Susah Ke Nak Anggap Aku Priority?

Salam semua. Harini aku terlintas untuk menceritakan kisah complicated hubungan aku dengan seorang lelaki yang aku gelarkan dia sebagai H tapi bagi aku dia ni limited edition sungguh.

Aku berumur 27 tahun, yang mana masih single. Secara jujurnya, aku masih ok dengan status aku, even hampir semua kawan-kawan baik sudah berumahtangga dan aku juga anak bongsu, so faham kot life aku macam mana kan.

Ok straight to the point, salah sorang kawan baik aku ni, nak kenalkan aku dengan kawan baik suami dia. Kitaorang ni duduk dekat-dekat je. And si H ni pun area yang agak dekat la.

Nak dijadikan cerita si H ni dengan suami kawan aku memang baik, kawan dari sekolah, kerja dalam bidang yang sama dan mempunyai perniagaan mereka sendiri.

Ohya, aku dan kawan baik aku juga kawan dari sekolah, kebetulan aku berpindah dekat dengan area rumah mereka. So lagi kerap berjumpa la kan.

Sampailah satu hari dorang suami isteri ni nak kenalkan la kitorang. So aku dengan si H pun bertukar la no phone & gambar (macam orang dedulu kan haha).

Permulaan yang menampakkan si H ni bersemangat la, even aku ni macam acuh tak acuh je mula-mula kan.

Yerlah kita mesti la nak jual mahal sikit kan haha. Pastu macam tak percaya je tiba-tiba berkenalan sebab konon nak ikhtiar jodoh ler, manalah tahu berjodoh kan.

Tapi dia ni dry texter la aku boleh cakap, and dia bekerja sendiri kan, terlalu busy tu semestinya.

Tapi aku rasa ok je mula-mula sebab dia akan contact bila dia free. And aku pun faham je sebab aku juga seorang yang “busy” yerla kita je single mingle wak, ramai orang perlukan kiter hehe.

Aku diberitahu yang si H ni very family man, boss yang baik dan memiliki keperibadian yang bagus la even bekas cikgu dia ke atau orang yang lebih tua selalu cakap dia ni excellent dari semua segi.

Cumanya, dia tak pernah bercinta, so memang agak hambar la bila dengan aku. Tapi lama kelamaan aku nampak effort dia, mula ada perubahan and membuatkan aku suka dengan dia.

Oh ya kitorang tak pernah berjumpa lagi tau, sebab ada je halangannya. Kebiasaannya, bila aku free dia busy & sebaliknya. So kitorang ni contact biasa-biasa je tak kerap sangat.

Kadang berminggu minggu atau berbulan bulan tak contact pun ada je. Tu yang on the phone sampai 4-5 jam pun pernah haha. Masa tu lah nak cerita macam-macam benda.

Ye, kawan baik aku selalu cakap, mana aku ada kesabaran yang tinggi berhubung dengan lelaki camtu,

Aku takde jawapan untuk tu sebab ntahlah maybe aku dah terbiasa dengan perangai dia camtu, dan aku selalu control diri aku supaya tak terlalu berharap, tapi tipulah kan.

Jauh di sudut hati aku, aku rasa aku fall harder adalah. And, bila dah berbulan kenal, aku yang selalu mulakan conversation, even selalu tak berbalas, aku tetap usahakan.

Macam aku mentioned tadi, ye tak contact lama tu aku dah terbiasa. Even kadang-kadang tak keruan je aku nak tau apa dia buat ni kan. Tapi apakan daya, kadang dia ignore je aku ni. Bila dia betul-betul free baru dia carik aku.

Lama kelamaan keadaan memaksa aku untuk direct je tanya dia nak kenal lagi ke tak dengan aku ni kan. Sebab hambar semacam je, haha.

Oklah, kita tolak perasaan aku tadi, aku cuma fikir kawan-kawan kitorang yang baik tu je. Tak sedaplah kan kalau end begitu sahaja. Pastu dia cakap nak je, cumanya dia terlalu memikirkan company dia.

So aku ni kononnya supporter dia la kan kalau dia cerita pasal company ke apa aku layankan aje.

Sebab kebetulan bidang yang aku kerja ni sesuailah nak dibincangkan dengan dia. Aku rasa tu je salah satu sebab yang dia tertarik dengan aku. Yerlah dia kan workaholic.

Then, satu hari dengan masa yang singkat kitorang dipertemukan la, kejap je jumpa tapi macam dah lama kenal. Banyak nau cerita dia. Aku rasa selesa la sebab dia gitu tak awkward sangat.

Lepas jumpa tu pun dia ajak je jumpa lagi, selalu call aku kadang tanpa sebab. Which is jarang la takde benda penting nak call aku, eh tak pernah pun rasanya.

So aku lama-lama mestilah rasa oh dia macam ok je. So harapnya ok ajelah kan (disebalik ego aku yang menggunung ni, aku bersyukur yang aku dah nampak perubahan dan effort dia, haha sedih jap).

Sampailah satu hari dia kata dia akan busy nanti, sebab tengah usahakan untuk job besar.

Ok lah aku faham je, doakan jelah yang baik-baik kan. Sebab kerja dia berisiko agak tinggi. Then kalini lama betul dia ignore aku ye (langsung takde khabar berita).

Ok la kita try contact dia dulu, eh macam pelik je langsung takde respond.

And actually, ni bukan la kali pertama, dah 3x camni tapi aku masih boleh la accept la sebelum ni sebab end up dia carik je aku balik. Tapi kali ni lain ye, aku dapat rasa lain.

So aku pun stalk la media social family dia, end up dia keluar je dengan dorang like nothing happened. Aku ni risaukan sebarang benda tak elok je berlaku kan. Sebab pernah berlaku la aku risau.

Aku bukan marah dia spend time dengan family dia, sebab aku pun like 97% masa aku adalah dengan family, so faham je.

Yang buat aku terkilan sebab aku ada je call malam tu ingat nak jumpa, kebetulan ada kenduri area rumah dia. Pastu dia cakap dia otw ada kerja.

Pastu tengok rupanya dia keluar dengan family. Ye, aku terkilan sebab dia tipu. Kenapa kena tipu?

Aku tak pernah pertikaikan masa dia dengan family pun. Tau tak dah lama sangat kitorang tak contact, pastu tiber je jadi camni. Eh pelik sungguh aku.

Sebab lama aku tunggu tanpa ganggu dia kot, tu aku sedih dia ignore sekali ghosting ya. Sampailah sekarang pun masih belum ada jawapan. Jadi aku pun decide la nak blah jelah, tak suka dengan benda yang tak nampak hala tuju ni.

Bak kata kawan aku takpelah, Allah hantarkan orang untuk kita kenal ni mesti bersebab. Ye, sebab tu jugaklah aku bertahan dulu tu.

Tapi lama kelamaan ni memang rasa macam takleh pergi dah, cumanya susah untuk aku lupakan semua kenangan kitorang ni, even benda p&c company dia pun dia share je dengan aku.

Mestilah susah untuk aku kan. Tapi yang obvious, aku takde dalam list priority dia pun, even aku dah anggap dia begitu. So pesan aku, untuk lelaki kat luar sana, kalau tak suka atau taknak teruskan, bagitahu je.

Perempuan tak suka benda yang tak pasti & benda yang tertanya-tanya. Lagi-lagi korang tipu. It’s big no la kan.

Kalau kena reject awal-awal, sakitnya masa tu je. Being ignored & ghosted ni sumpah ye rasa dia sakit betul, sukati je buat anak orang gini haha.

Kalau tak nak pikir kan kitorang sekali pun, pikir la kot ada siblings perempuan atau relatives atau kenalan perempuan lain. Ok? Thank you in advance.

Buat perempuan pulak, first things first is kalau lelaki tak pernah menganggap kita ni priority, tolong jangan berharap lebih, and kalau dah lama sangat tolong blah.

Kita ni memang akan sentiasa diuji dengan perasaan & emosi kita. Sebab kita ni kan fragile, it’s on how we react & handle our feelings & emotions.

And kalau rasa tak sedia dengan commitment begini, jujur je belum bersedia. Tapi kadang feels kita tak sama dengan aturanNya.

Jadi, be the best version of ourselves and believes in Allah’s timing. Selalu berdoa moga-moga Allah kurniakan takdir yang terbaik pada waktu yang tepat untuk kita nanti, insyaAllah.

Apa-apa pun kita bukan sesiapa, kehidupan kita dekat dunia ni ujian sahaja. Jalani aja, sentiasa berdamai dengan takdir.

And untuk H, didoakan semoga semuanya baik-baik sahaja, tercapai apa yang dihajati selama ini, diberkati usaha, dilindungi setiap langkah & dimudahkan segala urusan.

Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada jalan cerita kehidupan yang mendewasakan ini.

Tulus,

– Hana (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit