Susah Hati

Assalamualaikum, aku sangat berterima kasih sekiranya confession aku disiarkan.

Okay, aku memperkenalkan diri aku, aku Orked. 23. Sudah berkahwin 10 bulan dan sedang mengandung. Doakan aku sahabat. Aku mempunyai seorang suami yang sangat memahami yang selalu menolong aku dan bagi support moral yang baik.

Bolehlah kalau nak diajak berbincang cuma aku tak tahu nak mulakan sesi luahan masalah aku. Terutama sekali aku minta maaf sekiranya penulisan aku tak berapa okay sebab bm aku memang tak credit pun. Cukup cukup makan je masa spm.

Kawan kawan aku yang kahwin sekali dengan aku tahun lepas, boleh dikatakan kebanyakkan sedang mehintung hari dan ada yang tengah berpantang sekarang ni. Alhamdulilah, aku tumpang gembira untuk mereka.

Baru baru ni, aku pun dapat berita gembira dimana aku disahkan mengandung tapi aku tak tahu usia kandungan aku. Cuma mengikut tarikh last aku period bulan lepas, mungkin dalam 5-6 minggu. Kegembiraan aku sama banyak dengan kerisauan sebenarnya.

Pertama, aku lambat tahu yang aku tengah mengandung. Ada beberapa tanda yang sama macam aku period biasa. Memandangkan period aku jenis tak regular, selalu lewat 5 6 hari setiap bulan, jadi aku tak pelik bila aku tak period lagi bulan ni.

Aku mengalami sakit gigi berlubang dalam 2 minggu macam tu dan 2 minggu tu aku duk pulun makan ponstan. 3 biji sehari. Allahu. Aku memang tak tahu aku mengandung. Kesalahan pertama. Tak kira lagi aku angkat berat, aku senaman, aku makan bukan bukan. Harap baby sihat ya.

Kedua, yang buat aku tulis luahan ni dan untuk minta pendapat sahabat semua, tadi aku pergi klinik ibu dan anak untuk buka buku pink. Aku dah susah hati tentang ubat painkiller tu. Ditambah pulak dengan sejarah aku yang memang sudah ada kencing manis tak terkawal.

Aku tak pergi follow up dan aku tak makan ubat. Mungkin aku tak terdedah tentang bahaya dan risiko ketika sedang merancang mengandung atau sedang mengandung.

Jadi aku tak ambil pusing pun tentang penyakit kronik yang satu ni. Akhirnya ia menjadi masalah terbesar untuk aku buat masa sekarang.

Masa doktor tu scan, rahim aku kosong. Masih tak nampak kantung. Doktor cuba nak sedapkan hati aku, doktor cakap normallah tak nampak baru 6 minggu kan. Takde apa apalah.

Bila aku tanya, baru doktor cakap kandungan aku berisiko sama ada keguguran ataupun mengandung luar rahim.

Dan berita yang menyedihkan, doktor cakap kemungkinan anak aku akan ada masalah seperti cacat ataupun macam ada masalah besar lebih kuranglah, aku tak fokus tadi masa beliau terangkan sebab fikiran aku dah jauh melayang.

Aku ada tanya dekat suami aku, andai kata kalau anak dalam perut ni cacat, rasa gugur kan atau teruskan?

Dan jawapan dia, takda pape lah yang. Kalau cacat pun okay, Alhamdulilah. Allah dah bagi bersyukur beribu rahmat. Kalau sempurna tapi buat susah hati buat apa juga kan.

Aku tak tahu nak cerita macam mana tentang apa yang doktor cakap dan aku tak tahu nak bagitahu aku ada kencing manis kat dia. Aku malu. Nampak macam aku terlalu ada masalah. Aku rasa macam dunia aku gelap sekejap lepas apa yang doktor bagitahu tadi.

Jadi aku nak tanya pendapat atau pengalaman sahabat semua yang mungkin ada risiko atau masalah macam aku. Apa patut aku buat?

Dan mungkinkah anak aku ada peluang hidup normal macam kanak kanak lain? Kandungan aku akan sihat macam ibu ibu normal yang lain? Maaf jika tulisan aku berterabur. Terima kasih.

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *