Susah Sangat Ke Nak Berterus Terang

Assalamualaikum semua, salam satu PKP. Nama aku Ainina, tujuan aku menulis disini sekadar luahan yang telah lama disimpan. Kisah yang bakal aku cerita ni adalah berkaitan dengan ragam keluarga aku.

1. Buat pengetahuan semua aku dari kecik rapat dengan family mama, dari atok sampai pakcik makcik sepupu semua aku rapat. Asal cuti je mesti balik kampung mama.

Atok aku pulak ustaz dan tok kadi yang dikenali sekitar daerah kampung, sebut je nama atok confirm orang kenal, dah beratus pasangan dlm kampung ni dinikahkan oleh atok.

2. Oleh sebab keluarga kami agak dikenali jadi memang penting untuk kami menjaga nama baik.

Bermula dari adik beradik mama semua alhamdullilah kerja kerajaan, adalah sorang dua kerja swasta itupun position vice president. Kira cantik la susur galur depa ni, hal ini berlanjutan pulak ke cucu.

Kalau korang nak tau, dlm family ni anak-anak habis UPSR semacam wajib masuk sekolah berasrama, apa jadi sekalipun kena masuk gak asrama. Sapa tak masuk asrama tu kira mcm tak berapa pandai even kau pandai tapi malas jauh dengan family.

3. Disebabkan benchmark family kitorang ni anak-anak kena masuk asrama and sekolah bagus lepas UPSR, those sepupu yang result kurang memuaskan or tak dapat offer asrama penuh tu mesti pakcik aku usahakan dengan menggunakan cable baik punya.

Bukan apa, status sekolah asrama atau tak ni penting tau lagi-lagi kalau pergi kenduri. Sedap sikit nak sembang and riak kalau cerita anak sekolah best ni,

Lagi-lagi pulak mostly sepupu dan aku sendiri pun dak-dak SBPI dgn MRSM jadi korang boleh bayangkan tak betapa bangganya family mama aku? Haa gitu.

4. Lepas atok meninggal, nenek aku duduk sorang dekat kampung bila anak ajak duduk sekali pon dia taknak. So semua orang sepakat carikan maid untuk teman dan jaga nenek.

Hubungan adik-beradik mama dengan nenek ni rapat, apa-apa hal semua pakcik makcik cerita dekat nenek sampaikan cucu pegi mana, beli apa, tukar kerja, pergi bercuti semua nenek tau.

Even result exam pun dia tahu including grade subject. Tapi dlm masa yang sama family mama ni pun quite toxic jugak bila selalu je mengumpat pasal anak menantu orang. Ada je yang tak kena.

5. Sejak aku kecik lagi, nenek memang rajin buat kenduri. Masa dulu masak sendiri je sebab memasing tengah tenaga muda kan? Laratlah buat semua sendiri.

Kan aku citer dekat atas tadi yang family ni dikenali dan try hard mengekalkan status? So everytime kenduri mesti nenek akan buat lauk signature dia iaitu sambal taun.

Pergh mabeles!!! Matlamat family aku ni kira kalau tetamu balik pun still berkata-kata pasal kesedapan lauk nenek aku ni sampaikan makcik pakcik aku rasa yang orang kampung dan sanak saudara selalu ternanti-nanti kenduri kitorang. Ye ke? Entahlah nak.

6. Berkisar pasal kenduri lagi, ketika semua masih muda bertenaga gagah perkasa, nenek memang akan menggunakan sepenuhnya semua pinggan mangkuk kaca yang dia ada.

Kalau susun lauk tu dia sendiri akan pastikan pinggan yang digunakan harus sama bungga dan color kalau tak tadah la telinga dengar dia membebel.

Namun semakin tahun, tubuh pun mula dimamah usia dan makcik-makcik aku start merungut tak larat nak urus pinggan mangkuk dan makan berhidang time kenduri

Ye la berat kot nak angkat, nak duduk berdiri pass talam dkt orang.

7. So dekat sini la aku nak highlight bahawa rungutan tu hanyalah valid dekat belakang nenek je. Walaupun masing-masing dah berusia serta mempunyai akal yang dikurniakan oleh Allah namun takde sorang pun nak cakap dekat nenek untuk tukar style hidang kepada buffet.

Pening je kepala otak aku kena dengar masing-masing merungut dekat belakang. Aku pon tak faham apa yang nenek rasa kalau guna buffet? Jatuh status ke which aku rasa orang tak pandang pun.

Asal berbincang je end up mesti ada ayat “kita kena ikut cakap mak dah itu hasrat dia”. Dah kalau ikut hasrat sangat hadap je la sampai tulang bongkok angkat talam dengan pinggan mangkuk tu.

And the worst is dalam family ni orang lelaki memang pandai cakap tapi bila hari kejadian orang perempuan paling banyak buat keje, yang lelaki duduk sembang hisap rokok dkt atas haram satu keje dkt bawah tak amik kisah.

8. Nenek aku ada masalah sakit lutut yang kronik, few years back pernah buat treatment stem cell tapi tak berjaya sebab faktor usia, untuk buat pembedahan lutut pun doc bagi guarantee 50-50 je, so mostly checkup and problem lutut ni pakcik aku yang incharge since dia pon anak fav nenek.

Oleh sebab keadaan lutut yang camtu doc suggest untuk guna tongkat or wheelchair sebab lutut nenek dah tak mampu nak menampung geseran bila berjalan, tapi nenek aku kan orang yang dikenali? Jadi option pakai wheelchair tu memang dia reject sebab taknak nampak teruk.

Rela tahan sakit jalan guna tongkat tu and paling teruk bila takde sorang pun pakcik makcik aku pujuk dia guna wheelchair, semua ikut je cakap nenek.

9. Makin hari condition nenek tak memuaskan, kerap la dengar dia mengaduh sakit lutut so pakcik aku ni pon upah physiotherapist untuk urut nenek, siap berjanji lagi bahawa lutut nenek akan pulih jugak which is nonsense bagi aku. Why u berjanji perkara mustahil?

Instead of janji itu ini why not suruh nenek guna wheelchair in daily basis so lutut dia boleh rest sebab there’s nothing you can do anymore! Funny thing is bila harini urut esok boleh la jalan 10 langkah, then sakit balik. Takkan hari-hari orang tu nak datang urut kan?

10. Aku penat mengadap drama tak sudah ni. Aku pernah dengar dan baca bahawa kita sebagai anak ni ada hak untuk menegur atau beri cadangan untuk kebaikan.

Thats why kalau ada yang tak kena aku directly tanya papa mama, let say diorang sakit dah berhari-hari nak taknak i have to garang sikit and explain why kena pergi klinik, why kena makan ubat.

Bukan setuju membuta tuli dengan reason DIA TU MAK KITA tapi mengata dekat belakang. Benda takkan jadi lebih baik pun kalau kita beri harapan palsu.

Oklah itu je. So apa alasan korang untuk tak tegur or terus terang dengan parents? Menjaga hati is invalid bila we learn how to talk with them nicely.

– Ainina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *