Susahnya Jadi Content Creator

Luahan dan artikel kali ini aku nak tulis tentang susahnya jadi content creator.

Aku sekarang content creator. Semasa umurku 19 tahun aku dah buat perniagaan printing t-shirt dan banner dengan kawan-kawan dan mempunyai kedai printing,

Aku dengan kawan-kawan sewa sendiri tapi setahun je berniaga dah melingkup sebab duit kewangan syarikat dah disonglap dan dimakan oleh seorang kawan yang berniaga sekali.

Dari sini aku belajar jika baru mula nak berniaga jangan berniaga dengan kawan berniaga seorang diri dulu.

Dah melingkup duit dah kena kebas semua kedai tutup aku mula bekerja balik tapi part time di shopping mall jadi promoter. Tapi berapalah sangat dapat, RM600 sebulan sebab part time promoter.

Disebabkan gaji kecil jadi aku pada waktu pagi berniaga jual nasi lemak tepi jalan atas motor dalam box motor aku tapi…

Tak sampai 2 bulan dah melingkup aku tutup sebab tak balik modal dan adalah dalam 10 kali aku buang nasi lemak aku walaupun dah berniaga sampai tengahari dari pukul 5 pagi aku dah tercangak tepi jalan.

Siapa kata berniaga nasi lemak boleh untung? Tak untung.

Family dan orang sekeliling kau kata masakan kau sedap tapi lidah manusia ada sejuta rasa.

Aku kerja dalam setahun dapat kumpul RM1500. Dengan RM1500 aku naik motor merantau cari kerja di Penang sampai aku tidur dekat bus stop.

Dah dapat kerja kilang gaji starting RM1.3k sampailah aku boleh dapat RM2.5k.

Bagi orang lain tak besar tapi bagi aku dah besarlah gaji itu. Sampailah aku dapat RM3k. Dapatlah angkat motor 250cc.

Tak lama aku kerja Penang dalam 2 tahun aku balik ke tempat asalku. Aku dapatlah kerja di tempat asalku. Gaji starting rendah balik sampailah sekarang 10 tahun aku kerja gaji RM3k.

Tapi makin lama aku rasa tak cukup sebab aku mula jadi kaki travel.

Untuk menampung duit travel aku jadi content creator.

Bermula jadi youtuber tapi tak berjaya sampai sekarang masih 200 subscriber walaupun banyak video aku tentang travel, ride motor, hiking, memancing, tempat makan, topik sejarah dan bahan bacaan buku termasuk kedai buku yang aku tunjuk.

Sebab utamanya rakyat Malaysia ini suka menonton video macam Irfan khairi, Isa Saharb, Syahmi Syazli, cerita cerai laki bini, awek gaduh dengan pakwe, pakwe gaduh dengan awek, content remaja duduk satu rumah cerita pasal cintan cintun, video bodoh dan konten YouTube mat salleh.

Tapi yang peliknya YouTube bila aku naikkan reel banyak pula viewnya.

Oh lupa aku YouTube dah masuk reel sebab tiktok dah muncul dan memberi saingan pada YouTube. Aku ada buat akaun tiktok dan memberansangkan sehingga aku mendapat 3k followers. View pun banyak sehingga paling tinggi 10k view.

Tapi kena ingat followers dan view yang tinggi tak boleh bagi kau duit. Kau kena buat live dan affiliate tiktok shop.

Aku buatlah live seminggu 4 kali dan affliate promosi produk dalam setiap video dengan barang yang aku beli di tiktok shop. Itu pun tak berjaya dan view promosi produk affiliate tiktok shop hanyalah 1k view sahaja.

Ada orang beli dan aku tak dapat pun income yang banyak seperti digembar-digemburkan oleh influencer dan para affiliate tiktok shop.

Kebanyakannya influencer yang berjaya jadi promoter Judi online dan Forex octa FX. Sebab itu mereka kaya dan dapat tunjuk hasil haram mereka.

Bila aku fikir balik pendidikan lagi penting dari kekayaan yang ditunjukkan di media sosial.

Jadi adik-adik baru habis SPM jangan terpengaruh dengan influencer dan kekayaan di media sosial ini.

Aku sekarang dah kumpul duit sikit dalam bentuk emas untuk investment sambung belajar dan kumpul modal merantau pergi cari kerja di Singapura.

Aku pergi cari kerja di Singapura bukan untuk jadi kaya. Aku kumpul dan simpan duit dalam bentuk emas untuk invest duit tanggungan belajar aku. Sebab utama aku kumpul duit untuk sambung belajar tapi dalam bentuk emas.

Kedua aku tak nak pinjam PTPTN. Ketiga aku nak sambung belajar dalam bidang aku kerja ini.

Sebab bidang aku kerja ini boleh pergi jauh dan perniagaannya boleh survive masa PKP dan rangkaian bidang aku kerja jenis perniagaan mereka ada banyak termasuk orang seluruh dunia sekarang berbelanja online shopping dalam online.

Keempat aku tak nak jadi hamba bantuan dan subsidi. Kalau kau jadi hamba bantuan dan subsidi kau akan jadi orang pemalas dan tak appreciate susahnya nak dapat duit itu.

Pendidikan lebih penting dari duit.

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Cuba bagi account tiktok/ youtube? Biar kami komen cara nak improve. Satu lagi tak salah pun ambil pinjaman PTPTN lagipun dia ada skim pinjaman boleh ubah kalau cemerlang. Habis grad nanti cari kerja kat Singapore dah boleh dapat SGD3-4k

  2. Tapi kan beb. Kwn aku mmg dapat income 50k sebulan kt tt. Tp dlu hari2 dia upload skurang2nya 7video sehari. Aku je yg mls.so income aku pun mls🤣🤣

  3. Tak silap aku, nak kerja Singapore sekarang pun kena ada degree walau sapu sampah.. entah la betul ke tak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *