Aku ni kalau nak label diri sendiri seorang anak yang malang, ada lagi yang lebih hebat diuji. Tapi tula sejak kebelakangan ni aku rasa susah nak bertenang. Otak aku sibuk bercakaran dengan memori lama.
Aku cuba pendekkan cerita. Aku sebagai anak tengah selalu tidak di adili. Baik dengan abang & kakak aku kena beralah, dengan adik pun kena mengalah.
Apa yang buat aku tak faham dalam semua situasi aku kena kalah walaupun aku di pihak benar. Seolah aku langsung tak berharga bagi seorang ibu ayah kandung.
Ibu ayah aku selalu bagi hadiah macam-macam kat adik beradik lain. Hadiah berharga tau. Bagi pulak terang-terang tanpa rasa bersalah kat aku.
Aku selalu melopong jelah. Kot lah kena tunggu giliran kan tapi hmm. Kalau ada bagi pun macam terpaksa & paling cikai, nilai bagai langit dan bumi.
Tapi aku happy je masa tu. Happy sangat lah. Aku pulak dah sekolah menengah sentiasa usaha kumpul duit bagi hadiah Hari jadi kat ibu ayah. Tu pasal diorang terpaksa bagi hadiah juga anak lain tak bagi pun tetap dapat hadiah mahal dan dapat perhatian.
Paling sadis aku tak boleh lupa, aku boleh menangis sebab rasa satu perasaan yang aku sendiri tak faham masa tu iaitu, kecewa dianak tirikan tanpa dipujuk atau dipeluk. Cepat2 aku kesat air mata deras mengalir. Umur 7 tahun masa tu. Sakit.
Malangnya lagi, baik kerja rumah / kena tolong ayah ibu dari sekecil-kecil kerja sampai seberat-berat kerja lelaki memang nama aku je naik.
Seolah-olah aku anak tunggal dalam keluarga / seolah-olah aku seorang anak yang paling boleh diharap “kononnya”. Tapi tu semua adalah sebuah ketidakadilan yang dibuat pada aku dengan niat.
Aku ni dari seorang anak kecil yang biasa jadi seorang yang sangat detail & pemerhati tajam. Sebab aku selalu perhati sikap ibu ayah tiap kali ada pergaduhan / pemberian sama ada aku je terasa atau memang diorang sisihkan aku.
Dari satu situasi ke situasi yang lain aku cuba positif tapi ternyata aku menipu diri. Aku cuma bertahan untuk kekal positif semata-mata untuk bertahan sehingga aku dapat keluar ‘dengan cara baik’ dari kepompong keluarga toksik ni.
Kecik-kecik aku kena berjimat, pakai apa yang ada sedangkan keperluan adik-beradik lain tak payah tunggu minta memang disediakan walaupun tak la mewah, tapi ada.
Syukur masa sekolah menengah dapat duit zakat. Tu pun ayah suruh tipu pekerjaan ibu letak suri rumah. Sungguh aku rasa serba salah tapi apa aku boleh buat dan itu jela satu-satu sumber kewangan aku selain duit saku RM2 untuk beli makan dan menabung mana boleh.
Ada sekali tu minta nak beli baju sekolah sebab dah kuning pun tak boleh. Ibu tanya aku balik pulak “baju lama kakak boleh pakai kan?”
Kecewa aku. Tak kan dia tak perasan baju aku ada dua helai je. satu tu dah kuning & kecil. Tu pun lama aku tahan untuk minta sebab selalu kecewa. Lagipun kenapa aku kena pakai baju lama kakak, kakak pakai baju baru? lagipun aku lagi tinggi dari kakak. Manalah akal waras ibu aku.
Akhirnya, itulah permintaan hak aku buat kali terakhir. Aku nekad kena plan sebaik mungkin sumber kewangan aku sebab aku tahu aku hanya menyakiti diri dengan meminta-minta hak aku sendiri.
Baju kuning aku tu hari-hari basuh & nila. Betapa lama dah baju tu sampai dia tetap kuning.
Sedangkan tiap kali pergi pasaraya mesti ibu akan cari seluar sekolah anak lelaki sedangkan seluar dia masih elok & dia belum minta pun, carikan kain pelekat sedangkan keperluan asas aku buat-buat tak sedar. Kakak minta nak itu ini boleh.
Sampai part aku minta buat muka. Bra pun dia tak pernah tanya ada ke tak. Sadis! Yang kena angkat plastik banyak-banyak shopping tu nanti aku juga kena angkat lebih. Hmm..
Bila dah berumah tangga, tiap kali period suami tanya “ada pad lagi ke?” pun aku dah terharu gila. Sedangkan tiap bulan tak pernah culas bagi nafkah. Bila pergi pasaraya beli barang rumah, boleh sangat aku ambil pad masuk troli sebab takkan marah sebab tahu keperluan.
Sangat lembut dengan isteri. Suami tetap perihatin tanya, ambil tahu. Kalau ibu aku haram lah nak tanya. Ayah apatah lagi. Duit belanja takat RM2 sehari nak beli pad pun susah.
Sampai rasa benci dengan period. Takat masa kali pertama period je dia bagi aku pad tu pun sebab bocor & sakit perut tak terkata masa tu. Kalau tak?
Syukur ada duit zakat masa sekolah menengah. Tiap tahun aku dah plan duit tu patut aku keluarkan berapa kali, banyak mana, untuk apa, baju sekolah brand apa tahan lama,
Malah nak pergi pejabat pos pun sendiri, pergi beli barang sekolah pun sendiri sebab tak adanya ibu ayah ambil kisah.
Okay je kalau diorang nak ajar aku berdikari / berani. Tapi takkan lah sampai tak ambil tahu /tanya? Even masa belajar jauh diploma pun diorang dengan sikap sama. Tak ada tanya duit cukup ke ada kawan ke happy ke ada masalah ke.
Tak ada. Sepenuhnya bergantung duit PTPTN & duit simpanan masa kerja part time. Masa ni memang aku niat taknak minta duit diorang satu sen pun. Sebab dah boleh nampak rentak sikap diorang terhadap aku.
Aku cerita susah berjalan kaki jauh. Cuba nak kerja tapi tak larat sampai tido 12 jam. Ibu aku hanya mampu buat muka terkejut. Sedangkan abang boleh angkut motor jadi harta huhu. (Sedih)
Yelah ayah aku bayar yuran kemasukan, sponsor beli laptop. Tapi tu memang dia kata ada niat nak bagi laptop sorang satu. Alhamdulillah bab ni pandai pulak adil ingat semua anak.
Tapi sebagai seorang ibu dan ayah yang normal takkan biarkan anak seolah-olah melepaskan tanggungjawab. Tapi ingat aku bila nak tumpang letak beban diorang sebagai ibu ayah kat bahu aku. Aku seorang. Bukan sama rata dengan adik beradik lain.
Tapi yang aku heran bila aku dah grad + ada anak ni merupakan satu garis masa di mana diorang sibuk kisahkan aku.
Semahunya nak ambil jaga anak aku walaupun aku jauh / cuba ajak aku untuk stay dengan diorang & bekerja area rumah diorang even suami jauh / marah tanya aku tak buat apa-apa ke sebab tak bekerja lagi & banyak lagi.
Mostly pasal kerja & anak. Tapi layanan antara cucu? pilih bulu. Memang tak lah aku nak bagi anak aku kat orang yang menyakiti aku dari kecil sampai besar tanpa belas ihsan.
Perbuatan yang sama lebih 2 dekad! Bagi aku diorang hanya nak aku ni jadi tempat melepaskan beban diorang semasa membesarkan anak, dan tempat menumpang bangga bila besar untuk tatapan kaum kerabat dan kenalan diorang sahaja.
Biasalah makcik pakcik nyembang cerita kejayaan anak-anak. Sebenarnya banyak lagi kesakitan yang xmuat nak dinukil sekali dalam ni.
Dulu aku syukur dapat jauh dengan diorang. Aku boleh tenangkan diri. Memang cita-cita aku nak masuk asrama dari lepas UPSR – PMR – SPM – DIP akhirnya tercapai.
Bila jauh hati aku lega. Lepastu boleh balik kampung dengan perasaan & diri yang baru. Aku lupa terus kesakitan yang diorang buat.
Masa nak sambung dip pun aku siap buat solat hajat “ya Allah bagi lah kali ni aku boleh stay jauh dan sekiranya jauh ini menjauhkan aku dari situasi yang buat aku ‘terpaksa’ menjadi anak derhaka, makbulkanlah”.
Aku dah tak tahan. Mengalah aku, sabar aku, suara aku, diam aku memang tak bernilai bagi diorang baik ibu atau ayah. Seolah tak ada perasaan. Yes memang uni paling jauh Allah bagi.
Tapi sejak kebelakangan ni perasaan susah nak tenang. Even dah jauh duduk bahagia dengan suami hati aku sakit asyik terkenang / terbayang-bayang perbuatan diorang,
Bila ibu ayah aku sanggup ketepikan anak malah agama demi menegakkan amalan nenek moyang diorang yang tentu-tentu salah dan boleh menjahanankan aku/anak / keluarga kecil aku.
Tapi kalini aku kena pilih Akidah aku / anak & keluarga kecil aku ni.
Aku dah cuba terangkan malah aku kena gelak / marah awal-awal lagi. Aku ingat aku telah membawa sinar dalam keluarga dengan menyelamatkan Akidah mereka. Aku silap.
Cabaran dakwah tu is REAL. Sedangkan aku dah ambil masa untuk menyusun kata. Aku siap bagi no. telefon ustaz & ustazah untuk diorang semak balik / diorang sendiri boleh rujuk mana-mana ustaz ustazah. Bukan aku suruh percaya bulat-bulat kat aku.
Tapi diorang pilih untuk bersama amalan nenek moyang mereka tanpa sedikit rasa ingin tahu / rujuk orang alim ulama. Mereka yakin mereka di jalan benar kerana solatnya, puasanya, zikirnya.
Sedangkan niat aku menegur tidak lain tidak bukan sebagai tanda kasih / sayang / Ihsan yang tertinggi buat ibu /ayah / adik beradik walaupun dilayan penuh diskriminasi.
Bermulalah dari titik itu, aku merasakan sudah sampai masanya untuk aku mengubah haluan.
Aku masih berdoa dan berharap jika mereka tidak boleh menyayangiku ikhlas kerana Allah, sekurang-kurangnya diberi petunjuk untuk tidak mensyirikkan Allah sebelum… dan aku menyayangi mereka hanyalah saki baki sabar & ihsanku kerana mentaati perintah Allah.
– Aisya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit