Aku berusia 35 tahun, baru melahirkan anak kedua, masih dalam pantang hari ke 30. Anak sulung aku lelaki, usia 3 tahun, aku namakan A.
Anak kedua (B) ni memang kami plan, because i thought 3 years gap was good enough.
Memandangkan usia aku pon dah lewat, aku tak nak la mengandung bila hampir ke 40 tahun. So masa mengandung tak da masalah, si A hari2 cium perut, kata sayang adik.
Tapi bila dah keluar si B, ya dia masih cakap & cium sayang adik, tapi perangainya menjadi-jadi & menguji kesabaran.
Laki aku dah habis cuti, jadi aku menjaga keduanya sekali. Ya Allah susah & perit sangat.
Masa aku sibuk menyusu B, si A akan panggil aku dari tandas, sibuk bagitau dia kencing/ berak. Bila aku sampai, habis banjir semua sebab rupanya dia main air.
Kalau tengah tidurkan adik, dia akan main & buat bising, bayangkan lah baby baru sebulan, entah berapa kali terkejut & nangis dik si abang buat bising.
Aku dah try cara lembut, cakap baik2, langsung dia tak dengar cakap.
Aku pon dah mula pukul2 dia, jerit2, dengan harapan dia takut & dengar cakap. Tapi tau tak, aku marah dia, dia jerit kat aku semula. Aku pukul dia, dia pon sama naik pukul aku pulak.
Dia baru 3 tahun taw, apa salah aku didik dia. Sedangkan sebelum ni aku selalu cakap baik2, apa dia nak semua aku layankan, bawak main sana sini.
Hari2 aku menangis, kenapa anak aku buat macamni, kadang2 terdetik, menyesal tambah anak, sebab yang si abang jadi lain macam.
Aku penat, dengan anak kecil bangun mlm, siang nak jaga dua2. Kalau ayahnya cakap pon dia tak dengar, ayah pon geram ada hanger dia, end up memang dia pukul & tumbuk3 ayah.
Puncanya; adik dah tidur, punya susah nak bagi adik tidur, dia sengaja panjat2 then bukak lampu. Apa lagi adik bangun la nangis. Ayah cakap baik2, tak dengar, kena pukul lah lagi.
Macamana ya? Apa cara terbaik untuk didik anak yang baru 3 tahun untuk behave & dengar kata?
Aku serius da penat ulang2 cakap baik2, lembutt2 dengan dia, explain kenapa tak boleh macam ni, tapi memang dia buat tak tahu saja.
Aku tanya, boleh tak dengar cakap ibu, dia cakap tak boleh. Geramnya aku. Bila aku jerit suruh diam, dia akan nangis2, tapi lepastu dia akan jerit semula dekat aku, the same word.. DIAM!
Lepastu, makan aku kena suap. Baru dia makan. Kalau bagi makan sendiri, memang bertambah2 la kerja aku, sebab confirm bersepah & apa lah sangat yang masuk mulut.
So boleh bayang tak, sebelah pegang baby, sebelah suap dia makan. Tolong aku please, macamana orang lain jaga anak berderet2. Adakah anak diaorang behave saja, tak macam anak aku?
Aku ni sampai tahap buka TV most of the time, nak bagi dia duk diam. Tapi tetap buat hal. Ni kan musim covid, mana lah alku nak bagi dia main2 dekat luar.
Kalau dia keluar pon, siapa la nak pantau dia? Tak kan aku nak bawak keluar baby yang masih kecil ni?
Aku nak naik kerja dah tak lama lg. Aku dah survey playschool untuk dua2 ni. Allahu mahalnya bayaran… daftar sahaja dah 2k plus.
Doakan aku dapat pengasuh. Nursrery pulak dah pesan awal2, baby jangan ajar tidur buai. Macamana ya? Aku dah tepuk2 anak, dia lena, datang si abang, habis la. So buai jela penyelamat.
Tolong ajar aku macam mana nak tidurkan anak lena tanpa buai. Tolong ajar aku cmna nak jaga 2 anak sekaligus?
Suri rumah yang hebat semua, please bagi tips/ doa yang boleh aku amalkan. Im just a tired mummy need help.
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit