Hi, kenalkan diri saya Mir. Bukan nama sebenar, seorang perempuan yang masih bujang dan berusia 28 tahun.
Dalam keluarga, saya perasan saya seorang je yang baran dan susah untuk kawal.
Bila saya bercakap dengan sesiapa pun, cakap biasa je bagi saya, tapi bagi orang lain seolah saya marah.
Bercakap macam marah, tapi bukan meninggi suara, mungkin nada bicara saya agak menekan-nekan.
Saya tahu nada begini mungkin dah banyak menguris hati orang lain, terutamanya mak ayah saya. Agak susah untuk dikawal.
Kadang, kalau tak macam marah pun mesti macam beria betul bercerita. Bila ada sesuatu yang sedih, orang lain menangis pun saya boleh ikut sama menangis. Adakah saya over-sensitive?
Tapi dalam banyak-banyak perasaan, semestinya saya paling tak suka perasaan marah. Marah pada orang dan marah pada diri sendiri.
Marah saya cuma pada nada bicara yang menekan.
Buat masa ni, belum sampai terjerit-jerit, mencarut, merosakkan harta benda, atau menyakiti secara fizikal.
Cuma bila perasaan marah pada diri sendiri je, saya pernah rasa macam nak pukul diri sendiri untuk lepaskan amarah.
Kadang saya rasa tak mampu nak berurusan atau bersosial dengan manusia lain dalam tempoh yang lama sebab berurusan dengan manusia akan melibatkan pelbagai emosi.
Saya selalu fikir untuk menjauhkan diri daripada semua orang.
Kerisauan saya, kalau saya berterusan macam ni, sampai bila nak jumpa jodoh?
Tapi kalau saya berkahwin dan ada anak-anak, saya takut tak mampu nak kawal emosi untuk urus kerja, suami, dan anak. Saya takut dari hanya marah dalam bicara kepada marah yang melibatkan fizikal.
Fyi, tahun 2023 saya pernah dapat surat rujukan ke psikologi sebab anxiety dan depression. Dah pergi psikologi untuk 3-4 kali sahaja.
Then, doktor cakap tak perlu next appointment dah, just belajar untuk kawal sahaja.
Saya hanya dapat kawal emosi selepas beberapa minit/jam dari perasaan marah sahaja, tapi susah untuk kawal emosi semasa awal-awal perasaan marah.
Saya percaya setiap apa yang kita lalui, bukan kita sorang je yang pernah rasa. Ada juga orang yang senasib, malah mungkin lagi parah.
Jadinya, saya nak minta nasihat/tips untuk sentiasa rasa damai dengan keadaan, apa perlu buat bila hati tengah sakit sangat.
Mohon doakan saya juga, mungkin ada di antara pembaca doanya diperkenankan.
Terima kasih.
– Mir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit