Survival Skills at Work

Bila aku baca pasal fresh grads yang cepat dapat kerja tetap, aku cemburu. Setahun dua lepas grad baru dapat kerja tetap pun masih dikira baru. Aku ni dah lama grad, belasan tahun dah, masih mencari-cari kerja yang sesuai dengan aku.

Aku kerja dengan pelbagai company sebelum ni. Aku rasa dekat 20 company aku kerja. Sekejap-sekejap. Ada aku berhenti sebab alahan mengandung, ada sebab aku tak tahan dengan superior aku, ada sebab aku dapat kerja yang lebih baik dan ada juga sebab aku tak tahan bebanan kerja. Macam-macam sebablah. Itulah masalah aku. Kurang survival skills.

Tapi dalam berbelas tempat kerja aku tu, kebanyakannya kerja kerani je walaupun aku ada degree. Dua, tiga syarikat je yang aku dapat kerja executive. Yang kerja exec tu pulak tak bertahan lama sebab dua darinya masalah syarikat. Depa nak nak tutup, so pekerja hilang kerja lah. Yang lagi satu, aku tak tahan sebab pressure kerja. Banyak sangat file nak kena handle. Staff tak cukup. Department aku masa tu ada 3 orang. File bertimbun-timbun. Aku demam, batuk semua. Aku tak tahan, so aku resign. Staff bawah aku pun resign. Tinggal lah yang sorang tu. Aku dengar lepas tu dia sakit, warded, dapat mc sebulan dek depression. Nasib baik aku tak kena macam tu. hihi.

Kadang-kadang aku rasa Allah bagi aku masalah yang sama i.e susah dapat kerja sebab aku belum lulus ujian menahan pressure kerja. Pressure sikit, berhenti. Tak puas hati, berhenti. Takpun, aku yang diberhentikan. hahaha. Entahlah, bila akan aku jumpa kerja yang serasi dengan jiwa aku pun tak tahu.

Tahun lepas, aku dapat kerja baru. Kerja kerani jugak. Aku suka kerja tu. Bidang baru yang aku tak pernah cuba sebelum ni. Kalau aku cuba kerja ni sejak zaman muda, mesti aku dah expert sekarang. hehehe. Macam-macam masalah jugak yang timbul, tapi aku tahan. Aku cakap aku nak lulus ujian ni. Aku taknak resign melulu hanya kerana aku tak puas hati dengan orang sedangkan kerja ni aku suka dan bagi aku banyak ilmu baru. Aku tak nak jadi ‘impulsive’. Itu kata bos Cina aku suatu waktu dulu masa aku nak resign sebab kena marah oleh senior yang sebenarnya hal tu bukan salah aku. Aku dulu paling tak suka kena tuduh (sapa je suka kan?) sebab aku tak reti nak defense diri aku.

Berbalik kepada tempat kerja baru. Tempatnya jauh dari rumah. Kalau jem, mahu sejam lebih, kadang-kadang 2 jam perjalanan sehala saja. Bulan puasa hari tu, nama je balik pukul 5pm tapi sebab jem, pukul 7pm jugak aku sampai. Tapi aku tahan. Aku tabahkan hati. Memang banyak kerja dan ditambah lagi dengan jarak yang jauh, memang selalunya akan sampai malam. Hinggakan satu hari tu aku sampai rumah dalam pukul 7pm macam tu, laki aku pelik. Awal balik katanya. Sebab most of the times aku selalu sampai lebih kurang 15 minit sebelum isyak.

Macammana aku boleh bertahan kat tempat baru? Aku anggap aku sedang menjalani hukuman. Aku imagine aku buat salah dan hakim jatuhkan hukuman yang aku kena kerja kat situ at least setahun. So, aku takde pilihan. Kena stay jugak sampailah tiba masa hukuman dah habis. Aku perlu imagine macam tu sebab company tu pun boleh tahan jugak dia punya pressure. Aku kena cuci toilet, buang sampah, jadi runner dll disamping kerja clerical yang aku kata aku suka tu.

Setiap kali aku rasa penat dek kerana ulang alik jauh tu, aku cepat-cepat pujuk hati, penat aku pun bukan jalan kaki. Aku naik kereta. Aku compare dengan orang-orang yang jalan kaki kat tepi highway tu, at least aku untung lagi. Bila aku banyak kerja kat office tu, aku kata kat diri sendiri, sikit je lagi. Aku kata aku untung kerja macam ni. Kalau bagi kerja aku pada Bangla yang sapu sampah kat tepi highway tu, mesti dorang suka sangat dah. Atau kadang-kadang aku cakap kalau bagi kerja ni pada orang-orang yang dalam penjara, mesti dorang suka sangat berbanding duduk terkurung dalam jail. So, kira aku beruntung lah. Penat sikit je. Tahanlah. Cari pengalaman.

Itu belum lagi kena maki dengan ahli keluarga yang sama-sama handle business tu. Aku buat pekak je sekarang. Kalau dulu, aku mesti menangis kemudian tender. Sekarang tak. Aku block je nombor dia. Dia berani maki aku dalam handphone je. Depan-depan tak pulak. Jaga image kot. Jumpa dia, aku buat tak tahu je. Nasib baik aku tak perlu report kerja aku kat dia so aku tak perlu bercakap dengan dia. Bolayan je lah. Chewah, hati dah kering sekarang.

Gaji pun kecik. Gaji aku dapat masa kerja temporary masa aku fresh grad berbelas tahun dulu pun lagi besar. Bayangkan. Tapi aku sabar. Dah la kecik, selalu lambat pulak tu. Sabar, sabar. Macam-macamlah dugaannya. Superior yang tak jaga kebajikan staf. Bila mengadu apa-apa, buat tak tahu je. Tapi takpe, aku sabar. Aku doa, Ya Allah, tolong aku lalui ujian ini. Banyak juga ujian kerja baru ni. Aku kena belajar sendiri. Tengok file lama-lama. Takde orang kat office tu nak ajar aku. Akhirnya, aku boleh buat kerja sorang. Kira aku dah fahamlah. Alhamdulillah.

Kira boleh tahan jugalah aku punya sabar kan kalau nak dibandingkan zaman dulu-dulu. Aku rasa aku dah lulus ujian Allah yang satu ni. Kira survival skill aku dah improved kan? Korang rasa macamana? Berapa aku dapat untuk ujian ni? Kalau tak A pun, aku rasa , B aku boleh dapat. hahaha.

Tapi nanti aku kena resign jugak dari company tu sebab aku akan pindah rumah, lain daerah. Maknanya tenure aku dengan company tu tak lama sangat jugaklah. Sama macam company2 sebelum ni. Cuma bezanya, aku akan resign sebab aku nak pindah. Reasonable excuselah kiranya kan? Bukan lagi impulsive macam dulu.

Akhir kalam, Aku harap aku dah lulus ujian ni. Semoga di tempat baru nanti aku akan lebih banyak bersabar lagi dari sekarang. Amin.

– Zaireen

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *