Susah Betul Nak Tengok Orang Bahagia Kan?

Assalamualaikum. Aku straight jela eh sebab aku tak adalah nak kenalkan diri sangat.

Cuma cerita kali ini adalah lebih kepada aku yang geram dengan keluarga suami aku, a.k.a keluarga mertua aku.

Aku ni menantu sulung kepada anak sulung. Aku tak tahulah aku yang bitter, mereka yang sakit hati atau memang perangai macam tu ya?

Kenapa dengan tajuk? Agak selalu ya dimana keluarga kecilku sedang bergembira atas sesuatu akan ada yang bersuara jadi party killer. Atau aku yang serious benar?

Pertama, suami aku tak lah senang. Gaji bawah expectations graduan kejuruteraan.

Ayah aku nak mudahkan menantu asbab sewa rumah sekarang kan melambung, dia beri sewakan salah satu rumahnya kepada suami aku cuma bayaran bulanan bank RM500 sahaja. Suami aku bersyukur je.

Kami 2 beranak bersama anak sorang kecil bahagia je walaupun rumah tu ayah tak sempat nak repair betul. Hanya sempat cat dan tukar lampu kipas je sebab kami pindah mengejut.

Kami okay je buat semua nanti-nanti asalkan kami ada tempat berteduh.

Yang tak best, bilamana bapa & ibu mertuaku datang melawat, bersama biras & adik iparku. Biras aku ni rumah dia cantik ya. Full set luar dalam Ikea.

Rumah juga besar, corner lot & ada mini garden lagi. Ya la family biras aku orang berada, support 50-50 dengan duit KWSP yang boleh keluar masa PKP dulu. Adik ipar aku tu yang lelaki tu masuk cuci kaki je.

Dulu semasa aku diduk di utara, mereka melawat ada je tak kena. Jadinya bila mereka semua ni datang melawat, aku macam fobia. Tepat tekaan aku. Setiap sudut rumah buat spot check.

Awal pindah, rumah masih berlantai simen, kena komplen,

“Kenapa tak pasang tiles. Dapur kecil ni, kenapa tak luaskan belakang. Banyak tanah lebih tu.

Luar ni buat simen. Hodoh tengok tanah rumput meliar.

Lampu ni tukarlah cantik sakit. Kipas carilah yang moden sikit. Pintu tukarlah yang berseri sikit. Cat kenapa kaler begini buruknya rumah.

Tengok rumah si biras tu kan cantik? nanti keluarkan duit KWSP besarkan rumah”

Wah aku terus turn off ye. Aku nampak muka biras aku pun lain. Aku kalau jadi dia, aku terasa jugak kot dia mention KWSP. Tu kalau aku la.

Tak tahulah kenapa riak muka dia lain. Aku memang diamkan aje.

Dalam hati aku, eh modal air liur je ke?

Situasi lain, ayah aku kesiankan suami kerja naik motor jauh sebab keretanya aku guna untuk kerja. Motor yang suami guna tu pun motor aku zaman bujang.

Jadinya, ayah aku minta ambil motor di kampung buat kegunaan. Motor tu motor baru ye. Masih berplastik. Dah lama beli cuma ayah tak guna asbab dia accident sebelum sempat guna motor tu.

Bapa mertua ku dapat tahu, ayatnya mulalah “Jomlah pergi amik bawak spana screwdriver semua repair”, suami ku pelik dan cakap, “Eh motor baru. Masih dalam plastik”

Dibantah pula “Iyalah tu entah kau kena tipu je. Siapa je baik hati nak bagi motor free. Adalah tu apa dia nak”

Depan aku ya dia kata begitu. Eh dia ni ayah aku kesiankan anak dia. Dia boleh cakap begitu? Kalau gitu kenapa tak belikan je motor kat anak tu?

Suami aku terus macam tak mahu terima ya motor tu. Ayah aku bukan suruh bayar pun. Ayah beli motor tu cash. Cuma perlu tukar minyak hitam je. Kesian laki aku padahal dia dah happy masa ayah aku suruh ambil.

Lain lagi, baru ni aku ada bawa anak ke Afamosa melaka waterpark tu. Aku letak video yang anak aku dah pantai melompat terjun dalam air.

Anak aku masuk swimming class tapi family tak tahu hal ni.

Jadinya bila aku upload video begitu di status, family aku reply perkara yang baik saja dalam masa yang sama beringatkan aku agar berhati-hati.

Sampai bila turn family sebelah husband aku,

“Minum air kolam banyak orang kencing”

“Lemas budak tu baru ada akal”

“Kenapa berani sangat anak kau ni tak nak membesar ke?”

Mind you anak aku pakai baju renang yang ada float foam ye. Siap aku pakaikan lagi swimming ring di lengan tu.

Aku faham mereka risau. Tapi yang aku tak faham cari penyampaikan tu kenapa nak melampau sangat ye?

Yang terakhir kami ni tiga beranak dah booking travel tour untuk hujung bulan 7 ke negara luar, sejak tahun lepas lagi aku dah inform kedua belah keluarga jangan ada majlis penting yang memerlukan kami suami isteri.

Hampir setiap bulan kami remind sebab kami buat persiapan travel ni lama ya. Kami kumpul duit, kami beli barang. Aku ni dah sangat teruja nak bawa suami dan anak berjalan.

Kau tahu semalam, suami aku dapat whatsapp bapak mertua aku “Cancel jela cuti tu. Mak nak buat doa selamat. Daripada kau pergi negara mat salleh makan benda haram, baik kau doakan mak ayah” Doa selamat sebab dapat menunaikan umrah.

Tapi pergi umrahnya hujung bulan 9! Apa kena doa selamat bulan 7? Tarikh aku nak melancong pula tu. Aku dah apply cuti company, aku dah notify tadika anak.

Aku faham benda baik. Tapi bulan 8 tak boleh buat ke kendurinya? Aku suruh suami aku persoalkan perkara ni.

Tapi keluarga belah sana berkeras. Suami pula endah tak endah, aku yang sangat geram dan sakit hati.

Aku nak batalkan percutian aku tapi aku nak suami aku cover balik semua cost dari booking, planning, cuti, shopping. Suami aku kata aku kejam? Aku kejam? Dia suruh aku postponed je? Aku ni dah takde mood tau.

Kejam ke aku? adik aku yang plan nak bernikah bulan 7 (plan tersebut adalah selepas kejadian aku booking)

Tu sehabis baik bincang dengan keluarga belah sana untuk tunda hujung tahun sebab dia tahu dan dia faham betapa teruja & betapa lelahnya aku kerja kumpul dana untuk impian tu.

Aku yang tak boleh nak tolerate ke?

– Cerek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *