Assalamualaikum
Terima kasih pihak IIUMC menyiarkan penulisan ini.
Ia berkenaan adik yang mengalami kesukaran melanjutkan pengajian tinggi sebelum ini kerana kekangan kewangan – Struggling Student –
Kami semua mendoakan adik dan siswa/siswi lain yang mengalami kesukaran sama dapat keluar dari permasalahan ni.
Hakikatnya Allah kemudian adik sendiri yang dapat angkat diri adik dari masalah sebegini.
Saya dan sahabat2 saya juga pernah mengalami kekangan kewangan kerana duit lambat masuk, biasiswa dipotong kerana menangguhkan pelajaran, masalah dalaman keluarga dan berbagai lagi.
Cuma abang ingin nasihatkan, jika adik mampu capai sampai tahap ni di dalam kursus adik tidak minati, bayangkan apa adik boleh capai bila sambung belajar apa yang adik minat,setelah habis kursus ni.
Please bite your tounge and give strong push for this final year ya.
Apa yang abang tulis ini hanya sekadar penulisan sederhana. Abang tidak pasti apa adik ada…
ie motor, kereta, basikal etv atau tempat belajar dimana. Tinggal dimana, rumah sewa/dorm.
Walaubagaimanapun penulisan ini berdasarkan hasil pengalaman abang dengan sahabat2 abang ya.
Skop penulisan ini adalah untuk bantu adik dari segi kos tempat tinggal, makanan seharian dan yuran pengajian.
Harap membantu.
1) Penjimatan kos tempat tinggal
– Jika adik tinggal di luar asrama uni awam pastikan adik tulis surat memohon untuk tinggal di asrama.
Pihak pengurusan suka bentuk permohonan dokumentasi surat rasmi beserta bukti sokongan. Abang dengan sahabat2 abang sedaya upaya tinggal di asrama uni kerana bayarannya hanya RM200 semester..kami tinggal kat sana sampai hampir habis pengajian. Murah kan.
– Jika di dalam uni swasta & lelaki, kami sedaya upaya tinggal beramai2 seperti imigran Bangladesh.Penjimatan sewa maksimum. Kalau wanita kaedah ini sukar. Ini pengalaman yang dialami semasa memberi sewa kepada siswi. Max 1 rumah 5 org sahaja.
– Cari juga rumah sewa di kawasan setinggan. Jika anda biasa di tempat orang sederhana.
*Kursus saya adalah ‘external based’. Kertas peperiksaan ditanda oleh orang luar bukan pihak uni. Oleh itu saya pernah bertukar dari kolej swasta ke uni tanpa menukar kursus. hidup uni dan kolej saya pernah alami.
2) Penjimatan makanan & sara hidup
– Biasanya saya & sahabat2 bekerja di catering services. Hal ini kerana
i. Makanan percuma
ii. Elaun harian tunai
iii. Boleh kerja di waktu malam atau hujung minggu tanpa ganggu waktu kuliah.
iv. Boleh kongsi dengan member makanan percuma. Nanti mereka sudi tolong anda dalam bentuk lain ya.
– Jadi tutor peribadi mengajar subjek sekolah rendah. Permintaan amat memberangsangkan dalam bandar ni. Pastikan jadual tutor tidak ganggu kuliah ya.
3) Menampung yuran pengajian
– Jika di KL, adik boleh cuba kerja di AJIS, syarikat stock take. Gaji sekitar RM1.5k-RM1.8k. Ambil sekita cuti semester ya. Kerja hanya dijalankan waktu malam sahaja semasa stoktidak bergerak. gaya hidup kelwara/musang nanti..tapi berbaloi.
Berikut merupakan alamat & nombor telefon syarikat tersebut
AJIS (MALAYSIA) SDN BHD (850497-P)
C-1-23, 8 Avenue,
Jalan Sungai Jernih 8/1,
Seksyen 8, 46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603 – 7955 5563
– Rundingan ansuran yuran pengajian
Selain itu, bawalah pensyarah yang boleh dipercayai dan menyokong adik untuk rundingan ansuran pengajian. Ramai pensyarah baik2 ni.
Dulu abang kena jadi helpers untuk sebuah majlis kongres. Pada waktu sama abang dapat hadiah konvo dari kolej abang.
Waktu tu abang xmampu bayar yuran konvo jadi abang pilih jadi helpers untuk dapat elaun. Alhamdulillah, pensyarah baik hati dan sudi simpan cek hadiah RM1k plus. Moga Allah rahmati para pensyarah yang baik.
……………………………………………………
Kaedah Unortodoks
– Saya menolong pakcik & makcik buka dan tutup warung. Umum siapa pernah kerja warung, waktu paling penat adalah buka & tutup kedai. Alhamdulillah dapatlah makanan percuma walau tak meminta
– Jalan kan bisnes pajak kereta. Jadualkan pelanggan kereta sewa dengan kereta pelabur anda. Makan duit komisyen sahaja.
– Berbasikal, naik bas atau jalan kaki ke kuliah. Pastikan pakai deodorant ya. Mudah berpeluh dengan iklim Malaysia ni
– Hidup sederhana. Saya tidak habiskan waktu membawa wanita bukan mahram ke hulu hilir ya. Jimat masa dan duit. Ada kawan saya siap beli bunga dan pinjam henset. Sampai kesudah tak bayar semula. Sabar jelah.
……………………………………………………………..
Tidaklah sia2 adik menggenggam segulung ijazah atau sijil ni. Percayalah dik, dunia kerja penuh pancaroba juga. Tanpa bukti taraf pendidikan, senang untuk majikan ambil kesempatan. Ada majikan yang baik tapi berhati2 itu lebih baik.
Ramai sahabat2 abang keciciran semasa pengajian abang. Bukan senang nak memotivasikan mereka berdiri teguh semula. Mohon kuat semangat ya.
Senarai di bawah adalah baik untuk adik amalkan untuk persediaan rohani.
1. Mintalah pertolongan dengan sabar & solat
– Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah 2:153)
2. Kerap hubungi ibu bapa dan keluarga angkat. bukan untuk meminta tapi tanya khabar dan ambil nasihat.
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Bukhari no. 5985 dan Muslim no. 2557)
3. Banyakkan istighfar(mnta ampun) dik. Mujarab untuk lapangkan rezeki
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)
“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh)
4. Kurangkan meminta pada makhluk dan banyakkan doa kepada Rabb.
– Banyakkan do’a dik. Allah maha mendengar (As sami’), Maha pemurah ( Ar Rahman)
5. Bersahabatlah dengan orang yang serba kurang, sederhana atau jika kaya jenis merendah diri.
– Gaya hidup ditentukan oleh sahabat kita bergaul ya.
Oklah setakat itu sahaja. Harap bermanfaat.
Kami doakan baik2 kepada para siswa siswi yang tengah lanjutkan pengajian.
Salam A’laik.
– Abdullah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit