Susah Nak Lupakan Dan Maafkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Terima kasih admin andai confession ni disiarkan.

Bertitik mula dari Ramadan tahun lepas hingga ke hari ini aku dah tak jejak kaki rumah mertua aku. Yang ada dalam hati hanyalah benci.

Aku mengaku aku bukan lah menantu yang baik. Masa awal2 perkahwinan, aku menumpang tinggal di rumah mertua, suami aku kerja tempat lain.

Awal perkahwinan kami pjj, bila difikirkan balik aku rasa tu keputusan paling b***h pernah aku buat. Menyesal juga rasanya. Kalau aku masih stay kat bilik sewa masa tu mesti bara itu tak mula menyala.

Suami aku akan balik seminggu sekali, aku kerja syif. Aku ni dari sebelum berkahwin sejenis yang suka cari duit lebih. Ada masa memang aku akan overtime.

Syif tempat aku kerja hari pertama masuk petang (1400-2200) kemudian balik, esok pagi (0700-1400) balik rest masuk malam (2100-0700) kemudian off 2 hari.

Tapi selalunya waktu rest dan waktu off tu aku akan buat ot memandangkan suami aku pun tak ada di rumah. So, bila aku sampai rumah aku dah terlalu letih.

Aku akan berbual sekejap dengan mertua dan akan terus minta izin masuk rehat which is tidur. Bila suami ada aku tak laa buat ot. Tapi awal-awal kahwin kami dua-dua agak “Panas”.

Walaupun seminggu sekali jumpa, mestiii ada je benda nak digaduhkan. Bilik kitorang bilik stor memandangkan rumah mentua rumah sewa ada 3 bilik. So bilik stor tu bilik kami. Aku tak kisah pon. Janji boleh tidur je.

Nak dijadikan cerita, kami ni memang suka bergaduh laa. Tapi gaduh dalam bilik. Biasalahhhh, lidah mana tak tergigit, rumahtangga mana tak dilanda badai kan??

Tapi aku hormat je mak dia, tak pernah aku tengking dia depan mak dia, tak pernah aku kurang ajar dengan dia depan mak dia. Gaduh dalam bilik, bila keluar pandai-pandai laa berlakon buat macam tak ada masalah.

Kalau nak cerita pasal gaduh tu lagi panjang ceritanya, aku cerita lahh sikit ye, ada sekali tu dia tolong hantar aku masuk kerja syif malam, so aku akan habis syif pukul 7 pagi.

Dia janji dia nak ambik sebab malam tu dia hantarkan, so habis syif aku tunggu laa dia datang ambil, aku call tak angkat, tak pe lah, aku ikut kawan2 pergi sarapan dekat kawasan tempat kerja. Sambil-sambil tu masih lagi call dia. Tak angkat jugak, masa tu dah pukul 8.

Kawan2 masuk kerja semula, aku tunggu kat kedai makan sambil call lagi. Pukul 9 pagi masih juga tak angkat. Aku tunggu sampai pukul 10 pagi. Dia tak angkat dan aku pun order grab car.

Sampai rumah aku tengok dia tengah membongkang, mak dia pun tak tolong kejut dia. Aku tutup pintu bilik terus laaa bergaduhhhhh. Sakit hati ye.

Ada lagi, paip sinki rumah dia tersumbat, aku tengah masak. Lepastu air sinki tak turun. Aku panggil dia suruh tengok. Dia buat b***h je.

Aku panggil lagi dan lagi dan lagi. Last2 dia bangun sambil mengamuk. Dia marah aku depan adik dia ye. Aku simpan je dalam hati. Masuk bilik aku hamburkan kemarahan aku pulakkk.

Banyak lagi, tapi aku malas nak cerita pasal dia. Sebab nak cerita pasal mak dia, mak dia sejenis yang sangattt menyibuk.

Masa tu aku hanya ada motor sahaja, tiap2 hari memang aku pergi kerja naik motor, ada hari yang aku rasa malas nak jalan jauh-jauh( tempat parking jauh) so aku order grab. Bila balik mula laa dia terhendap2 tengok siapa yang hantar aku.

Untuk pengetahuan aku tak pernah ye naik grab and duduk tepi driver. Aku duduk seat belakang. Dia pun tahu aku naik grab tapi saja nak menyibuk. Lepastu bila sampai rumah aku akan duduk laa kat ruang tamu, layan laa dia borak2 dulu.

Tapi aku tak boleh borak dengan dia sebab dia hanya akan borak pasal dia. Not two way communication. Dia cerita pasal dia jer.

Last2 aku minta izin nak rehat. Cerita dia pulak semua pasal ayah diorang hebat, bos gaji besar, bilik ada aircond. Semua yang hebat2 laa. Aku malas nak layan.

Kadang2 tahap menyibuk dia tu, aku tukar cover handphone pun dia boleh tauuu. Macam everything pasal aku dia memang akan ambil tahu.

Dipendekkan cerita aku mengandung, kemudian aku dapat posting dekat tempat suami aku, kitorang duduk rumah sewa suami aku. Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita lagi, alhamdulillah aku selamat bersalin. Tapi sebab anak aku pramatang dengan berat kurang dari 2kg maka aku kena stay kat hospital lama sikit.

Masa aku tengah sarat mengandung, diorang ada plan nak datang rumah kami. Aku ni boleh laa masak. So mak mentua aku ni request suruh aku masak masa diorang nak datang family day.

Aku pon bagitau laa, “Mak, dr cakap saya ni mungkin akan bersalin awal sebab saya ada masalah kesihatan” masa tu aku dah 30 week. Dia boleh bantai gelakk. Aku rasa terhina. Punya nak suruh jugak aku masak.

Last-last 33 week aku dah kena admit wad. 34 week terus kena keluarkan baby. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Sebab aku bukanlah sejenis yang suka mengeluh. Aku hadap semua.

Haa nak selit cerita sikit pasal suami aku, hari pertama lepas czer aku memang tak sedar sangat sebab full bius+morphine. Lalok jadinya.

Anak pun memang tak dibenarkan tengok. Anak aku kena stay nicu sebab dia tak nangis and paru2 tak matang. Tapi alhamdulillah 2 hari je dia stay nicu.

Hari kedua tu aku tak boleh bangun lagi, tapi aku nak mandi, badan aku dah melekit sangat-sangattt. Aku tunggu suami aku. Dari pagi aku tunggu dia, dia tak datang-datang.

Tu kali pertama aku rasa tersangatttttt laaa tak tahan. Aku menangis masa tu. Aku nak mandiiiiiiii.

Tolong laa datang pimpin aku masuk tandas. Pukul 5 petang baru dia datang ye. Hurmmm sakit tuh disini!! 

Aku bukan duduk wad ibu-ibu bersalin. Aku tak pernah ada pengalaman pakai baju pink polkadot tu.

Aku stay wad lain. Dekat wad tu tak ada air panas. Aku mandi je air sejuk tu seminggu.

Aku okay. Hari ketiga baru aku boleh tengok baby. Tu pon puas mintak tolong dia tolak aku pergi wad baby yang jauh dalam 2km dari wad aku.

Dipendekkan cerita lagi, lepas nak dekat sebulan aku and baby boleh discaj. Sebab rumah dia dekat suami aku bawak balik rumah diorang dulu. Aku okay jer.

Masa tu aku nak mandi, sebab dah biasa mandi air sejuk kat wad aku pun slamber laa nak mandi air sejuk. Lepastu mak dia cakap 

“Ehh jangan mandi air sejuk. Ni ambil air coway ni mandi.” 

Pastu aku pun stop kejap, tengok kat luar, macam mana aku nak angkat air coway tu masuk bilik air??? Aku baru lepas czer. Tunggu punya tunggu tak ada orang angkat aku mandi jela air sejuk. Tak ada masalah pon.

Pastu mak dia bebel. Aku buat tak tahu jer. Masak pun aku masak sendiri sebab mak dia kena pergi klinik.

Long story short, aku stay situ 2,3 hari jer. Lepastu aku balik kampung. Mak aku masakkan, mandi air herba, berurut.

Hmm baru laa best kan? Suami aku ni, sejenis yang dengki bila aku susukan anak aku. Dia kata anak aku tak kenyang.

Dia suruh bancuh susu formula. Mula2 aku melawan jugak. Last2 malas nak gaduh aku mengalah.

Disebabkan baby aku prem, maka aku kena berulang ke hospital yang dekat rumah dia tu untuk checkup baby aku. Macam biasa, lepas check up dia ajak singgah rumah dia, masa kami sampai tu dalam pukul 12 tengahari. Mak dia tengah masak.

Aku sampai, terus susukan baby aku, tapi sumpah masa tu aku niat kalau baby dah tidur aku nak tolong mak dia masak. Tapi baby meragam pulak masa tu. Sampai laa mak dia siap masak.

Kemudian mak dia cakap,

“Kayu (bukan nama sebenar) mak dah siap masak, ko nak makan ko pergilaa makan” mak dia tak pelawa aku langsung ye. But it’s okay. Sis okay.

Tapi sis sakit hati bila dia mintak baby sis secara kasar. “Bak sini anak ko” lepas tu dia cakap dengan suami aku, “Kayu ko pergi bancuh susu kat anak ko” lepastu dia bawak masuk bilik dia yang konon ada aircond tu.

Terkontang kanting lah aku di situ seorang diri. Dah orang buat macam tu aku terus laa masuk bilik stor kami tu. Tak nangis pon.

Sebab aku kan kuat. Aku duduk dalam bilik tak keluar terus sampaiii laa petang suami aku ajak balik. Aku keluar and salam dia.

Ayat dia yang ni aku tak kan lupa sampai mati “Baby nanti balik dengan ayah je tauuu, kayu nanti ko bawak anak ko je balik sini” suami aku di dalam kereta senyap diam tanpa sebarang kata.

Aku masuk dalam kereta dengan 1001 perasaan. Suami aku disebelah tak cakap apa, tak cuba memujuk, tak cuba bertanya kenapa, hanya diam seribu bahasa.

Masa tu aku tertanya-tanya apa salahku? Tak tolong dia masak ke? Sebab dari awal sampai muka dia dah berang dengan aku, makan pun tak dipelawa.

Betul laa orang cakap isteri ni akan backup suami kalau ada orang cakap macam2 pasal suami even keluarga sendiri, tapi suami dia buat bodoh je isteri kena halau depan mata sendiri. Aku pendam tu sampaiii bernanah hati aku.

Dipendekkan cerita ada kenduri kampung belah diorang. Suami aku paksa juga balik. Aku ikut walaupun hati tak nak. Takut kena halau lagi, depan saudara mara mak dia konon baik laa dengan aku.

Lepas tu ada satu ketika kami nak berubat, and syarat dia kena minta maaf, aku ambil kesempatan tu untuk bertanya kenapa mak dia halau aku masa tu. Tahu jawapan dia?? 

“Sebab mak dengar Aminah dan Kayu bergaduh dalam bilik. Mak sakit hati”

Ya allah kawan2! Kenapa dia pasang telinga kat pintu bilik aku semata-mata nak dengar kitorang gaduhh?? Sumpah aku tak boleh terima alasan tu.

Apalah nasibku dapat mak mertua kaki menyibuk. Panjang sebenarnya konflik rumah tangga aku ni. Adik ipar which is anak kandung dia pun kena halau.

Haha sama laa nasib kitorang. Adik ipar aku bagitau “akak mak canang macam2 pasal akak, dia kata akak tak kenang budi, masa akak sakit masuk wad dia yang hari-hari masak untuk akak” hmmm sumpah ye aku tak pernah suruh dia masak. Suami aku laa kot yang suruh.

Long story short lagiii, suami aku tu selalu outstation, seawal anak aku 4 bulan dia dah tinggal kami. Jauh dari family ye. Mak aku datang tolong teman aku.

Mak dia?? Baby tak keluar lagi dah cakap “Minta maaf ye mak tak boleh tolong jaga baby”.

Padahal aku tak pernah pun minta tolong dia.

Suami aku outstation jauh ye, berbulan-bulan. Patutnya family dia yang so called bos tu yang kena ambil tahu pasal cucu diorang ni kan?

At least tanya duit cukup tak, susu ada tak, pampers ada tak, yelaa anak dia tak balik berbulan2 diorang laa patut ambil tahu kan?? 

Tapi tidakkk ye. Aku uruskan semua sendiri.

Mak aku yang banyak tolong aku. Elok suami aku habis outstation pandai pulak datang. Hmm menyampah!

Dipendekkan cerita lagi, anak aku dah 6 tahun. Dah pandai macam-macam. Anak aku pandai cakap, aktif, so ramai laa yang suka.

Masa kecil dia gelap. So orang buat tak tahu. Dah besar putih cantik pandai semua laa konon2 nak main.

Ramadan tahun lepas, suami aku outstation ke negeri xxx. Dekat dengan kampung aku dekat dengan kampung dia. Sebelum tu dia gaduh teruk dengan aku sampai pintu rumah dia tumbuk berlubang.

Lepastu aku pergi kerja dia bawak anak aku sekali ikut dia pergi outstation. Sebab aku kerja aku tunggu sampai habis seminggu. Aku call ayah aku, minta tolong ambil anak aku, tapi dia tak bagi.

Sabtu ahad aku balik kampung nak ambil anak aku, dia tak nak bagi, malam ahad tu aku dah tak boleh tahan, sebab kalau dia tak hantar anak aku, esok aku dah nak kena balik.

So masa tu aku tersangattttttt laa marah bila dia cakap family dia nak jaga. Aku sangattt sakit hati aku cakap 

“Ko, mak ko ayah ko family ko semua bodohhhh. Aku nak anakkk akuuu!!!!” 

Aku sakit hati sebab dari anak aku kecik tak pernah pon family dia tolong aku jaga anak, tak pernah pon hulurkan pertolongan apa2 pon, berkali2 dia tinggalkan kami berbulan2 untuk urusan kerja, semua susah payah aku hadap sendiri.

Bila anak aku dah pandai senang2 orang nak ambik.

Aku yang belah perut lahirkan anak aku, aku yang bersengkang mata, senang-senang orang nak ambil anak aku.

Klimaks ceritanya pukul 3 pagi diorang satu family datang serang aku kat rumah family aku. Dia tumbuk tingkap rumah aku sampai pecah. Adik dia nak tumbuk aku.

Masa tu mak aku tanya baik2 mana anak aku, mak dia dengan muka annoyingnya cakap “Tak ada tak bawak” dah gaduh2 macam2 dia pon pengsan kat situ (sebab kena rasuk) ayah aku tolong angkat masuk kereta baru laa perasan anak aku ada dalam kereta. Tengah tidur.

Aku lari nak buka pintu nak ambil anak aku cepat2 adik dia lock pintu and cepat2 pecut kereta. Sumpah sampai hari ini bila ingat semua tu aku benci.

Badan aku gigil2 tahan marah. So sampai hari ni lahh aku tak balik sana. Aku tersangattt benci.

Kalau boleh anak aku pun aku tak nak bagi balik sana. Tapi apakan daya, anak aku dah kenal diorang. Tak bagi balik kesian juga anak aku.

So aku lepaskan anak aku balik sana. Ikutkan hati, nak je aku pulangkan anak diorang ni balik. Tapi tu lahhh jodoh ada lagi.

Bertahan lah lagi. Aku tak tahu sampai bila aku nak simpan amarah ni. Tapi aku tak boleh lupa apa yang jadi.

Biarlah masa yang memadamkan segala api marah yang membara dalam jiwa aku ni. Darah daging sendiri pun dia halau apatah lagi aku orang luar ni.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca.

– Aminah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *