Susahnya Jadi Senior

Assalamualaikum semua. Saya Nur. Bekerja dalam bidang Profesional di sebuah ofis kecilan sahaja. 5 tahun pengalaman bekerja. Di sebabkan tiada rezeki menyambung pelajaran, saya bertekad mengumpul pengalaman bersunggguh-sungguh di tempat kerja. Saya anggap tempat kerja bagaikan universiti untuk menimba pengalaman bagi tingkatkan diri dalam bidang yang diceburi. Saya berhenti di pejabat pertama pun di sebabkan kekecewaan di atas peluang kerja yang terhad. Saya tak dapat pengalaman kerja seperti yang diharapkan.

Sehinggalah saya berpindah di ofis sekarang. Dan sayalah satu-satunya staf yang ada. Senang cerita, 95% kerja saya buat. Alhamdulillah, bos hargai dan tak kedekut ilmu, jadi saya masih mampu bertahan. Saya sangat bersungguh-sungguh bagi setiap peluang kerja yang saya lakukan. Setiap kali ada tugasan, saya akan cuba selesaikan dengan terbaik. Selain untuk pejabat, saya akan buat demi kepuasan diri sendiri.

Bermulalah episod menjadi seorang Senior bila bos bertekad untuk tambah staf selepas saya mohon cuti seminggu. Bos jadi panic. Saya memang menyokong dan teruja bila bos nak tambah staf. Selain untuk perkembangan ofis, adalah juga tempat untuk berkongsi stress nanti. Rupa-rupanya nak mengubah tahap keselesaan bekerja sendiri dan berkumpulan sangat berbeza. Setakat ini dah ada 3 staf yang silih berganti. Sekarang saya di fasa kekecewaan apabila staf yang ada tak mencapai kehendak yang dijangkakan. Samada saya yang tak pandai guide atau mereka yang bermasalah.

1. Sangat Pendiam

Staf yang masuk sangat pendiam. Contohnya, setiap kali rehat, mesti saya akan mula ajak. Selagi saya tak balik, dia tak balik. Pernah juga saya nak uji, tunggu dia yang ajak rehat. Sampai sudah kami tak keluar rehat. Sikap terlampau diam sampai membawa ke Lima Enam bulan bekerja. Malangnya tak nampak pendiam pula, kalau baca komen-komen di IG dengan orang lain. Saya move on, mungkin sifat dia memang terlalu pendiam dengan orang-orang yang terpilih. Tapi bila melibatkan hal-hal kerja pun buat diam, lama-lama saya jadi geram. Sampai kena pesan setiap kali ada tugasan kalau tak tahu sila tanya. Pernah satu tahap bos tak nak bercakap dengan dia sampaikan saya pula jadi orang tengah. Berlarutan sampai berminggu-minggu. Sehinggalah tiba-tiba hantar notis dan berhenti tanpa tahu sebab. Tetap diam. Buat yang bakal bekerja, tolong jangan terlalu diam untuk bertanya jika ada yang tak tahu.

2. Tak Fokus

Selepas pengalaman staf terlalu pendiam, bos cari staf yang agak berani bercakap. Dari segi komunikasi/sosial sangat bagus. Tapi selalu tak fokus bila bekerja, bila diberi tugasan pasti berulang kesalahan yang sama. Akhirnya, dapat tahu punca tak fokus sebab terlalu banyak masa dengan telefon. Setiap lima minit tengok telefon, kerja jadi tertangguh. Kerja yang disiapkan cukup-cukup makan. Bos tak ada sahaja tengok telefon. Dalam mesyuarat tengok telefon. Walaupun mesyuarat terlalu berat untuk yang baru bekerja, inilah masanya untuk menimba ilmu. Buat yang bakal bekerja , mohon janganlah menghabiskan masa dengan telefon secara terang-terangan walaupun senior anda sangat-sangat sporting.

3. Part Time

Salah satu punca tak fokus, buat kerja part time luar pejabat. Sejujurnya saya sangat menyokong untuk adik-adik yang buat part time luar, tapi perlulah bijak menguruskan masa. Tapi waktu pejabat, fokus dengan kerja di pejabat sahaja jangan terbawa-bawa dengan kerja luar. Ini juga melibatkan keberkatan rezeki. Kalau dah rasa terguna masa pejabat, silalah ganti semula. Sebab tu kadang-kadang dah buat banyak job luar masih rasa sesak. Itulah keberkatan rezeki. Berdasarkan pengalaman sendiri juga.

4. Tidak Proaktif

Staf yang ada tidak proaktif, hanya menunggu arahan. Pernah ke tapak sama-sama, semasa sibuk perbincangan menyelesaikan isu bersama kontraktor, klien di tengah-tengah cuaca panas. Boleh dia main telefon di belakang sambil berteduh. Aduh. Bila nak cepat belajar dan pandai kalau sendiri tak berusaha. Perlu bijak ambil hati bos, macam mana nak demand kalau kita sendiri tak buktikan. Ini realiti Kerja, selagi kita tak tunjuk buat Kerja, sampai bila bos tak akan tahu.

Semoga pembaca dapat beri cadangan cara membantu untuk mengubah sikap junior seperti di atas. Saya masih tak ada kekuatan untuk menegur secara terus. Saya juga cuba mendidik dengan cara contoh/teladan. Saya masih yakin mereka mampu berubah, sebab mereka junior yang baik. Susahnya menjadi senior, serba tak kena. Buat yang bakal bekerja, bekerjalah bersungguh-sungguh setimpal dengan usaha bos yang bersusah payah mencari duit untuk menggajikan kita.

– Senior yang bakal dibenci

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *