Assalamu'alaikum dan salam 1 GST kepada semua para pembaca IIUMC-BM.
Straight to the point. Aku ni seorang makhluk yang susah nak senyum.Expression muka macam tak ada perasaan.Ramai orang salah faham bila tengok muka aku. Especially orang yang x kenal aku. Dorang akan rasa aku ni sombong dan susah untuk didekati. Pernah dapat tahu dulu roommate kata muka aku macam nak marah je selalu.Abang ipar aku pun pernah bagitahu kat kakak aku yang aku ni paling susah dia nak rapat. LOL (Kelakar tapi tak nak gelak. Masa sekolah dulu pun cikgu pernah tegur kenapa muka aku nampak sedih (masa tu clueless sangat. aku pun tak tahu aku tengah nampak bersedih. padahal dalam kepala otak aku tak fikir apa2 pun.) Banyaklah lagi orang salah paham dengan expression muka aku.
Secara zahirnya muka aku memang "tak mesra alam",grumpy, etc.. tapi dalam hati aku berbunga-bunga rama-rama terbang indah bagai irama air pancut menyembur-menyembur. LOL. Kadang-kadang pernah juga tengok muka sendiri kat cermin. Memang tak mesra pun.Aku pun pernah banyak kali untuk senyum. tapi mesti tak jadi dan terlupa. kalau nak senyum mesti rasa kejang kat muka. LOL. Pernah juga fikir benda2 yang seronok. senyum sekejap je la. lepas tu muka masam balik. kadang-kadang bila fikir benda happy2 pun rasa nak tergelak pun ada. mesti orang ingat aku gila sebab gelak sorang2 kat public. hmmm… Macam2 cara aku buat untuk senyum. tapi mesti x menjadi. pergi bercuti tenangkan fikiran pun masam jugak muka. Kalau nak istiqomah pun x sampai beberapa minit masam balik muka. banyak kali dah cuba.
Aku just nak minta pendapat la macam mana nak buat aku ni seseorang yang suka senyum. Macam2 cara dah cuba tapi x menjadi. Kadang2 jealous tengok orang suka senyum ni. manis je muka. orang pun nak dekat. tapi bila nampak muka aku orang mesti lari kan? hahaha
Nak kata stress tu aku ni biasa2 je. tak ada la stress sangat. setakat ni boleh lagi la kawal stress. tapi memang muka macam ni kot?
Ada sesiapa boleh tolong untuk saya senyum. saya pun nak nampak manis jugak.
*jangan yang ada persoalkan iman aku sudah. -_-
– Thursday Addams