Assalamualaikum, kenalkan Aku Zarith (Bukan Nama Sebenar) dan merupakan seorang lelaki nak capai 30 tahun.
Apa aku nak cerita disini adalah pengalaman aku sepanjang hidup menjadi seorang lelaki. Ya, maksud aku lelaki dan benefit (kelemahan) menjadi lelaki.
Sebelum aku lahir, ayah aku dikurniakan ramai anak perempuan dan disini korang dapat bayangkan betapa aku disayangi.
Ayah aku bukan tak sayang kakak aku, tapi dia nak sangat anak lelaki membuatkan aku di spoil.
Maksudnya dimanjakan berlebihan contohnya waktu aku kecil, lepas makan aku tinggalkan atas meja, baju lepas pakai aku campak je sana sini even ke lantai.
Waktu aku kecil, kakak aku ada suara kan juga diorang nak jadi anak lelaki sebabnya mereka tengok hidup aku mudah kerana semua telah disediakan.
Tapi sebab aku ni jauh lebih muda, alasan diberikan sebab aku ni muda sangat nak cuci pinggan dan sebagainya.
Sekarang ni bila aku dah besar, aku ni menjadi seorang pengotor. Aku cuba juga jadi rajin, tapi tak dapat ubah semua perangai aku yang pemalas ni.
Ada aku dapat ubah sikit, contohnya aku cuci baju sendiri dan basuh pinggan yang aku guna. Tapi ada yang aku tak dapat ubah, salah satu sebabnya dah jadi habit sendiri.
Contohnya bilik aku kotor, lantai dah berkeladak yang bersih hanya almari dan tilam aku sahaja sebab aku tak selesa kalau 2 tempat ini melekit-lekit.
Untuk pengetahuan rakan-rakan, keluarga aku ni bukan pembersih orang gelarkan rumah ni kapal pecah.
Dulu aku tak faham kenapa parents aku ni pemalas tapi bila dah besar baru aku faham. Macam ayah aku dia kerja ikat batu bata, tengah panas jadi balik memang tenaga dia kosong nak tolong uruskan rumah tangga.
Mak aku pula sebab ramai anak jadi bila kemas sekejap je jadi kotor semula, menyebabkan mak aku kemas ala kadar je. Tak macam rumah orang lain sentiasa bersih, lantai licin tak berdebu.
Jadi aku dah terbiasa hidup dalam keadaan kotor, selagi tak berulat selagi itu ok lah tak kemas.
Aku tak salahkan parents aku, cuma aku agak terkilan kenapa aku tak diajar tanggungjawab dan kebersihan dari kecil
Ni dah besar nak buat semua ni buatkan aku jadi kekok, kadang adalah juga mak aku perli aku. Nanti bini tak suka lelaki pemalas ni, masalahnya aku nak ubah susah bukan aku tak cuba.
Aku pernah bilik jadi bersih dan bersihkan tiap hari tapi dalam sebulan je terus jadi kotor semula.
Sekarang aku dah pasang niat, bakal anak aku tak kira lah perempuan atau lelaki start umur 5 tahun dah kena kemas-kemas.
Darjah 1 kena start potong bawang, tak ada diskriminasi perempuan atau lelaki kena buat sama. Macam imran bard walaupun dia lelaki tapi bab kerja rumah memang tip top.
Aku ada terfikir juga nak sewa rumah duduk seorang diri kerana kakak aku yang dulunya agak pengotor juga duduk di rumah ni menjadi pembersih apabila duduk seorang diri.
Maybe sebab psikologi, duduk dengan mak ada orang tolong kemas kan jadi sifat rajin itu terpendam.
Tapi bila duduk seorang diri, kalau tak kemas rumah akan jadi semakin bersepah. Menyebabkan diri itu menjadi rajin dan rumah sentiasa bersih.
Aku ada juga dulu kawan dengan imigran, rumah yang dia tinggal awalnya bersih tapi selepas sebulan boleh nampak baju atas lantai, plastik makanan, sisa makanan yang ditinggalkan penuh atas meja dan lantai.
Aku takut keluar je rumah jadi macam imigran ni, disamping masa yang sama aku rasa nak jadi pembersih kena keluar rumah.
Entah lah aku pening, sekarang ni aku cuba nak deco bilik aku supaya keinginan nak bilik sentiasa bersih itu membuak buak.
Satu lagi perangai manjakan sangat anak ni banyak ditulis dalam novel-novel china, maybe sebab negara diorang patriarchy jadi banyak penulis cerita contohnya
“Dulu waktu kecil, semua kerja diberikan kepada anak perempuan bila dah besar lelaki tersebut tak boleh buat apa-apa, gagal dalam pelajaran, jadi sampah masyarakat”
Well doakan aku moga aku dapat ubah perangai buruk aku ni kepada sifat yang mulia.
– Zarith (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cara tak nak jadi malas adalah buat benda tu setiap kali bangun tidur. Bangun tidur terus buat. Buat sebab kena buat, bukan sebab ada motivasi atau tak. Buat janji kat diri sendiri kalau kau tak kemas rumah, kau kena bagi sedekah dekat orang yang kau paling benci. Pindah rumah dan duduk dengan orang lain yg pembersih. Kalau malas sangat, panggil cleaner cuci rumah kau. Awal awal nak berubah memang susah, tapi lama lama akan terbiasa.
bekas suami saya dulu anak lelaki tunggal dan ada 2 adik perempuan. Bekas suami saya sangat rajin buat kerja rumah, pandai masak, pandai hias, pembersih. Didikan keluarga dari kecil sangat penting. Jadi, teruskan niat awak untuk latih anak -anak nanti tanpa kira jantina. semua kena tahu buat kerja, kena pentingkan kebersihan. Sepupu saya anak lelaki tunggal juga, tapi pemalas. seluar kotor dimana dia buka , situ la seluar tu. kebersihan diri pun tak jaga. Baju dan seluar sampai sekarang mak dia masih duk kena gosok.
Salah satu sebab pengotor adalah dia tak tau ‘how clean is clean’.
Cth diri saya sendiri, saya anggap rumah bersepah, pinggan bawah kerusi, sinki tersumbat tu normal. Sebab itulah hidup saya dari kecil. Tabiat ni saya bawa sampai ke kolej. Lepas tamat, saya menyewa flet. Dinding flet berlumut, tu masih saya anggap normal. Pemikiran saya, asal tak berbau busuk, cukup lah.
Sampai lah suatu hari sy ke rumah sepupu saya. Lantai rumah dia bersih, sinki dibasuh selepas pakai, sampah dibuang, Baru saya sedar yg sebelum ni saya adalah pengotor.
Komen ni bukan untuk confessor je, tapi untuk orang lain and of couse aku jugak.
Majoriti lelaki memang pemalas. Sampaikan ada yang buat ibu mereka seperti orang gaji dan mereka adalah raja tanpa belas kasihan. Anak lelaki? Busy lepak dekat tv sambil goyang kaki. Sebab tu didikan dari kecil sangat penting. Nanti dah tua tak ada la sampai tak tahu beza benda basic antara pengotor dan pembersih.
“Kerja kerja rumah tanggungjawab orang perempuan.” Pemikiran kolot ni dah lapuk zaman sekarang ye. Malas sangat sampai baju kotor kau yang hapak, mak kau yang dah uzur yang kena ambik dari bilik kau. Turun bawak pi ke mesin basuh. Anak yang tidak berguna. Kerja pun tak, petang baru bangun, makanan semua siap hidang. Tahu nak makan je. Tahu nak perabis beras je. Lepas makan, pinggan gelas biarkan je atas meja sebab nanti ibu yang akan kutip. Kau? Terus dengan goyang kaki dekat atas sofa sambil main game pulak.
Bila dah tua, pemikiran pun dah corrupted, jadi orang nasihat pun tak jalan. Hati dah keras kan. Payah nak rawat melainkan kau betul betul nak berubah. Bukan hangat hangat tahi ayam. Kau kena displin diri tu dulu. Nanti yang lain akan menyusul. In the future kau kahwin, ada anak, kau nak anak kau ikut jejak kau yang kau buat dulu dekat ibu kau ke? Isteri atau ibu bukan orang gaji dan tidak patut dilayan sebegitu.
Break the chains bro, fikirkanlah. For better generations. Good luck.