Assalamualaikum buat semua. Terima kasih buat admin andai artikel ni disiarkan. Aku sebelum ni cuma silent reader sahaja. Cuma hari ni, aku terasa untuk berkongsi cerita. Since no one kenal aku kat sini.
Serba sedikit berkenaan aku. Nama aku Catod. Anak ketiga dari dua belas beradik. Ramaikan adik beradik aku? Sudah berkahwin, dan mempunyai 4 orang cahayamata yang sihat dan comel.
Umur aku sudah menghampiri 40 tahun. Alhamdulillah, so far hidup aku setakat ini berjalan dengan baik dan tiada masalah. Ya.. aku cuba untuk kekal positif dan sentiasa positif.
Cuma, aku sebagai manusia kadang-kadang tidak terlepas juga daripada perasaan kecewa, marah, menyesal dan lain-lain. Bila masalah atau ujian datang, kadang-kadang tahap kewarasan aku turut terganggu.
Pernah jek rasa nak lari dari semua masalah yang ada. Lari. Lari tinggalkan semua dan tak perlu nak fikir masalah yang ada.
Walaupun aku nyatakan kat atas tadi hidup aku baik2 sahaja, tapi hakikatnya tidaklah sebegitu. Orang luar mungkin nampak aku ni normal dan sentiasa positif jek. Kadang-kadang jadi kaunselor yang tak bertauliah buat kawan-kawan.
Dan kadang-kadang menjadi inspirasi buat orang lain juga seperti staff bawahan dan rakan-rakan di pejabat. Ye la.. anak-anak pun alhamdulillah, rezeki dapat anak yang pandai dan bijak.
Jadinya ramai juga yang bertanyakan tips untuk sharing nak anak-anak bijak. Cara bahagikan masa untuk kerja & famili. Camne dalam sibuk bekerja tetapi masih boleh sediakan or masakkan makanan yang sedap untuk famili and so on. Orang luar nampak aku macam supermom.
Actually, dalam diorang duk nampak aku ni hebat jek sebenarnya aku struggle dengan life aku. Semenjak PKP, suami aku hilang pekerjaan.
Jadinya, akulah yang menjadi tulang belakang famili.
Ya, bukan suami tidak mencuba mencari kerja.. cuma belum ada rezeki. Company semua nak cut budget. Lebih suka menggajikan fresh grad. Of course gaji lebih murah berbanding yang dah bertahun ada pengalaman.
Since then, nafkah zahir terabai. Walaupun sentiasa mengingatkan diri supaya ikhlas dan redha, tetapi.. yup.. syaitan tu tetap adakan.. ? ada jek bisikan-bisikan jahat yang lalu kat hati dan telinga ni.
Suami ada juga cuba-cuba berniaga online since apply kerja tak dapat-dapatkan. Tapi, pendapatan tu kurang memberangsangkan.
Aku sentiasa bagi semangat untuk dia supaya tak give up. Diakan ketua keluarga. Mana mungkin dia boleh lari dari tanggungjawabkan?
Walau sekalipun aku redha, tapi aku tak tau sampai bila aku akan redha tu. Mungkin lebih kepada memikirkan anak-anak yang sedang membesar. Errmm.. talking about kids.. yup.. aku rasa, sebab anak-anak aku masih bertahan.
Actually, anak-anak memang lebih rapat dengan aku. Since sebelum ni aku PJJ dengan suami. Dari anak pertama lagi. Jadi, urusan anak-anak, memang aku yang uruskan. Walaupun sekarang suami ada jek kat rumah.
Hantar sekolah, ambik sekolah. Uruskan anak-anak untuk sekolah petang, semuanya di atas bahu aku. Aku sejenis orang yang tak suka nak mendengar alasan dan keluhan.
Lebib baik uruskan sendiri daripada sakit hati mendengar itu ini. Tapi, sebenarnya aku tetap makan hati dengan apa yang suami aku.
Ya.. mungkin aku penat.. penat sebab semuanya aku buat sendiri. Penat sebab aku rasa aku jek yang function dalam hubungan ni.
Bila time nak s**s tu, pandai pulak dia merajuk bila aku tak layan. Ya, saya tau itu berdosa. Tapi kadang-kadang hati ni tak mampu untuk menipu.
Aku layan semata-mata sebab aku ni masih seorang isteri. Bukan aku tak pernah mengeluh, merajuk.. tapi, tidak diendahkan. Penat pujuk hati sendiri. Lama-lama hati dah jadi biasa dan kebal.
Kadang-kadang aku cuba juga untuk dapatkan ‘me time’ tapi bila ada anak kecil ni, tidak mampu rasanya untuk meninggalkan mereka di rumah. Terasa sangat selfish dengan diri sendiri.
Pernah cuba keluar sendiri. Tak sampai sejam, start kereta, balik rumah. Serius..
Aku rasa kejam dengan anak-anak. Sedangkan mereka masih kecil dan perlukan perhatian yang lebih berbanding aku sendiri. Demi anak-anak aku cuba tolak kemahuan diri jauh ke tepi dan cuba positif kembali walaupun ianya amat sukar.
After 3 years.. PKP start 2020kan? Suami aku masih belum dapat kerja tetap. Dan dia masih meneruskan bisnes onlinenya.
Nafkah? Masih sama. Iyelah.. masih ada rezeki di atas meja. Takde apa yang perlu dirisaukan. Belum sampai tahap kebulur lagi.
Wahai readers, apa yang aku pelajari dari kisah hidup aku ni, jangan terlalu manjakan suami. Biar dia tau tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Biar kita berkira sikit dengan suami. Aku? Dah terlewat. Sebab dia rasa semua under controlled dan takde apa yang perlu dirisaukan.
Sayang pun kena bertempat. Bila suami nampak isteri terlebih berdikari, suami boleh relaks. Jangan sampai suatu masa, kita penat.
Aku penat tapi aku kena kuat untuk anak-anak. Dan pada masa yang sama, aku taknak nampak aku lemah. Biar senyum selalu terukir di bibir dan ceria. Biar orang nampak aku bahagia. Walaupun hakikatnya tidak sebegitu.
Sekian buat kali ini…
– Si Catod (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc. com/submit