Susah Senang Bersama

Hai, aku Chempaka. Aku dah kahwin masuk tahun ke-3. Pada mulanya, aku hidup senang. Tidaklah kaya raya tapi makan pakai cukup. Boleh makan mewah juga sekali sekala.

Suami aku bekerja sebagai engineer yang gajinya biasa saja. Gaji basic engineer di malaysia kan bermula RM2000.

Aku pun bekerja juga memandangkan kami tidak mempunyai anak dan aku juga akan cepat berasa bosan kalau duduk sahaja di rumah jadi full time housewife.

Suami aku cukup pandai berjimat- cermat. Dia juga yang kawal perbelanjaan aku,

Maksudnya kat sini dia selalu ingatkan aku untuk menyimpan sebanyak 10% daripada gaji ke dalam akaun pelaburan. Baki lain untuk bayar komitmen yang patut, sedekah kepada parents atau shopping.

Dia juga tak pernah miss bagi duit nafkah kepada ku. Duit aku, dia tidak pernah usik.

Berkat kawalan dia, aku pun berjaya menyimpan lebih daripada 7 bulan gaji. Begitu juga dengannya. Dia juga mempunyai simpanan di waktu kecemasan.

Cerita bermula apabila suami ku merasakan tiada ruang untuk membesar di syarikat sekarang (career growth). Lantas, dia pun memohon untuk mengambil certificate (lesen) yang berharga belasan ribu.

Sekiranya engineer ada lesen khas ni, gaji dia boleh melonjak naik sehingga 3x ganda.

Tanpa lesen ini, seseorang engineer tidak akan mampu untuk mendapat jawatan lebih tinggi walaupun mempunyai pengalaman 10 tahun.

Jadi, aku pun bersetuju. 1 sebab yuran belajar ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa, 1 lagi sebab aku tidak sanggup melihat suami ku sedih kerana membuat kerja yang sama setiap hari sepanjang tahun.

Dia juga kerap mengadu betapa dia teringin untuk mencuba benda & pengalaman yang baru. Jadi, dia pun meletakkan jawatan dan fokus belajar selama 6 bulan.

Harus diingat di sini, sepanjang 3 bulan kursus, dia tidak dibekalkan dengan apa- apa elaun kerana bajet biasiswa tidak cukup. Namun kami sangat bersyukur kerana biasiswa itu telah menyediakan hostel yang percuma.

Aku selalu berkata pada suami ku, yang aku redha sekiranya dia tidak mampu memberi nafkah duit kepada ku.

Aku cakap aku sudah bekerja. Walaupun gaji ku tidak seberapa, tapi aku masih mampu menanggung diri ku sendiri & bayar komitmen lain (hutang belajar, duit parents, takaful etc).

Setiap kali kami berborak (otp kerana pjj), aku tidak lupa juga untuk bertanya dia ada duit ke tak.

Aku rela hati untuk menanggung dia sepanjang 6 bulan ini.

Tapi suamiku selalu cakap duit dia cukup. Ini kerana wang simpanan dia sudah melebihi 7 bulan gaji yang dia simpan di waktu senang.

Walaupun dia agak sedih tengok wang simpanan dia makin susut (kerana wang itu juga dia simpan untuk sama- sama menunaikan haji), tapi demi secebis ilmu dia sanggup.

Dan demi masa depan yang lebih cerah juga. Sekiranya dia suami dayus, pastilah dia akan setuju untuk aku menanggung hidup dia selama 6 bulan.

Dia juga masih tidak culas untuk memberi duit nafkah (serendah RM100) kepada ku walaupun aku redha & halalkan memandangkan situasi dia macam tu. Sungguh aku sedih & terharu.

Tidak mengapalah suami ku, nanti kita sama- sama kumpul balik duit ya untuk ke mekah inshaAllah…

Cerita aku kongsi kali ni bukan untuk beritahu betapa baiknya suamiku, tapi untuk memperingatkan semua supaya sama- sama menyimpan ketika waktu senang. Sebab tidak selamanya kita akan senang.

Kadang- kadang kita akan ke bawah juga. 1 lagi, sentiasa lah bersedia untuk menjalani hidup susang senang bersama pasangan masing- masing.

Pesan akhir dariku, jangan kedekut demi ilmu. Melabur @ berkorban lah masa untuk menuntut ilmu.

Terima kasih.

– Madam Chempaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *