Assalamualaikum,
Hari ini aku nak kongsi sedikit tips-tips untuk survival dalam career. Sangat digalakan untuk dilakukan dari usia muda dan dalam kehidupan.
1. Lakukan kerja dengan segera.
Jika anda sakit atau sibuk, masa didunia ini masih berjalan tidak menunggu anda. Jadi sesiapa yang menyiapkan kerjanya dahulu akan ada lebihan masa lain untuk mengasah soft-skill yang lain. Boss juga akan melihat kerajinan anda di sini.
2. Isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
Pada masa lapang, sangat digalakkan untuk melakukan perkara yang meningkan skill. Contohnya, memasak, menjahit, berkuda, bermain alat musik, memanah, menari dll. Boleh juga dibuat sebagai hobi. Dan boleh juga mengeluarkan peluh. Badan sihat otak cergas.
Ada kajian mengatakan jika kita melakukan perkara yang diminati, jangka hayat akan lebih panjang. Ini kerana kurang stress dan juga sebagai reward kepada diri sendiri. Oleh itu, menjadi kurang stress di tempat kerja dan performance kerja menjadi optimum.
3. Networking
Zaman serba canggih sekarang ini mudah sahaja mencari networking. Melalui media social Facebook, Twitter dan Instagram (boleh tolong senaraikan lagi socmed yang lain). Lagi besar networking lagi tinggi profile value anda.
4. Jaga bahasa.
Saya perasan sekarang ini penggunaan bahasa yang kurang bermoral sangatlah luas. Tidak kira dalam bahasa Inggeris ataupun dalam bahasa Melayu. Bahasa itu menunjukan peribadi kita. BURUK BAHASA BURUK PERIBADI. BAIK BAHASA BAIK PERIBADI. Ini adalah first impression orang. Pasti ramai kata “ala belum kenal nama nak tau”.
Tak kan lah dalam masa 5 minit jumpa orang (masa networking) nak cerita sejarah hidup selama 30 tahun yang menunjukan kita ini baik dan berbakti kepada ibu bapa? Fikirlah sendiri. Networking benda yang oantas dan padat bukan kumpulan mak cik banwang yang mempunyai banyak masa.
5. Ilmu.
Pastikan sentiasa banyak membaca trend industri terkini. Dan sentiasalah mencari ilmu. Bak kata pepatah diam-diam ubi berisi. Jangan jadi tin kosong sahaja.
Rasanya setakat itu sahaja. Jika rakan-rakan Facebook boleh tolong tambahkan boleh letakkkan di ruang komen. Terima kasih.
– Jutawan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit