau tumpukan perhatian dan tenaga pada benda yang makmur dan sejahtera dalam hidup kau. Wujudkan kesyukuran yang tak tercemar dengan perkara lain, sampailah kau rasa ketenangan dalam jiwa serta kau rasakan yang tekanan dalam hati tu hilang dengan sendiri. Let go.
3. Obstacles are Detours in the Right Direction
i.e. Biasalah, siapa yang suka bila rancangan dia tak menjadi. Namun, cuba kau cari satu perspektif dalam diri kau yang percaya sebenar-benar percaya bahawa ‘lencongan kehidupan’ yang dihadapi ini sebenarnya akan membawa kepada destinasi yang sebenar. Rumi says “your wound is where the light enters you”. And sometimes in that wound, you are awaken. Sebagai contoh: bila kau dibuang kerja; kau ambil peluang ini untuk buat projek yang ditangguhkan lama dulu. Sebagai contoh: bila suami/isteri curang, kau anggap ini adalah peluang untuk kau muhasabah diri dan menjadi lebih dekat dengan Pencipta kau. Sebagai contoh: bila kau mendapat diagnosis penyakit, kau percaya yang inilah masanya untuk kau betul-betul menghargai kehidupan. Let go.
4. Ask for a Sign that You are on the Right Path
i.e Sentiasa pohon petunjuk dari Allah yang kau berada di jalan yang benar. Kalau korang tengok video yang aku refer tu, this is a good part. Aku tak nak share sini, lepas ni korang tengok sendiri lah ye, korang akan lebih faham. Bila kau minta petunjuk tu, bukalah mata dan pintu hati kau. InsyaAllah, kau akan dibantu dan kau akan lebih yakin dengan pendirian baru ni. Let go.
5. When You Think You Have Surrendered, Surrender Some More.
Bila kau percaya macam kau dah redha, gandakan usaha supaya keredhaan itu menjadi lebih teguh, tulen dan sejati. Kau repeat balik Tips sebelum ni, sampai kau rasa rohani kau betul-betul berserah tanpa syarat terhadap apa yang Allah takdirkan untuk kau. Yang apa-apa pun terjadi, kau memang akan terima dengan hati rela, 100% without questioning or analysing the outcome. Aku pasti korang dah familiar sangat dengan fainnama’al usri yusra, yes? Pegang teguh pada janji-janjiNya dalam Quran. Ambil masa ni untuk belek kembali buku suci tu dan renungkan mesej yang ada. Let go
Aku tak pasti apa perasaan korang bila baca 5 Tips for Spiritual Surrender ni. Tapi bagi aku, tiba-tiba aku perasan yang hujung minggu tu saja dekat 6,7 kali aku ulang video yang sama. Aku dengar sambil makan, sambil tukar cadar, sambil sidai baju. Aku ambil pen dan buku, aku buat nota macam kat atas ni. Aku renungkan tips tu, sentiasa cuba faham dan ingat apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan. Bila dalam bilik air pun aku cuba hafal apa 5 Tips di atas hahahah. Sampai sekarang aku masih cuba ulang dan faham dan hadam.
Macam yang aku cerita awal tadi, rupa-rupanya aku simpan dendam ni berbelas tahun dah, tanpa aku sedari. Sumpah, aku tak sedar. Kadang kala aku happy, sometimes aku merendah diri mengatakan yang pengalaman lama aku tak menjejaskan hidup aku sekarang – yang aku dah berjaya pun mencari kebahagiaan aku sendiri. Tapi aku silap.I didn’t let go. Not totally. AND IT HIT ME LIKE A TON OF BRICKS. Aku desperately want to let things go, tapi aku betul-betul tak tahu macam mana. Sebab apa yang aku cuba, semua tak berjaya. Tapi masyaAllah, bila aku baca Tips kat atas tadi, perlahan-lahan perspektif aku berubah.
New, interesting things started happening. And it is still unfolding. I still don’t know what will happen to me. I am excited, yet afraid. I want to be brave. Doakan aku ye, korang. Maaf kalau penulisan bilingual ni buat korang pening. Ada point yang lebih sedap disampaikan dalam bahasa kita, tapi ada yang lebih oomph in English. Maaf lagi sekali kalau korang bosan dan rasa confession ni panjang. Dan dan dan maaf kalau korang tak setuju dengan point serta penjelasan yang aku bagi tu, tapi itu yang aku faham dari video tu.
Aku nak menyeru semua orang serta berpesan pada diri sendiri: Your true power lies within your connection with Allah. Kalau kau rasa dosa kau banyak, belas kasihan dari Dia lagi luas dari dosa kau yang banyak tu. Haih, Allah is Great, is He not? Let go.
Thanks for reading!
– Juniper Lili
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit