Susah Nak Educate Orang Kampung

Assalamualaikum. First of all, terima kasih banyak-banyak pada admin yang sudi menyiarkan pendapat aku ni. Walaupun aku tahu dari tajuk pun akan mengundang kecaman ramai pihak. Tapi guys, baca bagi habis dulu pendapat aku baru la judge.

Apa pun, awal-awal aku nak minta maaf kalau penulisan aku ni mengguris hati sesetengah pihak. Aku takde niat pun nak berbalah atau sakit kan hati sesiapa. Aku hanya nak berkongsi pendapat dan mendengar pendapat korang. Sebab aku tau, page ni adalah platform terbaik untuk aku mendapatkan maklum balas berilmiah dari individu-individu yang hebat.

Aku kenalkan diri aku dulu. Aku bukan orang bandar. Aku juga dibesarkan dalam suasana kampung. Cuma sekarang aku dah berhijrah bekerja di bandar. Aku tak lupa asal usul aku, mana yang baik dan relevan aku masih ikut. Cuma yang dah tak sesuai dengan peredaran masa aku cuba betulkan balik.

Aku tahu, tak semua orang kampong narrow minded. Malah ada yang lebih hebat dari orang yang asal dari bandar. Tapi hari ini, aku nak bercakap mengenai orang kampung yang masih tak mahu keluar dari keselesaan tradisi mereka.

Aku bagi contoh berkenaan penggunaan car seat. Yes anak-anak aku semua pakai car seat dari sebelum kerajaan nak wajibkan car seat lagi. Tapi, bila aku balik kampung, seolah-olah aku yang bersalah bagi anak-anak duduk dalam car seat. Aku siap jadi bahan gelak saudara-mara aku di kampung. Pada mereka kesian budak tu kena ikat tak boleh bergerak.

Malah, mak aku sendiri bising suruh aku lapik kain toto je dalam kereta untuk anak-anak baring. Bukan dengan duduk dalam car seat. Kadang-kadang isu macam ni pun boleh gaduh aku dengan adik beradik aku. Macam mana aku nak educate saudara mara aku di kampung berkenaan kepetingan dan keselamatan car seat, kalau awal-awal lagi aku dah kena kecam.

Adik aku pergi sana sini drive sambil pangku anak. Masa anak dia habis pantang pun dia pangku macam tu je sambil drive. Aku yang kecut perut tengok. Sampai sekarang macam tu. Sama ada budak tu duduk sebelah melompat ke depan belakang atau dia pangku kan je. Travel jauh-jauh pun macam tu la keadaannya.

Belum lagi bab makan anak-anak. Seawal sebulan dah suruh bagi nasi lenyek. Aku memang bantah sebab anak-anak aku umur 6 bulan baru makan. Bila aku terangkan kenapa perlu macam tu, aku pula dituduh ibu yang kejam biar anak lapar.

Belum lagi part aku bagi anak-anak makan vitamin. Mak aku akan bising kata aku sumbat anak aku makan bahan kimia. Kalau anak-anak aku tak sihat, mak aku cukup bantah kalau bawa jumpa doctor sebab ubat-ubat tu semua bahan kimia pada mak aku. Mak aku akan heret aku anak beranak jumpa bomoh.

Pernah mak aku datang rumah msa anak aku demam teruk, suhu anak dah 39 masa tu aku memang nak masuk ubat bontot je. Mak aku sungguh-sungguh tak bagi sebab bahaya kata dia. Sampai berperang juga aku malam tu dengan mak. Yelah, aku risau anak aku demam tinggi tak kebah, mak aku pula tak bagi aku bagi apa-apa ubat kat anak. Yang mak tau suruh minum dan mandi air penawar.

Kalau sedara-sedara aku datang rumah, dan tengok dapur aku guna brown rice dan Himalaya salt pink tu berjela aku kena syarahan. Sebab aku dikatakan mengguna bahan-bahan kimia pewarna dalam masakan.

Penat aku explain kebaikan-kebaikan benda-benda tu. Tetap aku juga yang salah. Mak aku kencing manis, aku suruh ganti beras biasa denga n brown rice sampai sudah dia tak nak. Kolestrol tinggi aku suruh makan oat pun dia bantah. Atas alasan semua tu kimia

Masa aku pregnant, mak aku pernah suruh aku buang semua ubat-ubat macam obimin, acid folic tu. Mak aku tak bagi makan sebab kimia juga. Mak aku kata masa pregnant kami semua mak aku tak makan semua-semua tu kami sihat elok je. Aku terangkan apa fungsi ubat-ubat tu, mak tetap tak nak dengar. Malah, adik-adik aku yang duduk di kampung pun sama.

Sepanjang pregnant tak sentuh segala ubat-ubat tu. Kalau aku scan baby pun aku kena juga dengan adik aku. Atas alasan bahaya nanti baby boleh cacat. Yang di suruh aku buat adalah jumpa bomoh lenggang perut. Semua benda nak jumpa bomoh. Sampaikan kena hfmd pun jumpa bomoh bukan nak jumpa doctor. Pernah la sekali dua jumpa doctor kalau dah tak tahan sangat.

Yang paling aku bising ubat pun adik-adik mak aku kongsi. Kongsi maksud aku adalah, ubat simpan dalam fridge. Bila sakit nanti boleh makan balik. Kalau paracetamol takpe juga, antibiotic tak habis pun share juga. Urut dada aku weh masa tengok tu.

Bila dalam pantang pun, aku tak berkenan part pelepas pantang. Pada aku cukuplah mengurut, scrub badan bersih-bersih. Mak aku nak juga jumpa bomoh buat amalan langkah benang putih, baling beras apa ntah lagi aku pun dah lupa. Macam upacara ritual. Aku tak berkenan sebab pada aku ada unsur-unsur tahyul. Tapi explain la maca mana pun, aku juga salah last sekali.

Sekali lagi aku highlight, aku tak pukul rata. Aku tak kata semua orang kampung sama macam family aku. Tak semua yang masih berfikiran macam tu. Tapi aku boleh katakana kebanyakan masih macam tu. Apa patut aku buat? Setakat cakap-cakap, berbuih dah mulut aku. Tapi aku tak mau tunggu sampai jadi benda bukan-bukan baru sedara-sedara aku nak sedar.

Aku perlukan pendapat-pendapat korang…

Terima Kasih.

– Kampung People (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *