Susahnya Cari Kerja Bila Umur Dah 30

Aku tak tahu kalau benda ni hanya berlaku di Malaysia atau standard di luar negara. Sebelum tu, aku seorang lelaki, berumur awal 30an.

Latar belakang aku, lulusan sarjana muda dari IPTA dan dah start bekerja lepas habis degree aku pada umur 24 tahun. Keputusan aku biasa sangat. Tak gagal, tapi bukan scorer. Cuma lulusan 2nd class lower degree.

Lepas habis degree, aku merangkak nak tempatkan diri aku dalam pasaran pekerjaan. Fresh grad dengan keputusan biasa, aku cuba bersaing dengan ramai lagi graduan dan merebut tempat yang boleh katakan terhad pada setengah position.

Cita-cita aku nak menempatkan diri dalam sumber manusia, tapi tu bukan bidang aku. Jadi, bidang yang sangat mudah fresh grad masuk adalah sales, dan bidang khidmat pelanggan. SPM pun dah boleh masuk dan boleh earn banyak juga.

Aku terus mencari job dalam setahun dan bila tak jumpa yang sesuai, aku give up dan aku follow the flow, apa yang di offer.

Akhirnya, pekerjaan pertama aku adalah sebagai sales executive di cawangan bank yang agak terkenal. Aku kena kerja dengan adanya target sekian sekian untuk sebulan.

Aku tak mampu nak capai. Produknya adalah personal loan, credit card, dan deposit saving account. Aku tak mampu capai walaupun dah di bantu senior. Kerana hati aku tak ada semangat nak buat sale. No passion in that.

After 6 month, performance aku teruk, so aku berhenti.

Lepas tu, aku mencari lagi pekerjaan. Dapat juga dalam sale tapi melalui phone. Sebagai telemarketing executive. Kena promote untuk kredit kad balance transfer dan juga personal loan.

Dipendekkan cerita, daripada 2010 sampai 2020, memang aku terperangkap dalam kerjaya sebagai sales person, melalui face to face atau via phone.

Memang aku tiada minat dalam ni. Pernah je achive beyond target, dapat commision tapi aku tak consistent achieve setiap bulan sebab memang aku tak berminat. Bila minat tak ada, motivasi nak bekerja tu tak ada.

Musim pandermik ni, banyak syarikat mengalami masalah. Antaranya syarikat insurans tempat aku bekerja sekarang. Aku hanya pekerja kontrak.

Pada 2020, kontrak aku habis tanpa diperbaharui. Jadi aku menganggur pada umur aku 30an dengan kepayahan nak mencari pekerjaan baru.

Sebab aku tak nak masa terbuang, aku join bawah member untuk menjadi agen takaful secara part time. Sekali lagi, bidang sales. Aduh!

Aku gigih mencari dalam segala macam portal pekerjaan macam jobstreet, jobseekers, mudah, facebook, linkedin semua tapi apa yang aku perasan.

Sangat kurang untuk mendapat panggilan temuduga sekurang kurangnya. Mungkin sebab umur dah lebih 30 dan mungkin sebab faktor previous employment aku yang tak menarik.

Memang ada panggilan temuduga, tapi sangat kurang dan semuanya adalah sales, telesales dan customer service padahal tulah bidang yang aku paling nak lari atau nak keluar dari circle tu.

Aku sangat letih nak menghadapi. Aku manusia. Aku ada keinginan sendiri, ada minat. Kalau nak kata aku memilih sangat, aku takkan lekat dalam bidang sales circle ni for more than 10 years.

Aku nak sangat dapat peluang dalam bidang lain, mungkin sumber manusia, atau general admin walaupun kena bermula dari bawah.

Aku tak peduli pun kalau terpaksa bermula dengan gaji bawah RM1000. Perit tapi itu hakikat. Sekali kau dah masuk dalam bidang sales, memang itu jelah yang akan kau dapat.

Yang mana kata ada progress, macam kau boleh jadi team leader, quality control, apa semua tu, tolonglah faham.

Aku cari kerja berdasarkan minat. Apa yang aku suka. Aku tak kisah pun gaji yang sedikit, sebab dari situ aku boleh naik.

Tapi hakikatnya kat Malaysia, khususnya, bila faktor kau dah berumur, nak start dari level fresh graduate, sangat payah. Sangat sukar diberi peluang.

Pada yang mana ada pekerjaan yang bagus tu, belajar lah bersyukur sebab kau buat benda yang kau minat. Aku pula kat sini belum sampai career plateu (bosan dalam career sebab rutin sama) tapi aku dah letih mencari peluang.

Kau nak suruh aku pupuk minat seolah-olah kau suruh kerbau berendam dekat kutub utara. Tempat yang beku tu kau nak suruh kerbau berendam, kau ingat dia nak? Tulah perumpaan dia.

Aku tak peduli apa pandangan pembaca yang hanya tahu kritik tanpa memahami, aku cuma tahu aku letih dan harap dipermudahkan jalan untuk mendapat tempat dalam bidang yang aku betul-betul minat.

Aku bersyukur dengan life aku sekarang, comitment terurus, walaupun belum berkahwin, tiada hutang keliling pinggang.

Cuma aku inginkan satu kerjaya yang menarik yang aku buat sebab minat. Semoga ada cahaya harapan untuk aku nanti.

– Tauruz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. MasyaAllah, kita semua sama, alumni yang boleh dikatakan bergeliga otak kita, tapi nasib kita tiada di pasaran pekerjaan.

    Sama lah kita 2nd class lower, sabar banyak2, kita usaha lagi cari tempat kita kat dunia ni.

    Jatuh bangun kita hadap …
    Dengan passion, there is motivation, with motivation we can keep calm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *