Hi. Aku Amni. Usia aku bakal mencecah 30 tahun dalam masa tiga tahun lagi. Sudah berumahtangga dan belum mempunyai zuriat.
Aku terpanggil untuk berkongsi rasa di sini kerana aku dah lelah dan perlukan tempat untuk meluah. Hingga kini, aku ni masih rasa berat amat beban yang ditanggung.
Jujur aku kata, aku sudah terlalu penat hidup dekat dunia ni. Macam-macam ujian yang aku lalui, sejak dari kecil hingga sekarang tak henti-henti. Ujian keluarga, cinta, kawan-kawan, kerjaya dan kesakitan. Semua aku pernah lalui.
Hati ni kalau dah diikutkan hancur berkeping-keping. Tapi jasad sahaja yang tinggal untuk teruskan kehidupan yang kini sungguh menyesakkan.
Kalau dulu, ujian besar-besar semua aku boleh hadapi dengan baik. Alhamdulillah. Tapi sekarang ni entah kenapa aku mudah rasa nak merungut dan melenting dengan diri sendiri atas ujian yang kecil-kecil.
Kadang aku terfikir, adakah kerana ujian masa lalu yang sedikit sebanyak buat aku trauma dan rasa amat tertekan.
Contoh ujian kecil sekarang adalah aku bekerja dalam dunia retail, dan semestinya kerja dalam bidang ni banyak cabarannya, sama macam kerja lain juga.
Walaupun aku enjoy dengan persekitaran sini, tapi kadang rasa tertekan sebab tiada work life balance, offday aku sering diganggu, shift working schedule yang tak menentu dan jarak tempat kerja yang agak jauh serta ditekan sebab sales slow.
Itu belum kira waktu solat yang tak dapat ku penuhi akibat kekangan waktu dan ruang. Semakin bertambah tertekan, aku bekerja dengan company yang jual barang boikot yang terbesar.
Ikutkan hati ni meronta-ronta nak resign sebab kasihan dengan saudara di Palestin, namun apa boleh buat, dah merata aku pergi interview tanpa jemu, tapi masih tiada rezeki aku. Nak resign, komitmen aku kena fikirkan juga.
Ujian kecil yang kedua, suamiku baru saja resign sebab company lama suami bekerja dah kurang bisnes. Ot semua dipotong dan suami hanya makan gaji basic RM1600-RM1900 sahaja. Jika nak dibandingkan dulu income boleh pergi sampai RM5k sebulan.
Kini suami masih tiada kerja tetap dan hanya kerja part time untuk teruskan hidup. Duit simpanan kami berdua masing-masing dah habis akibat mencukupkan yang tak cukup.
Tambahan pula, dengan harga barang dapur sekarang sudah makin naik, kegawatan ekonomi yang semakin memuncak buat kami struggle untuk teruskan hidup.
Terkadang, ingatanku menyelit sambil merenung nasib hidup yang semakin mencabar ni. Kadang aku rasa gagal dengan diri sendiri.
Aku struggle sambung belajar untuk dapatkan peluang kerjaya yang sejajar dengan kelayakan aku tapi akhirnya aku masih terumbang ambing.
Sudah puas memohon kerja dari zaman graduasi 6 tahun lepas sehingga kini, tak kira sektor swasta mahupun kerajaan, hingga kini tiada penghujung.
Banyak duit dah habis hanya semata pergi interview, tak kira jauh atau dekat. Pernah kerja dari jadi kuli gaji RM500 sahaja sebab aku tak memilih kerja.
Terlalu banyak impian dan harapan ini untuk memajukan kehidupan sendiri dan keluarga memandangkan aku bukan dari keluarga yang senang.
Bila tengok je gambar mak ayah sendiri, rasa useless sebab nak bawa mereka pergi Umrah pun aku tak mampu sebab kekangan hidup di zaman sekarang ni. Hidup sendiri pun masih struggle. Penat sangat dengan hidup ni. Runsing.
Ini installment rumah dengan kereta akan datang tak cukup duit nak bayar sebab income tak cukup. Duit belanja hari-hari pun terpaksa catu sebab memang dah takda simpanan.
Sepatutnya usia aku sekarang ni adalah usia untuk aku dah settle down, ada kerja stabil, work life balance, dah boleh tenang-tenang tarik nafas sebab dah berhempas pulas dari muda belajar dan bekerja teruk-teruk tapi lain pula jadinya.
Pernah buat macam-macam bisnes, tapi tak boleh pergi macam orang lain. Duit modal bisnes habis, untung pun takda.
Aku memang ada kemahiran bisnes tapi entahla, susah betul nak menapak macam orang lain. Tak pernah terfikir nak buat marketing murahan demi sales sebab masih fikir keberkatan rezeki.
Sampai satu ketika, aku rasa merajuk dengan Allah. Ya, aku tahu aku ni hamba Dia, tak layak buat macam tu. Tapi kadang aku merasakan seolah Allah tu tak dengar pun doa aku.
Dia tak sayang aku ke? Apa yang aku doa selama ni macam takda apa-apa. Lain yang aku doa, lain yang aku dapat. Makin teruk. Kadang iman aku ni rasa goyah. Entahlah..
Aku selalu pujuk hati ni supaya bersangka baik dengan Allah, sebab tak elok kan cakap atau berfikiran macam tu. Tapi waktu iman aku diuji inilah kadang aku hampir tertewas.
Ya Allah, aku tak pernah jemu pun berdoa yang sama setiap hari. Sering menagih simpati semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami yang mungkin kami tak sedar.
Aku redha, berlapang dada untuk tidak direzekikan zuriat macam pasangan lain buat masa ni, tapi aku mohon, permudahkanlah kesulitan hidup kami, jalan hidup kami Ya Allah. Kami nak hidup yang ada penghujung yang baik.
Aku nak hidup macam orang lain, aku tak pernah minta hidup kaya raya, aku cuma nak hidup senang supaya aku dapat capai impian dan harapan aku. Supaya aku dapat bahagiakan orang yang aku sayang dan spend time masa dengan keluarga aku.
Selalu pujuk diri ni untuk bersyukur dari setiap segi, setiap sudut. Tapi ada masanya, aku mesti akan rasa susah nak berdamai dengan takdir hidup aku.
Aku tak benci takdir hidup aku, cuma aku susah sangat nak berdamai dengan takdir hidup aku.
Semoga lepas ni Allah mendengar doa aku dan mempermudahkan urusanku hidupku dan suami.
– Amni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah
Big hug sis, lbih kurg jln hidup kita…akak pn msh struggle d usia 38, msh lg status kontrak kt tmpt keja…blm rzki berumahtangga…tp komitmen mcm org dh bklrga…huhu…tggl skli dgn abg ipar, kakak n ank² buah lbih kurg 10 org dlm rmh…sllu gk kna bli brg² dapur, gji 1.5k kdg xckp smpai hjng bln..😢…htng ptptn pn msh tertunggak, kdg byr kdg xsmpt nk byr…xckp 1.5k utk byr keta, bil², ptptn dgn blnja dapur…huhu