Assalamualaikum semua pembaca. Aku namakan diriku sebagai Cik Seri Muka.
Seperti tajuk di atas, jadi perempuan ni susah sebenarnya kan….
Kalau lambat kahwin atau tidak berkahwin, orang mengata.. anak dara tua la, tak laku la, memilih la, menolak sunnah la, dan macam2 lagi.
Tapi bila kita dah berkahwin, wajib ada anak pula. Kalau boleh hari ni nikah, esok terus mengandung, baru lah bahagia.
Hukum alam mengatakan wajib berkahwin dan wajib ada anak. Kalau melanggar hukum alam ni maknanya hidup tak bahagia.
Bila dah kahwin tapi tak mengandung, mesti orang mengata. Masyarakat mula menyindir, kadang ada mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati. Dikata mandul dan macam2 lagi.
Kalau yang baik hati, akan minta kita untuk bersabar bila lambat hamil, dan mesti akan bagi macam2 tips dan petua supaya cepat mengandung.
Ada juga yang baik hati terus ajak untuk dibawa jumpa bidan2 kampung untuk berubat supaya cepat2 mengandung.
Zaman sekarang masih ramai pasangan yang berkahwin bertahun2 belum punya anak,
Tapi mereka stress dan sedih bukan sebab belum ada anak, tapi disebabkan mulut manusia dan disebabkan persekitaran yang terlalu menekan.
Mungkin suami yang nak anak cepat2, mungkin mertua yang tak sabar nak ada cucu, mungkin jiran sebelah tak sabar nak ada jiran baru. Yang stress nya kita yang duk hadap ni.
Down jangan cakap lah. Dah ikhtiar macam2 pun belum ada hasil.
Tapi bila dah ada anak, kita akan penat jaga anak pula.
Walaupun suami turut membantu, namun boleh dikatakan 90% tanggungjawab tu akan diletak pada bahu ibu. Sisi gelap fasa motherhood kadang tak indah pun.
Burn out, stress, letih, penat, tak cukup tidur. Kadang 90% atas bahu kita sebagai ibu.
Ini yang para ibu hadapi dalam membesar dan mendidik anak2. Ada juga yang sampai depress. Kadang masa untuk diri sendiri juga tak ada.
Nak pergi ke mana pun payah sebab ada anak yang masih kecil.
Itu belum lagi masuk kes2 yang suami langsung tak bagi kerjasama dalam membesarkan anak2. Semua serah pada isteri. Belum lagi kes2 anak yang speech delay, anak istimewa.
Tapi kalau kita buat keputusan untuk tidak punya anak, orang akan anggap kita ahli neraka pula.
Menolak rezeki, tidak beriman, tidak percaya pada rezeki Allah dan macam2 lagi tohmahan.
Macam berdosa besar pula bila buat keputusan tak mahu anak.
Ye lah bila orang selalu tanya bila nak ada anak, kita pon jawab lah begitu kemudian dengan harapan mereka tidak bertanya lagi, nanti kita dicop menolak rezeki dan tidak beriman.
Entah lah weh, kadang aku fikir, jadi perempuan ni susah sangat ke nak bahagia?
Tak boleh ke kalau kita nak hidup tenang2 saja dalam hidup yang sementara ni?
Tak boleh ke kalau kita bahagia hidup single, then kita pilih je untuk single, ataupun kalau berkahwin tak punya anak kita dah cukup bahagia, tak boleh ke kalau kita stay je begitu tanpa anak?
Tahu tak kadang berumah tangga tanpa zuriat pun bahagia tau. Bukan ada anak je bahagia. Kadang tak punya anak pun boleh bahagia.
Kadang kita bukannya tak nak anak, tapi tak dapat. Kadang kita pun dah penat mencuba. Then kalau kita dah tak mahu mencuba dan mahu kekal berdua salah ke?
Atau dengan kata lain, tak boleh ke kalau kita dah bahagia dengan present moment, then kita stay je dengan kehidupan kita tu?
– Cik Seri Muka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Orang yng jenis suka memaksa orang lain untuk berkahwin dan ada anak tu paling aku tidak suka. Like are you gonna take care of the married couples and their babies or something? 🤨 Why the heck are they so offended about? Kenapa lah orang skrng sibuk sangat pasal ni? Tu la kadang² aku pun rasa malas dan sudah jadi perempuan. 🙄
Eh, ada typo sikit. Sudah = susah. 😂
Begini. SEBAB BOLEH DIK.
Kamu yang asyik fikir apa kata orang. Makanya kamu nak derita dalam apa jua status pun jadi.
Hidup ini pilihan. Pilih nak dengar kata orang sangat. Begitulah dapat.
Nak membujang sampai puas silakan.
Nak nikah tapi nak bulan madu berdua dengan pasangan hidup masing masing silakan.
Nak nikah dan cepat beranak pinak pun silakan.
Hidup semua orang tak sama dik. Apa yang kita mahu dan Tuhan restu semua jadi.
Pilih sahaja apa yang kita mahu asal tidak memberi mudarat kepada diri dan keluarga sendiri. Kenapa ambil dengar sangat kata cakap orang ya?
Ramai sahaja orang di dunia ini hidup normal seperti biasa tak kira agama bangsa status sekalipun.
Itu sahaja jawapan abang. Sebab boleh dik apa kau serabut nak pentingkan kata orang? Hidup, Jalan terus!
anak bukan penanda aras kebahagiaan seorang perempuan atau jadikan seorang perempuan tu ‘lengkap’ dengan adanya anak. no. pasangan kita yang sedia ada pun dah boleh buat kita bahagia dah cukup baik. boleh je kita nak bahagia dengan apa yang kita ada sekarang, hidup kita pilihan kita nak buat macam mana.