Assalamualaikum semua. Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada admin IIUMC sekiranya post aku di siarkan, dan sekiranya tidak, aku redha.
Untuk permulaan, nama aku Duan. Berumur 25 tahun, seorang lelaki, berasal dari Tawau Sabah dan memegang Ijazah Sarjana Sains Sosial dengan kepujian dari univerisiti awam di Malaysia.
Menamatkan pengajian di university lalu mendapat pekerjaan yang baik merupakan impian semua orang. Tapi kita tidak sedar bahawa, dalam menggapai impian yang tinggi itu, jalan untuk ke sana penuh rintangan.
Sebaik sahaja tamat pengajian pada tahun 2017, belum lagi bergraduasi, aku memutuskan untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Alhamdulilah, pada ketika itu aku telah diterima bekerja di 7Eleven sebagai Pembantu Store Manager pada ketika itu.
Kisah gelap aku bermula ketika Pra-PRU 14. Sebulan sebulan PRU 14, orang tuaku dari kampung menelefonku menyuruh untuk balik ke kampung untuk mengundi dan melakukan perubahan. Pada awalnya aku berkeras namun akhirnya aku akur.
Bapaku menyuruhku untuk pulang kerana beliau di janjikan oleh seseorang akan menolong anaknya sekiranya menang dalam PRU14, peluang pekerjaan akan dapat dan tak perlu merantau lagi. Kita sedia maklum siapa yang menang pada PRU14 lalu, namun sehingga kini janji hanya tinggal janji.
Aku sedar janji itu tidak akan ditepati, setelah hampir 2 bulan mengganggur aku mula mencari pekerjaan semula di tanah kelahiran sendiri. Dari Tawau ke Kota Kinabalu bukanlah satu kos perbelanjaan yang murah. Namun kerana orang tua, aku gigihkan kudrat mencari pekerjaan baru di Kota Kinabalu.
Bersandarkan dengan pengalaman kerja aku, aku memohon kerja berdasarkan pengalaman dan kelayakan aku. Namun sepanjang pencarian ku mencari pekerjaan di KK, setiap temuduga yang aku hadiri berakhir dengan jawapan yang menghampakan.
“Pihak kami akan menelefon anda sekiranya terpilih” “Kerja nie hanya untuk non-muslim sahaja” “Tiada sudah kekosongan kerja” “Wajib fasih berbahasa Mandarin untuk pekerjaan ini”. Dialog yang sama setiap kali aku menghadiri temuduga.
Pada suatu hari, aku menerima panggilan dari sebuah company retail yang terbesar di Malaysia yang mempunyai cawangan di KK. Dengan hati yang gembira, dengan 12 jam perjalanan aku bertolak ke KK. Pada hari interview, semua berjalan dengan baik sehinggalah aku bertemu dengan boss in charge company tersebut.
First impression dia dekat aku adalah mengenai fizikalku. Dia mengatakan kepada aku yang orang berbadan besar seperti aku pemalas dan lambat buat kerja. Pada awalnya aku senyum sahaja, mungkin cara ini dia hendak menguji aku. Namun semua itu hanya palsu, dia terus menerus memperlekehkan kebolehan aku. Pada waktu itu, aku mula rasa down. Aku tidak sangka akan berlaku kejadian seperti ini.
Di akhir perbicaraan aku dengan boss in charge itu, dia memberitahu aku bahawa aku tidak di terima bekerja kerana masih tidak memenuhi syarat kelayakan lain iaitu fasih berbahasa mandarin. Aku beredar keluar dari bilik dan membawa semua dokumenku. Perasaan sedih dan sakit hati. Hina kah orang gemuk ? Orang gemuk ni kah habiskan beras di rumah kau ?
Selepas kejadian tersebut, aku tidak pernah memohon jawatan kosong di KK. Aku terpikir untuk kembali semula ke KL untuk mencari pekerjaan. Namun duit simpanan aku telah habis terpakai. Aku ingin bekerja di Kilang kerana menawarkan tiket penerbangan dan hostel namun bapaku tidak menyuruhku untuk bekerja kilang.
Pernah sekali aku memohon kerja kilang. Sehari sebelum bertolak, bapaku mengetahuinya dan sangat memarahi aku. Oleh kerana itu, aku terpaksa batalkan niat aku dan membayar ganti rugi kepada agen yang telah menolongku.
Aku pernah bekerja di KFC. Namun aku merasakan yang aku tidak sesuai untuk bekerja di bidang F&B kerana faktor fizikal. Kerana aku berbadan besar, sukar untuk melakukan pekerjaan dengan cepat dan pantas. Setelah seminggu bekerja, akhirnya aku berhenti bekerja.
Ada kalanya aku rasa stress dengan kehidupan yang aku lalui sekarang. Kawan-kawan aku yang lain yang lepasan UPSI sudah menjadi guru dan mengajar di sekolah, ada yang bekerja dengan agensi kerajaan sedangkan aku masih menggangur. Stress aku lebih memuncak bila e-mail ptptn datang menyuruhku untuk membayar hutang. Hahaha, stress hidup ini.
Tiada apa yang aku minta, aku cuma minta kalian doakan aku agar pintu rezekiku terbuka luas. Aku bosan sudah tanam anggur, yang penghujungnyaa tiada hasil malah menyusahkan orang tua sahaja. Sekian, terima kasih.
– Duan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit