Susah Turun Berat Badan dan Insulin Resistance II

Untuk part I, (https://iiumc.com/susah-turun-berat-badan-dan-insulin-resistance/).

Saya dah baca hampir kesemua komen. Wah, ramai juga pakar-pakar diet tak bertauliah ni. Hahaha. Begitu juga yang jadi bila saya mula tulis di fb berkenaan masalah saya. Ramai yang jadi pakar diet.

Yang paling saya tak boleh terima ada yang cakap saya dah hampir menopous sebab tu susah turun. Jadi kena masuk gym bina otot. Umur 30-an dah nak monopous?. Hadap jela kan sebab dah expose masalah di media sosial.

Adakah saya PCOS?

Tidak. No sign of PCOS. Ini disahkan oleh doktor yang merawat saya. Period saya setiap bulan on time. Saya tak susah nak mengandung. Stop je perancang, sebulan lepas tu mengandung.

Adakah saya diabetes?

Tidak. Disahkan oleh doktor yang merawat. Saya bukan diabetes. Bacaan gula dan HBA1C sentiasa cantik.

Test Serum Fasting Insulin ni sama ke dengan HBA1C (untuk bacaan gula)?

Tidak. HBA1C untuk saringan pre-diabetes dan diabetes. Serum fasting insulin ni bacaan insulin dalam darah ketika berpuasa.

Hormon insulin berfungsi untuk menurunkan paras gula dalam darah kepada paras normal. Bila insulin saya tinggi, bacaan HBA1C saya akan normal sebab insulin kawal gula dalam darah.

Masalah terjadi bila terlalu banyak insulin. Apa sahaja gula yang saya makan tak jadi sumber tenaga. Ia ditukarkan kepada lemak. Dan lemak badan terhalang untuk digunakan sebagi tenaga kerana insulin menghalang fat metabolisma.

Sebab itulah saya semakin gemuk dan selalu letih. Tiada tenaga. Orang lain running ada tenaga dan semakin kurus. Saya lari penat macam nak mati tapi semakin gemuk.

Doktor ada group, fb, tiktok tak?

-Tiada. Doktor tak educate dalam media sosial. Doktor tak buat group. Tiada klinik di luar. Doktor tak jual produk.

Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan saranan dan nasihat doktor kerana banyak yang bertentangan dengan diet sihat seperti yang saya faham.

Tetapi saya yakin dengan doktor kerana doktor ni bukan anti-vaksin, bukan jual produk, bukan doktor swasta. Malah kawan-kawan dia dari geng Dr. Imelda yang saya hormati.

Kata doktor, diet saya berlainan kerana saya sakit. Kena rawat masalah hormon insulin ni. Diet ni bukan sekadar nak kurus semata-mata, tetapi juga untuk merawat masalah hormon insulin tinggi.

Bila saya kongsi di fb, ramai juga dietitian tak dapat terima pada mulanya. Yelah diet tanpa carbo kan. Tapi bila saya beritahu bahawa saya dapatkan rawatan dari pakar Family Medicine Specialist special interest in Healthy lifestyle, mereka pun dah boleh terima

Diet ni diet keto ke?

Saya ada tanya doktor. Doktor nafikan. Bukan keto. Dia tak bagi nama pada diet yang dia buat untuk patient. Lagipun sekarang diet saya dah berubah sedikit selepas pantau bacaan gula guna GCM (Glucose continous meter, alat lekat kat lengan).

Doktor cakap diet yang sebelum ni (ala-ala keto) tak sustainable. Sekarang bila dah pantau bacaan gula baru saya boleh tahu makanan mana sesuai dan tidak sesuai dengan saya. Tetapi makanan dan minuman bergula sampai sekarang saya tak boleh ambil.

Follow group Keto/IF lebih mudah?

-Saya tak follow semua group tu. Permulaannya saya tak boleh terima diet yang extreme kerana tak sustain. Bila kita stop, mesti berat akan naik mendadak. Kita tak mampu buat selamanya. Lagipun target saya bukan untuk kurus semata-mata. Saya nak sihat juga.

Bila doktor yang design diet begitu, baru saya ikut kerana memang diet itu disahkan untuk keadaan kesihatan saya. Doktor juga pantau kesihatan dan akan tukarkan diet saya bila dah capai target BMI dan hormon insulin dah normal nanti.

Buat Intermitten Fasting la bagus.

-IF yang doktor ajar tidak extreme. Senang sahaja. Kalau lapar makan. Kalau kenyang jangan makan.

Bila dah makan lauk banyak sampai betul-betul kenyang, memang saya boleh buat IF tanpa niat kerana perut sentiasa kenyang. Sebab itulah sehari makan 1-2 kali sahaja.

Sebelum saya jumpa doktor pakar, saya buat IF tapi tak berkesan. Perut pula sakit pedih menahan lapar. Sekarang saya mampu buat IF dengan diet yang di ajar doktor.

Bila melibatkan hormon, bukan diet sahaja perlu buat. Cara rawatan secara serentak adalah diet, jaga tidur, jaga stress.. Kena jaga tiga ini baru berat turun dan dapat kawal hormon insulin.

Untuk turunkan paras hormon insulin mengambil masa yang lama. Kemungkinan besar setahun baru normal.

Selain itu, untuk kita dan saya yang mempunyai masalah insulin resistance ni.. jangan tengok progress orang lain sebulan turun 10kg tu.

Kita ni slow progress kerana hormon insulin tinggi. Abaikan sahaja kejayaan orang lain sebulan turun 10kg, 3 bulan turun 30kg. Kita just stay on track. Sebulan turun 1kg pun dah kira bagus. Asalan jangan naik berat tu.

Apakah penyebab berlakunya hormon insulin tinggi?

Ada beberapa faktor.

-Masa kecik suka makan banyak makanan manis.

-Pengurusan stress. Selalu stress.

-Tak cukup tidur.

-Alahan (alergik)

-Genetik.

Disebabkan doktor tak pasti puncanya, jadi doktor pilih untuk jaga semua faktor di atas kepada saya. Kena jaga semua ni, baru hormon insulin akan turun.

Insulin resistance ni berlaku seluruh badan ke?

Tidak. Menurut penjelasan doktor, insulin resistance ni berlaku pada certain part in our body sahaja.

-Jika insulin resistance berlaku pada organ reproduktif, akan susah mengandung dan jadi PCOS.

-Jika insulin resistance berlaku pada otak, akan jadi dimentia.

-Jika insulin resistance berlaku di pankrease, akan jadi diabetes.

-Untuk kes saya, kebarangkalian besar sel lemak saya insulin resistance. Sebab tu lemak tak boleh convert kepada tenaga.

Untuk anda yang disahkan insulin resistance/ atau PCOS, diet ni sesuai untuk anda. Memang susah yer nak buang gula dan carbo ni. Saya tak cakap senang. Saya pun bulan pertama hari² termimpi makanan dan minuman manis.

Terbayangkan teh ais, kek, roti. Lemau lembik macam orang ambil dadah yang tak dapat dadah supply. Haa gitulah keadaannya. Tapi saya nak berubah. Nak kurus dan jadi sihat. Terpaksalah cut sugar juga.

Mana nak dapatkan rawatan begini?

-Minta maaf, doktor yang merawat saya ni pegawai perubatan angkatan tentera. Saya tak boleh bantu kerana saya pun dapat referal dari kawan baiknya Dr tentera juga. Tapi korang boleh cuba ke tiktok, saya kenal sorang doktor swasta ada buat test begini sebelum design diet patient.

Cuba cari tiktok Dr.Hadi_fit. Atau boleh usahakan berjumpa dietitian sama ada dietitian kkm ataupun dietitian berbayar. Dietitian swasta boleh cuba Dietian Syaza di Cyberjaya.

Semoga artikel ini membantu anda yang mempunyai masalah seperti saya.

– Puan Gemuk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tq confessor, sudi share pengalaman & knowledge. Sy pun susah nak turun berat badan. Memang ada PCOS & insulin resistant tu. Sy pun tgh fight & cuba untuk turunkan berat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *