Susah Ke Jadi Mentua Baik?

Salam semua, dulu aku dah pernah post masa awal-awal kahwin dulu. Post aku bertajuk ‘Nasihatkan aku berkenaan Mertua’ (https://iiumc.com/nasihatkan-saya-berkenaan-ibu-mertua/).

Dan terima kasih banyak-banyak pada feedback dan nasihat orang ramai. Aku amatlah hargai.

Kini aku kembali lagi, bukan hanya ingin meminta nasihat, tapi sebenarnya aku pun nak nasihat juga. Nasihat aku ni lebih pada untuk diri aku akan datang.

Entah lah nak diceritakan pun banyak. Baru-baru ni, aku terdengar perbualan mak mertua aku dengan suami aku. Mak mertua aku macam meluah yang abang ipar aku tu tak tolong tukarkan mentol lampu dekat luar rumah (bukan lampu utama) and dia cakap asyik nak balik cepat-cepat je.

Dia tambah lagi dengan kata ‘taktau lah kenapa orang yang dah berumahtangga ni, tergesa gesa nak balik, sibuk apa entahnya’.

Bila aku dengar tu entah lah, semarak api rasa dalam hati. Tak lama kemudian dorang borak-borak ada lah cakap pasal biras aku pulak beli barang dekat pasar, suami aku tanyalah.

Dorang tak ajak ke beli (sebab barang dapur rumah mak mertua aku ni selalu habis, and anak-anak dia semua duduk jauh kerja jauh, sorang je anak dia yang duduk dekat dalam 15 minit dari rumah) then mak mertua aku cakap ‘takkan la mama nak menyemak’.

Bila aku dengar ni terus aku rasa down. Mak mertua aku akan complain, meluah apa bagai nak menagih kasihan dari suami aku supaya selalu balik rumah dia, tolong ini tolong itu. Aku taktau lah aku yang problem ke atau dia yang problem. Tapi aku rasa annoyed gila dengan cara dia.

Masa turn dekat rumah aku (rumah mak aku dengan mertua dekat) dia akan call seawal 7 pagi suami aku and kata suruh bawak dia pergi makan kedai sekian2. Aku pun ya Allah banyak kerja nak disetelkan, beli barang basah, barang dapur sebab petang tu dah nak balik rumah kitorang di KL.

Kedai dia yang dia nak makan tu 40 minit dari rumah, padahal ada je kedai lain yang sedap dekat dengan rumah yang jual makanan yang sama tapi entah dia suka pergi kat situ kot. Tapi tu kejadiannya ialah sehari sebelum berpuasa. Memang banyak kerja lah kan sehari sebelum puasa nak topup itu ini barang rumah.

Baru-baru ini suami aku dah janji nak keluar beli barang dengan aku. Berdua je, sebab mestilah aku nak ada time dengan dia jugak, and lama nak singgah memana ke. Pastu tiba tiba dia nak ikut. Okay fine lah aku tak kisah lah.

Betul lah orang kata dalam satu rumah tak boleh ada 2 Queen. Dah ikut tu pulak, time orang berebut ambik sotong, dia suruh kita ikut berebut ambik, aku taknak tapi husband aku insist. Annoyed la aku kat situ.

Pastu dengan husband aku tolong bawak barang dia sekali ya, jalan jalan dengan dia, jadi tinggal lah aku seorang kat sana ke mari dengan trolley.

Itu okay lagi lah, time bayar pulak, self checkout, dia suruh husband yang buat. Dah aku ni terkial kial sorang sorang dengan barang penuh 1 trolley nak scan lagi nak masuk dalam beg lagi.

Pastu paling aku geram, masa aku dlm kereta aku tak keluar kereta lagi nak angkat barang, dia sempat usha barang barang aku beli belek2 dalam groceries beg tu pastu bila aku keluar and nmpk terus cepat cepat dia lari. Aku ke yang problem kat sini huwaa.

Bila otw balik, aku ajak pergi singgah kedai ni, tapi dia (mak metua) cepat2 cakap balik lah cepat cepat. Dah lah semalam memang 1 hari khas untuk beli barang dapur dia dari tengah hari ke ptang, harini pun beli barang lagi. Tang bila nya aku boleh keluar dengan suami je.

Dahla dengan banyak ayat-ayat macam ‘Adik (suami) tak makan lagi kan kat rumah sini’ (nak cakap kita tak spend time dkt rumah dia, banyak makan dekat rumah saya) padahal kitorang banyak makan luar and ada je breakfast kat rumah dia.

Bila husband kata kan ada hari jumaat dia makan lunch sebelum solat jumaat tu pastu mak mertua kata tu lunch je. Haihh pastu tu tak masuk lagi part time aku masakkan lunch, sebab aku tau ni rumah dia, so aku akan tanyalah nak isi berapa banyak, cukup tak apa semua.

Aku dah terang terang tanya kari ni nak masuk berapa banyak, dia tak tgk aku pun cakap sambil lalu je cakap masukkan separuh. Walaupun was was aku mcm ikut jelah (sebab kat rumah aku serbuk kari tu dah letak daalm bekas sesiap so aku ingat cedok je dlm 3-4 sudu, ni rumah mak mertua, serbuk kari dlm plastik dia lagi)

Pastu sudahnya kari jadi tawar je rasa kari nya. Dia duk canang cerita ke semua orang aku letak separuh je serbuk kari. Aku pun diam je.

Entah la korang rasa nak meletup, ni menulis pun sebab tak lama lagi nak raya dah kena balik rumah dia. Aku rasa walaupun ni first time aku raya lepas kahwin, aku cam malas nak beria-ria masak kt rumah dia. Baik aku balik rumah aku masak rumah aku je. Apa kata korang? Hahaha

Haih entah la korang kalau nak cerita banyak lagi menda nya tapi now nak teruskan part paling penting. Apa yang aku belajar dari semua ni adalah kita kalau dah smpai masa nanti jadi mak metua orang, ada menantu, tolong lah buat baik dengan menantu. Jangan buatkan dia rasa tak ada tempat dekat rumah kita.

Bila kita buat dia happy, dia pun suka nak mari rumah kita. Kita pun untung dapat jumpa anak kita, and cucu kita. Satu lagi korang, usaha lah untuk bahagia dengan pasangan masing-masing sampai ujung usia. Mak mertua aku ni jadi camni entah lah maybe sebba tak bahagia dengan pasangannya.

Memang bahagia jodoh itu urusan Allah, tapi kita kan boleh usaha untuk memperbaiki hubungan. Bila tak bahagia dengan pasangan mulalah nak berkepit dengan anak walaupun anaknya dah beristeri.

And paling paling penting, jagalah kesihatan. Makan minum jaga, jangan ambil gula banyak sangat, jangan ambil karbo banyak sangat. Sebab apa? Sebab kalau kita sakit kita tak dpt buat banyak aktiviti semasa tua.

Kita dah takle drive, tak boleh kemana mana kena harapkan anak anak je. Mungkin orang akan kata yelah time muda kita cakap lah camni, nanti dah tua nanti tau lah.

Takdelah, korang tengok orang-orang kat jepun korea. Tua-tua masih bekerja, masih usaha. Dorang kurang complain macam kita ni, panas sikit tak boleh, hujan sikit tak boleh, tak larat, penat.

Haih itu jelah, semoga kita semua diberikan kerajinan, kesihatan yang baik supaya tak melukakan sesiapa di dunia ini.

– Cik Sayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. nampak cam baru kawin, jauh lagi perjalanan ni, cuba awak jgn rasa nak challenge MIl awak tu, berlapang dada dengan karenah dia, MIL tu dlm prosess nak terima hakikat yang anak dia tu dah kawin… dia mungkin perlukan masa nak adapt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *