Aku 23 tahun. Muda lagi dan disahkan menghidap kanser. Rasa bagaikan runtuh langit bila aku dapat tahu.
Rupanya selama ini selalu demam, sakit sakit badan, berat badan turun dan tak selera makan adalah tanda tanda awal sesuatu yang besar bakal mengubah hidup aku.
Pada awalnya aku rasa oh inilah peluang aku nak masuk syurga. Aku belajar redha. Aku ingin berdamai dengan takdir walaupun dalam hati aku berasak asak soalan “kenapa aku?”
Tapi aku lawankan dan selalu pujuk hati bahawa tak semua persoalan perlu ada jawapan.
Tapi rupanya perjalanan ke syurga itu bukanlah semudah itu buat aku.
Lama kelamaan, dengan sakit yang aku tanggung setiap hari, penderitaan aku yang bukan kepalang, aku tak tahu kenapa hati aku sangat memberontak.
To the point aku pernah terfikir nak commit suicide just because i want this pain to end so badly. Dia mcm dah tak ada cara lain sakit ini tamat melainkan hanya dengan kematian.
Aku minta maaf tapi aku kerap terfikir di mana adilnya Allah?
Allah beri aku dengan sakit yang bukan kepalang, yang tak tertanggung, tapi kalau aku commit suicide aku masuk neraka. Aku menderita di dunia dan akhirat.
Sedangkan masa aku sihat dulu aku tak pernah tinggal tahajud. Kenapa Allah perlu uji aku dengan cara begini hanya untuk buatkan aku lebih jauh dari Dia?
Aku makin kerap persoalkan Dia sekarang Allahu.. aku betul betul tak faham dengan takdir.
Jiwa aku memberontak inginkan jawapan. Lately pun ramai cancer survivor commit suicide sebab tak tahan dengan kesakitan yang ditanggung.
Aku seolah olah dapat memahami kenapa dia commit suicide walaupun ramai yang mengecam. Sakit. Sakit sangat.
Ada ke sesiapa di sini boleh jawab kenapa Allah keep on uji aku sampai aku nak commit suicide tapi bila aku commit suicide aku masuk neraka? What is the point.
Alangkah bagusnya kalau aku sihat seperti sediakala, dapat beribadat, hati aku tenang. Aku mahukan kesihatan dan ketenangan aku semula….
Aku cemburu tengok orang lain. Kaya, cantik, beriman. Bestnya dorang. Hidup di dunia bahagia, beriman lagi.
Jangan cakap pada aku “rezeki setiap orang tak sama.”.. sebab aku nak tahu kenapa tak sama? Kenapa aku dihidupkan hanya untuk menderita di dunia dan akhirat?
Sakitnya untuk berdamai dengan takdir. Sakit fizikal, sakit mental.
Aku baru putus dengan tunang aku sebab dia tak boleh terima aku sakit kanser. Dia cakap tak nak ada keturunan kanser. Family aku tinggalkan aku tak nak jaga aku.
Jangan cakap aku kurang iman. Aku dulu masa sihat macam korang juga. Belajar kenal Allah, ibadat tak tinggal, tutup aurat sempurna. Lepas aku sakit je semua jadi macam ni.
Aku selalu berdoa pada Allah dikurangkan penderitaan aku, tapi esoknya sakit aku makin bertambah, aku jadi putus asa nak berdoa.
Aku juga ada persoalan ; kalau betul Allah takkan uji melebihi kemampuan, mengapakah ada orang yang bunuh diri sebab tak tahan dengan penderitaan dunia yang seolah olah tak ada penghujung?
Aku nak commit suicide tapi aku tak ada keberanian. Aku masih ada iman walaupun cuma secebis, aku takut masuk neraka walaupun aku keep questioning Allah.
Cumanya aku hanya boleh katakan andai ajal aku tiba nanti, aku pasti tersenyum sebab sekurang kurangnya penderitaan aku di dunia sudah berakhir…
Aku memang under psy lepas sakit ni. Escitalopram only helps for the first 3 months, lepastu aku relapse, Dr tinggikan dose, side effect pulak bertambah.
It seems like no end.. Korang tolong nasihati aku supaya sekurang kurangnya hati aku tenang.
Terima kasih semua. Aku doakan masuk syurga…
– D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submitv
Masih berharap dan tunduk dengan selain allah. Tunduk dengan kerajaan dan hospital yang beri kesembuhan.