Susahnya Jadi Perempuan

Asssalamualaikum semua. Aku sebenarnya tak expect apa pun masa tulis ni. Tak kisahlah admin siarkan atau tidak. I just need some outlet.

Kalau tak siarkan, aku berterima kasih pada admin sebab sudi baca. Kalau siarkan, ya… terima kasih jugalah. See? I just need someone to read this.

Maaflah ya, kalau confession ni panjang & tunggang-langgang, isinya melompat-lompat. Sebab macam tu jugalah hati aku sekarang ni.

Sejak dua-tiga hari ni, rasa berkecamuk sikit hati ni. Rasa tak puas hati. Nak marah orang sebenarnya, tapi spesifik siapa yang aku nak marah tu, aku tiada daya dan kuasa nak marah. Mengaji? Solat? Yaa…aku buat. Jangan risau.

Masalahnya, benda2 tu semua berhasil kalau kau tengah ada masalah konflik dalaman. Ini, aku rasa tak adil. Unfair. Benda macamni, kalau tak luah memang makan diri sebab melibatkan orang lain. Ada sebab tajuk Confession aku ni begitu.

Susahnya jadi perempuan! Sumpah susah! Itu saja yang aku rasa sekarang ni. I even contemplated gender reassignment surgery. Kalau tak haram, aku buat lama dah! Walaupun aku straight, rasanya jadi perempuan sangat suffocating. Kenapa?

Aku bagitau sikit background aku lah ya. Senang faham nanti. Macam ni, aku memang semulajadi dari kecil, seorang yang bull-headed.

Kalau apa2 yang aku betul2 nak, aku akan usahakan sampai jadi. Sejak kecil, aku tak tunduk pada peer-pressure, terutamanya kalau melibatkan sesuatu yang melanggar value yang mak bapak aku ajar.

Contoh, kalau kawan2 ajak pergi lepak shopping complex, atau kena ada boyfriend baru kategori mature, atau dress-up kena up-to-date dengan kawan2 baru cool etc. No. I don’t care. Aku buat cara aku.

Aku jenis, kalau aku nak buat, aku buat tanpa ada alasan. Kalau benda tu salah dan aku masih buat, aku akan mengaku saja dan terima apa2 hukuman yang datang. Berani buat, berani lah tanggung.

Misalnya ponteng kelas dengan kawan2 dan yang tertangkap adalah aku seorang, aku akan diamkan diri. Aku takkan drag kawan2 yang sempat terlepas. Sisterhood gituuu.

Dan aku expect benda yang sama dari kawan2 aku juga. Mungkin itulah sebab kawan2 aku sikit saja kot. Tambahan, best friend aku paling ngam dalam dunia ni adalah mak aku. Thus, I never cared to meet anyone’s expectation.

Ok, masalah bila dah dewasa ni, adalah those suffocating expectations dari orang2 yang tentu sekali bukan family aku.

Setakat cucuk-cucuk tanya soalan yang annoying, aku tak hairan. Banyak kali lah pun. Go on. Tak luak. TAPI datang sakit hati apabila orang2 ini mula ambil tindakan.

Ya, aku tengah berubat dari sihir. Aku rasa macam betul kot. Sebab tidur aku selalu mimpi jatuh tempat tinggi, haiwan berbisa, mimpi pelik2, terbangun sendiri malam2 etc. Mimpi tu akan jadi teruk masa aku

Mak dan makcik aku yang jumpa perawat tu. Makcik aku (termasuk anak2 dia) ni special sikit. Kalau apa2 orang niat tak baik pada family, dia akan dapat alamat dulu.

Alkisahnya, dia risau sebab dia dapat alamat tak baik ada orang berniat jahat pada mak, ayah & aku sekaligus.

Orangnya lain2 semuanya. Parents aku tu, agaknya sebab rumah kami renovate kot baru2 ni. Yang aku ni, pasal jodoh.

Kata perawat tu, orang yang buat aku tu, tak puas hati. Dia buat supaya orang susah nak dekat dengan aku, dengan niat, supaya aku susah berjodoh. Dia nak tengok jauh mana aku boleh pergi.

Perawat tu tambah lagi komen kata aku loud sangat (bagi seorang perempuan). Tang ni yang aku hangin satu badan.

In my defense, sekalipun aku loud & boisterous dengan family & kawan2 rapat aku (yang boleh dikira dengan jari), aku sangat senyap pada umumnya. Kalau takde keperluan, aku tak cakap. Kalau tak ditanya, aku tak menjawab.

Cuma, yelah, kadang2 bila cucuk terlalu annoying tu, aku menjawab bagi senyap terus. Aku tak pandai buat small talks pada orang yang aku tak selesa.

Masa kenduri pre-pandemik, aku yang akan ke bahagian cuci-mencuci yang orang banyak elakkan tu.

Takde nak melawa atau cari ruang depan. Nope. Kalau orang tak kenal, diorang selalu ingat aku ni indon yang diupah buat kerja untuk kenduri tu. Serius. Begitu punya gigih aku elakkan manusia.

Part aku menjawab tu, habis, kalau orang jenis tak reti nak hormat orang lain, sibuk masuk ruang peribadi orang tanpa diundang,

Pulak dengan sengaja buat macam tu untuk memalukan parents aku (orang tua kan macam ada rasa tak kena selagi anak2 diorang belum kahwin.

Biasalah tu), kau rasa aku nak senyap saja? These people, they know that my parents’ only “shortcoming” is that, none of their children is married yet. Dan itulah yang asyik dok diulang-ulang.

Umpamanya kahwin adalah cita-cita paling besar semua orang. Terpaling berjaya kalau dapat membiak dengan jayanya. Orang Jawa kata, poke where it hurts the most gitu.

Kita ni, kalau orang tu sekadar berbasa-basi buat pemanis kata nak berborak, kita kan tahu. Jadi, aku akan relax saja jawab “doakanlah saya.

Kot2 ada calon, bolehlah bagitau mak saya….” aaa Gitchewww. Aku awkward saja. Bukannya kurang ajar sampai nak sembur semua orang.

Tapi yang jenis bertanya dengan niat nak mempermalukan, memang aku takkan diam. Tapi bukanlah aku ni jenis kalau menjawab tu panjang lebar. Aku akan menjawab dengan sebaris ayat saja.

Dan lagi, aku reject lelaki2 yang mahu aku ke hubungan serius dengan sebaik-baik cara penolakan. Sebab aku ada saudara lelaki juga, itu yang aku sentiasa beringat.

Dan soal perasaan ni bukanlah sesuatu yang kau boleh perlekehkan, atau jadi bahan ejekan.

Jadi, aku hormat setiap dariapda mereka. Ada sekali, sorang senior office aku approach bagitau ada budak ni berkenan kat aku. Budak tu memang baik.

Tapi aku buat2 tak faham dan layan saja macam biasa. Sebab senior tu kurang berhati-hati, ada few colleagues yang dapat hidu.

Adalah geng aku yang kutuk sikit mamat tu. Aku defend beliau, okay. Prinsip aku, bukan salah sesiapa kalau kita ada perasaan pada seseorang. Hak dia untuk sukakan aku. Dan hak aku untuk terima atau tidak. See?

Ya, aku tak baik. Aku banyak kekurangan. Tapi, aku sakit hati bilamana perkara yang biasa dibuat lelaki, diberi branding lain berbanding kalau perempuan yang buat. Contoh, kalau perempuan confess dulu, kata perigi cari timba. Walhal elok saja lelaki buat?

Kalau perempuan kata belum ready nak kahwin, katalah memilih etc. Kalau lelaki cakap camtu, dikatanya lebih bertanggungjawab sebab nak bersedia dulu.

Kalau perempuan suarakan apa yang kita nak dalam hidup , dikata degil & keras kepala. Kalau lelaki, pandai pula kata berwawasan???

Sumpah, aku saaangat sakit hati sekarang ni. Pada yang hantar benda2 tak baik tu, sia-sia kau buat perkara bodoh lagi berdosa. Walhal kau tak buat apa pun memang aku takde plan nak kahwin pun.

In fact, dengan nature aku yang tak campur sangat orang ni, siapa saja yang akan datang dekat dengan aku?

Cuma, ye, kau dah berjaya rosakkan kualiti waktu rehat aku. Dan aku agak takut juga kalau2 sihir tu kesannya pada bos2 aku yang tak suka pulak tengok muka aku ni.

Pada aku, inilah bahagia aku. Aku suka bekerja. Aku suka hidup dengan mak ayah & adik-beradik aku yang happening.

Aku suka dengan kawan2 aku yang walaupun sedikit, but they are true friends. Aku bahagia bila dikelilingi peluang yang banyak untuk aku cuba semua potensi aku.

Aku bahagia bila aku dapat menyumbang secara fizikal untuk masyarakat. Aku sangat bahagia bila aku nampak usaha aku membuahkan hasil. Cabaran2 yang aku lalui bagi aku rasa thrilled.

Sumpah, aku bahagia apa adanya. Aku belum bersedia nak kongsi ruang, masa dan komitmen untuk manusia lain, apatah lagi untuk berpasangan.

Masalahnya, apa cara aku nak buat diorang ni semua faham benda ni? Jadi perempuan bukan bermakna fungsi dalam masyarakat tu hanya satu. Banyak. Dan aku memilih aku nak berfungsi begini.

Guys, doakan aku. Dan aku doakan korang semua jumpa bahagia masing-masing.

– Aster (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *