Susah Nak Beli Rumah Subsale Sebab Saingan

Aku ni dah masuk pertengah 30-an. Teringin juga nak ada rumah sendiri. Anak-anak pun 4 orang. Dari dulu sampai sekarang masih menyewa. Tapi aku rasa tak mengapa lagi kalau teruskan sewa.

Cuma nak ceritakan bagaimana cubaan demi cubaan aku membeli rumah tidak berapa menjadi.

BARU ATAU SUBSALE

Sepanjang aku menyewa, aku perasan kalau kita tahu siapa jiran, bagaimana keadaan rumah dan sekitarnya, kita akan lebih “memilih”.

Ye la, nak hidup aman dan tenang. Kalau dapat jiran yang tiada common sense, sakit hati dibuatnya. Bukan tak pernah, ada saja pengalaman.

Disebabkan itu, aku lebih cenderung untuk beli subsale berbanding rumah under construction.

Kita boleh lihat bagaimana keadaan sekeliling sebelum betul-betul tinggal di situ. Walaupun tak semua benda kita boleh lihat serentak, tapi paling kurang kita dapat gambaran bagaimana keadaan tempat tersebut.

ORANG BANYAK DUIT CANTAS

Tahun ini saja aku dah cuba beberapa buah rumah untuk dibeli. Sudah tentu aku nak lihat dulu bagaimana keadaan rumah dan sekeliling.

Namun! (petik jari…) Ada rumah yang belum sempat nak view lagi, terus dicantas oleh orang yang ada cash.

Ada satu rumah yang aku berkenan tempatnya. Sebab aku selalu pusing-pusing area situ. Ada satu ejen iklankan rumah di kawasan tersebut.

Pukul 8 pagi listing dia naik. Aku perasan iklan pukul 10 pagi. Terus set appointment nak view. Ejen setuju. Set petang sebab hari tu hari Jumaat, jadi ada buffer untuk solat Jumaat. Masa dan tarikh dipersetuji secara rasmi.

Belum sempat solat Jumaat, ejen bagitahu semula. “Maaf encik, dah ada orang booking”.

Saya cakap “Lah.. kita dah set nak view petang ni”. Tapi ejen cakap orang tu dah bayar booking, jadi tak boleh buat apa.

Begitulah. Kita dah susun jadual hari tu tiba-tiba tak jadi.

Ada satu kes lain. Kali ini aku datang view. Ejen datang dengan tuan rumah. Rumah tu kosong tak ada orang duduk, tapi lengkap rumahnya.

Dalam masa yang sama ada juga buyer lain. Sama tujuan, nak view rumah. Dia (buyer lain tu) lagi tua daripada aku, pakcik lingkungan dalam 60-an.

Masa tu aku dah tawar hati dah. Ejen pun satu, boleh pulak di bawak buyer lain serentak nak view rumah.

Pakcik buyer bagitahu nak beli rumah ini untuk anaknya. Anaknya ada sekali, lagi muda dari aku. Dia siap kata dekat ejen, kalau ada rumah atau tanah lain kawasan sini, dia berminat nak beli juga.

Wah, orang berduit pakcik ni. Untuk anaknya, tak perlu susah payah keluar deposit. Aku ni nak beli rumah nak duduk sendiri. Lama tunggu masa baru dapat capai target kumpul duit. Tapi bersaing pulak dengan orang berduit.

Aku kumpul sendiri tak minta siapa-siapa. Mak ayah, adik-beradik, sedara-mara, tak ada. Entry fee nak beli rumah (deposit + lawyer fee + SPA dll) aku kumpul sendiri.

Akhirnya aku move on je lah. Malas aku nak berdebat dengan pakcik tu.

BELI SAJA LAH MANA-MANA, JANGAN MEMILIH

Aku tak setuju kalau ada sesiapa yang cakap (terutama REN) – “beli saja encik, tak perlu memilih sangat”.

Kita ni nak beli rumah untuk duduk. Bukan untuk pelaburan. Bukan niat asal nak jual semula. Memang nak tinggal bersama keluarga.

Apa yang aku perhatikan, rumah dan keadaan sekeliling main peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan anak-anak.

Bukan itu sahaja, jika isteri kita atau sesiapa yang tinggal di rumah tersebut (tidak bekerja dan selalu keluar), rumah juga akan mempengaruhi keadaan mental seseorang.

Jadi aku tidak bersetuju kalau REN cakap beli saja yang ini atau itu. Benda nak guna lama, hutang pun lama, jadi pembelian rumah ini bukan satu benda main-main.

Iya lah, aku faham je kerjanya memang nak jual rumah. Boleh close sales, dapat komisen. Tapi jangan sebab duit kita buang perasaan timbang rasa.

PENGAJARAN

Lepas ini aku rasa kena ada cash kat tangan lah (dalam bank). Duit aku ada dalam ASB (untuk booking) tapi bila nak guna bukan boleh dapat keluar terus waktu tu. Paling cepat 1 hari.

Tapi rasa terburu-buru pulak nanti. Kalau aku cakap “saya nak balik fikir dulu” memang ejen tak mahu layan dah lepas tu. Tapi tertekan juga, boleh jadi impulsive buying. Hmm lantaklah.

Begitu lah kot. Ada duit, semua benda boleh laju. Kalau dah bayar booking tapi tak jadi, kira burn pulak duit tu (bak kata ejen). Aku ni nak kumpul duit booking saja dah makan tahun. Takkan lah nak burn. Sedih aku nanti.

Mark-up loan? Sorry tak nak. Tak mahu aku hutang banyak-banyak.

Apa-apa pun aku sentiasa berdoa supaya Allah bagi ilham dan petunjuk. Kalau dah terlepas itu, maksudnya, ada kebaikannya untuk aku. Jadi kita tak sedih sangat. Ada lah sedih sikit (kita manusia kan) :D

Lazimi istighfar, Allah akan mudahkan urusan, insyaAllah.

– Abang Rider (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. nak beli rumah ni kena slow2 and layan je bro..mcm pilih jodoh..
    akan ada punya satu rumah yang kita berkenan and kena dengan bajet..and insyallah jd milik bro..survey2 je byk2 dulu

  2. cuba cari tanah instead of beli rumah. banyak je tanah murah especially area kampung. ada kena pandai cari. kena pandai sembang dengan orang kampung la tanya2 dulu sebab kebanyakannya anak2 muda duduk dibandar dan banyak tanah terbiar tak buat apa. mereka jual

  3. Try la usha2 rumah baru tp yg dah siap.. kira mcm unit xterjual gtu… Mahal sikit tp kawasan sume dah ade org.. lg satu kita dah boleh tgk rumah tu depan mata masa view tu.,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *