Susah Ke Suami Nak Hargai Isteri?

Hi semua. Saya seorang ibu kepada seorang anak lelaki. Sudah berkahwin selama 3 tahun & suami merupakan seorang penjawat awam bergred SPM.

Saya menjadi suri rumah selama 1 tahun++, selepas melahirkan anak atas suruhan suami.

Saya seorang isteri yang sunyi. Saya tinggal di KL, kawan2 saya mostly duduk di kampung & mereka mostly dah berkahwin.

Saya tak ada kawan di KL. Suami pulak balik kerja je, terus main phone. Bila saya ajak bersembang, suami tak ada bagi respon, just fokus dengan phone je.

Saya tak ada someone untuk bersembang. Kerja rumah from A to Z memang saya yang uruskan, suami sikit pun tak ada tolong.

Waktu pregnant, Dr detected saya ada cyst tapi waktu bersalin czer, Dr bagitahu cyst tu dah hilang. Lepas bersalin, saya kerap sakit pinggang.

Baru-baru ni saya ada sakit bahagian perut & risau cyst datang semula. Saya bagitahu suami tapi tak ada apa-apa respon. Semalam saya sakit pinggang, saya bagitahu suami & suami cakap “sikit-sikit sakit”.

Saya terasa hati, bukan saya saja-saja buat sakit. Siapa je nak rasa sakit. Saya bagitahu pada suami sebab nak mengadu je tapi macam tu pulak respon suami.

Nafkah batin pun dah lama tak dapat. Boleh kira je dalam 10 bulan tahun ni, berapa kali je.

Tapi tu bukan masalah pada saya, biarlah lama tak dapat nafkah batin pun, nanti pregnant lagi sorang, lagi pening kepala saya dengan perangai suami macam tu.

Saya dah tawar hati dengan suami. Rasa saya macam maid je dalam rumah ni. Tapi suami tak pernah pun nak hargai saya. Saya tak pernah mintak apa-apa pun pada suami sebab faham kewangan dia. Saya pun manusia jugak yang ada perasaan.

Doakan saya Irizz dapat kerja cepat-cepat. Saya rasa macam nak berpisah dengan suami.

Memang suami tak ada naik tangan pada saya, tapi dengan cara macam tu suami layan saya, saya terasa. Saya tinggalkan kerja saya, jadi suri rumah macam yang dia nak tapi macam ni cara dia layan saya.

Semoga Nurul Irizz dikurniakan rezeki untuk dapat kerja, aaminn. Readers tolong aamiinkan doa saya, terima kasih.

– Irizz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *