Survive Dalam Hidup

Assalamualaikum w.b.t. Hari tu aku ada terbaca berkenaan seseorang yang dah grad dengan Phd dan sangkut dalam bidang f&b beberapa lama.

Aku rasa teringin juga nak share cerita aku. Aku seorang wanita berumur lewat 20an, grad degree tahun 2020.

Habis je belajar, terus balik kampung. Ingatkan nak balik sekejap dan kembali semula ke KL untuk bekerja, tiba-tiba pandemik COVID pula menyerang.

Dengan keadaan yang tidak mengizinkan, aku terpaksa mencari kerja berdekatan rumah sahaja.

Aku diterima bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kecil milik pasangan berbangsa cina.

April masuk kerja, kemudian PKP. Lepas tu, buka balik, PKP lagi sekejap dan bermula dari tamatnya PKP sehinggalah Februari 2022, aku bekerja sepenuh masa di sana.

Nak hampir 2 tahun juga la aku kerja dekat syarikat tu.

Macam-macam tugasan aku kena buat, dari cuci tandas, mop lantai, bersihkan habuk, handle customer, cat pagar time Chinese New Year, filing resit, print kertas, jadi technician tak berbayar untuk maintenance CCTV/PC dan lain-lain lagi.

Bos tu tak tengok ko ada degree ke apa. Main belasah je. 6 hari bekerja, ahad je cuti. Waktu rehat duduk dalam tu je, kalau nak makan ke apa, ganti-ganti.

Kadang tu time makan pun, bila ada customer datang, terpaksa la aku berdiri. Nak solat pun susah. Kawasan tu takde surau. Perit sangat.

Bila balik pukul 5, barulah dapat solat asar dan ganti zuhur. Diorang bukannya kisah. Public holiday pun kerja. Gaji jangan cakap la, basic 1200 je belum tolak kwsp & socso. Workload & underpaid.

Sepanjang bekerja tu lah bermula episod aku mempersoalkan takdir perjalanan hidup aku. Bukan tak pernah aku mencuba memohon kerja lain, tapi tak pernah ada yang sangkut.

Swasta, government semua aku balun apply. Beberapa kali aku pegi ujian/temuduga SPA, SPP. Tak ada yang aku lepas.

Mungkin bukan rezeki. Sampai aku menangis terduduk time lepas solat. Aku rasa degree aku tu sia-sia. Baik aku tak payah ambik degree.

Padahal time U, aku aktif sangat.. program sana sini. Pointer pun kepala 3 juga la huhu. Time ada masa free plak, aku kerja part time kat luar. Sebab aku struggle nak cari duit poket.

Daripada dulu aku struggle. Aku bukan dari keluarga yang senang. Dengan harapan, bila kerja nanti senang dah sikit.

Aku sedih memikirkan kenapa la aku tak beruntung macam orang lain. Grad je terus dapat kerja tetap, beli kereta, beli rumah, travel sana sini, pegi umrah dua tiga kali, kahwin, ada anak and so on..

Aku, jangankan kereta, lesen pun tak ada. Kena tanggung lagi bayaran PTPTN.

Time berkerja tu, aku tak ada kawan-kawan office untuk makan atau keluar sama-sama. Tak ada yang menarik untuk aku kongsikan di status atau story.

Aku mute certain people. Aku keep a small circle. Sampaikan aku shut down social media and even cut off some people untuk kebaikan mental aku, haha.

Aku bukan nak dengki atau nak cakap diorang show off, aku faham je itu semua rezeki yang Allah bagi kat diorang but it’s all about me. About me being desperate and not being so lucky in life.

Aku penat.. kat rumah, aku bagi duit belanja untuk barang-barang dapur dan lauk. 1200 tu tak terasa pun hihi, barang makin mahal.

Banyak kali aku tenggelam dalam episod down & demotivated. Nasib masih ada mak yang selalu bagi semangat. Dia jugalah yang selalu doakan aku semoga berjaya, jangan putus asa.

Aku selalu berdoa semoga aku dapat kerja lain yang boleh solat dan otak aku boleh berkembang sikit.

Alhamdulillah awal tahun 2022 aku dapat kerja sebagai guru di sekolah swasta. Walaupun jauh dari rumah, aku gagahkan juga. Sebab aku nak keluar dari zon selesa tu. Aku tak nak stuck dekat situ selama-lamanya.

Kerja yang sekarang ni, alhamdulillah aku lebih banyak masa untuk diri sendiri.

Kerja memang la banyak juga, dan stress tu benda biasa la tapi yang paling penting solat terjaga dan persekitaran pun sihat. Good for future progress and I am looking forward to starting again, to keep myself on track again.

Aku tak nak la canang seolah-olah cerita hidup aku ni la yang paling teruk kat Malaysia ni padahal ramai lagi yang tak bernasib baik. Malahan aku lebih bersyukur.

Alhamdulillah for everything. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Bagi aku, setiap pengalaman, buruk atau baik adalah guru yang paling berharga.

Aku terima segala kesusahan dan ujian dalam hidup aku dengan redha sebab itu adalah pelajaran yang aku tak kan dapat belajar kat mana-mana. Semoga ada sinar yang lebih baik di masa akan datang.

Dalam perjalanan bersimpang siur itu, banyak benda yang aku belajar. Antaranya, penting untuk kita tahu apa yang kita mahu.

We should know what we want, what we want to be, and how to achieve it. Set a goal, and there will be motivation and inspiration to keep us going.

Dalam tempoh aku down tu, aku selalu juga bagi kata-kata semangat kat kawan-kawan yang ada masalah sama walaupun dalam hati aku sendiri menangis haha.

Aku doakan semua yang sedang struggle mencari kerja, struggle untuk family diberikan kemudahan, dimurahkan rezeki dan sihat selalu.

Jangan pernah berhenti berharap, Allah knows our struggle..

– Miss Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *