Survival Mindset

Assalamualaikum semua. Aku sebenarnya baru saja lepas baca Confession dari TT Yang beri gelaran Nobody96 kepada dirinya sendiri (https://iiumc.com/perjalanan-hidup-yang-malang/). Yang mana, aku rasa tak patut.

Sebab dari ceritanya, dia ni berpotensi tinggi. Siap ada kelebihan berbahasa Cina lagi. Yelah, dah sekolah pun SJKC kan. Cuma, perlu digilap sedikit sahaja lagi. Dan masanya akan sampai untuk rezeki dia nanti, inshaAllah.

Seperti tajuknya, aku bukanlah nak tulis pasal beliau. Ini sekadar penulisan untuk memberi sedikit perspektif berbeza kepada adik-adik yang baru lepas graduasi, dan yang paaaling mustahak, yang berada di final year.

Wallahi, ilmu & pedoman ni aku sekadar rangkumkan & panjangkan dari 3 orang pensyarah aku, 1 Dari matriks, 2 lagi semasa degree dulu. Dan betapa bergunanya ilmu ni pada bekas2 pelajar mereka yang ikut, termasuklah aku.

Apa dia? Mudah di mulut tapi perit dibuat… SURVIVAL MINDSET.

Apa dia survival mindset ni? Ya… prinsip KAU KENA HIDUP. Itu keutamaan kau sekarang.

Kena pasak kuat-kuat dalam kepala, genggam erat walau tangan dah nak putus tinggal sejalur urat sahaja, dan simpan kejap dalam hati walau dah rabak. Jadikan sampai sebati dalam attitude kau.

Sapu sahaja dulu apa2 peluang di depan mata. Kau perlu hidup sekarang, sebab “sekarang” adalah realiti kau. Masa lalu adalah sejarah kau, dan masa hadapan tu impian kau. Yang nyata dan di depan mata adalah “sekarang”.

Contoh mudah, kau sebenarnya seorang pelajar akaun. Tapi buat masa ini, dalam banyak2 IV kau hantar, entah macam mana yang sangkut adalah yang kau hantar saja2 untuk jadi supervisor di McD.

Dalam waktu kau berfikir nak terima ke tidak, memang tak ada peluang lain lagi yang lebih berbaloi.

Seorang yang mindset nak hidup, dia akan sambar. Dalam masa yang sama, dia tak lupakan impian dia.

Kerja dulu, tapi update resume cantik2 , weave the words ikut kehendak pasaran pekerjaan seorang akauntan, dan pergunakan pengalaman di restoran tu sebagai satu kelebihan.

Percayalah, jarang kau tak boleh relate.

Hatta kau medical student yang saja2 buat part time di McD pun, itu satu kelebihan juga. “Saya jadi pelayan di fast food restaurant, berdepan dengan kerenah pelanggan yang macam2 setiap hari, sambil berdepan hazard tempat kerja, but I still love doing it.

Sebab itu berikan latihan awal buat saya untuk berdepan dengan kerenah pesakit yang lebih lagi mencabar. Not to mention how taxing it is physically, but I’ve never missed my shifts so far. Hence, I’m physically fit to be on call. So, you’ll just need to hone my medical skills.

If you hire me, I’ve got you covered on the interpersonal skills part towards the patients.” Ha gittewww. Contoh lah..contoh eh. Tu lah..banyak sangat tengok drama aku ni. Malaysia dah tentu lah prosesnya lain. Ni contoh saja.

Bila kau kena aktifkan survival Mindset ni? Seawal tahun akhir kau di tempat pengajian. Ya, seawal itu.

Misalnya kau dapat peluang nak lalui jalan kerjaya selurus highway NKVE, Alhamdulillah. Teruskan.

Tapi, kot laluan kerjaya kau kena lalu jalan kampung, langkah parit, redah semak belukar dan bukit-bukau baru sampai ke destinasi… chin up! Itu bermakna resume kau lebih berharga dan pengalaman hidup kau pun lebih luas.

Pendek kata, letak survival depan mata, tapi jangan tinggal impian kau dari kepala. (Aku sebut kepala sebab kalau hati ni mudah goyah.

Alah…Sama macam kes kahwin dengan orang lain sebab keluarga restu tapi masih terimbau kenangan manis lama dengan awek lama tuuu)

Itu saja lah kot. Semoga ilmu & pedoman yang dipanjangkan ini, akan beri pahala juga buat dua orang pensyarah aku tu.

Diorang tu memang jenis walk-the-talk.

Seorang pensyarah fizik di matriks aku Tu, dia antara 3 finalis program angkasawan negara dulu. Memang ada dia tunjuk gambar dia & Dr. Faiz tu ya.

Dia pernah cerita ada satu test di program tu yang ramai candidate jahanam… pertama kali dia tengok Dr. Sheikh tak handsome katanya Ayat “redah semak masuk kampung blablabla…” Tu dia suka pakai masa cerita pasal path kau nak capai cita-cita. Orangnya kelakar memang.

Pensyarah degree, sorang ni namanya Dr.Z, dia punya survival nak hidup dengan keluarga kecil dia di oversea masa study dulu. Suka membebel kat students macam-macam, tapi bebelan berguna lah.

Sorang lagi, Prof B, memang hardcore habis. Dia tapau credit hours kemain banyak sebagai leverage dia…siap tambah skills baiki komputer segala tok nenek lah dia upgrade skills dia. Sekali kau tahu macam mana dia land his first job?

Kebetulan dalam bilik IV tu Ada komputer rosak (ke apa komponen entah. Tak ingat pulak Aku). Dia baiki tang tu jugak & komputer tu hidup. He got hired. Fuhhh! Aku awestruck masa dengar tu.

See? They’ve proven it. Life is hard. But with grit, they survived. I survive. Many people survived. So do you. With correct attitude & mindset, you’ll survive too.

Adik somebody96, you’re not a failure. You’re a survivor. And a champion in the making. Chin up!

– Nana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *