Susah Ke Jadi Baik?

Susah sangat ke untuk jadi manusia yang baik, yang tidak mengeluarkan kata-kata kesat atau mempersendakan perkara yang tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk gelak ketawa. Susah sangat ke?

Adakah untuk menjadi manusia yang baik memerlukan kita belajar sampai tahap yang paling tinggi? Saya rasa berbuat baik itu, ialah common sense yang patut semua manusia dalam dunia ini ada.

Semalam, dunia dikejutkan lagi dengan seorang pengiat seni yang meninggal dunia di rumahnya sendiri. Banyak spekulasi yang berlegar, salah satunya ialah kerana dia penghidap penyakit kemurungan.

Jika kita boleh lihat, dia menerima pelbagai kecaman yang amat menyakitkan hati. Saya tidak mahu menulis kenyataan demi kenyataan. Saya mahu menulis persoalan supaya semua orang gunakan akal, gunakan EQ untuk “hadam” persoalan ini.

Kenapa kita mudah sangat meninggalkan sebarang komen yang agak keterlaluan pada sesiapa pun yang tidak mengenali diri anda?

Maksud saya, seseorang individu yang anda tidak kenal dia sebaiknya ataupun dia tidak mengenali anda. Sedar atau tidak, anda sedang melakukan buli dalam dunia maya.

Banyak komen yang saya pernah baca dalam mana-mana social media zaman sekarang ialah komen yang tidak patut diutarakan. Yang lebih parah, manusia menggunakan ayat, “sekadar memberi nasihat”.

Jika anda benar niat mahu memberi nasihat, sila gunakan ruang Private message. Bukan diruangan komen secara terang-terangan. Kadang kala, konon nasihat itu hanya menambahkan aib seseorang.

Jangan sesekali menghakimi seseorang walaupun dengan alasan agama. Bagi saya, masuk syurga atau neraka itu, itu tugasan Tuhan. Jangan ambil alih tugas Tuhan.

Empathy, fahami dan ajak mereka yang anda rasa tersasar jauh dengan lembut. Bukan terus hakimi itu dan ini. Berdakwah, kena ada cara.

Tugas dakwah ialah membimbing manusia untuk berada di landasan yang betul. Bukan tentukan seseorang itu confirm masuk syurga atau neraka. pengakhiran kita itu yang paling penting.

Berbalik pada kes bully cyber ni, jika anda ada perangai yang suka meninggalkan komen secara kecaman, saya harap anda berhenti berbuat demikian. HENTIKAN.

Anda kena faham, jika hari ini anda meninggalkan kata-kata cacian pada seseorang, akan ada satu hari nanti, perkara itu akan berbalik pada kita. Jika bukan diri kita, mungkin anak kita mungkin ibu bapa kita.

Nasihat yang baik ialah nasihat tanpa mengaibkan. Buli secara terang / tidak, boleh menyebabkan tekanan pada mental. Bab ini, saya rasa saya tidak mahu menghuraikan kerana awareness mengenai depression atau mana-mana mental illnesses sudah banyak sangat dilakukan.

Jika kita tiada ayat yang baik untuk diutarakan, lebih baik kita diam.

Terima Kasih.

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *