Straight to the point je la. Aku tengah PJJ. Aku okay je sebelum ni. Tapi terus terang aku cakap, anak aku memang sorang ni je sampailah kami suami isteri dah tak PJJ.
Aku sangat struggle sampai level kadang aku rasa nak lari je. Tinggal anak aku. Suami aku dah banyak berkorban. Dia balik seminggu sekali. Kadang 2 minggu sekali. Itupun, max la. Aku memang tak mampu lama lama.
Anak aku sekarang tengah fasa tantrum two. Dia 1 tahun 7 bulan. Dah pandai cakap. Dah banyak akal. Aktif sangat. Jadi banyak benda la aku tak faham dia nak apa.
Aku bersyukur je. Anak aku sihat. Perkembangan semua orang. Aku dah bersyukur sangat. Alhamdulillah.
Tapi kadang aku penat. Jangan la cakap kalau tak mampu kenapa ada anak? Tanya la sapa pun, ada ke orang tak struggle jaga anak? Share struggle tak semestinya tak nak anak.
Aku kalau bagi pilihan untuk bujang pun aku tak nak. Aku tak ingin kembali pada kehidupan aku dulu.
Aku kenang memory dulu dan aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Dengan usia aku, aku bersyukur aku ada keluarga kecil aku sendiri.
Drive long distance berdua tu aku dah biasa. Benda benda independent ni memang aku boleh. Tapi emotionally, aku bukanlah penyabar mana.
Tak baran, cuma aku ada masa aku tak boleh dengar nangis tak berhenti. Aku tak boleh kawal kadang kadang rasa nak marah tu.
Aku balik kerja, pukul 2 pm. Aku terus ambil anak aku. Aku tak rest sikit pun. Balik masak untuk dia. Dia akan sepah rumah, aku biar je. Mandi, makan, main. Sampai 12am ya. Tak tidur siang.
Aku rasa dia dah tidur dekat taska. Balik rumah memang dia takkan tidur. Aku keluar kerja 6.30am-12am aku tak rehat. Ada hari, sangat challenging.
Tadi, aku hampir nak hempuk anak aku. Aku letak dia atas tilam. Tak ada la hempuk, tapi aku tak gentle sangat la letak. I shouted. I cried. Both of us cried.
Tolong la, parents. Tolong la bagi tips. Aku plan nak ambil dia balik taska lambat sikit supaya aku ada masa rehat. Other than that, help me.
Tolong la share tips, ilmu atau aku nak refer apa, baca buku apa. Untuk aku belajar ilmu parenting ni.
Parenting ni takde ilmu yang betul memang sakit. Sangat struggle aku sekarang ni. Help me..
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
amek la anak pukul 6 ptg…setle hal rumah dulu…
Ya, carilah taska atau pengasuh yang baik untuk cthnya 8 pagi 6 petang. Untuk kanak2 toddler di bawah 2 tahun mereka masih perlukan tidur siang untuk tumbesaran yang sihat. Selepas ambil anak waktu petang, bawalah ke taman permainan untuk sesi grounded – pijak tanah, biar kotor & berpeluh; biar anak belajar bersosial dengan kanak2 lain. Beri anak makanan yang sihat, jangan bergantung kepada susu formula atau snacks (yg byk gula – boleh hyper). Saya sendiri pernah hempuk anak ke tilam semasa dalam pantang -tapi betapa menyesalnya kitakan selepas tu? Anak kecil yang tidak tahu apa2, tak minta pun dilahirkan di dunia ini.. Sambil2 tu carilah ilmu parenting utk kenal pasti anak menangis sebab apa, apa yang boleh dilakukan (join parenting groups di Telegram, app spt Asian Parents dsb.. ilmu ttg kesihatan mental kita juga penting. Ibu yg happy akan membuatkan anak turut happy… hasil sesi bonding yang quality!
First time mom alami benda sama juga cuma tak pjj. Cadangan saya cari masa utk me time. Kadang kita jadi mak exhausted kerja hadap anak burnout pastu termarah anak terpukul. Padahal dia tak salah dia pun tak faham masih dlm proses mengenal dunia dan belajar tapi kitabya burnout. Saya takbuat pun method ni tapi ditakdirkan anak saya demam virus saya nak jaga tapi AL saya habis mc saya pon, mak saya amik anak saya tolong jagakan sbb rumah mak dekat. Anak saya happy sangat kat sana seminggu sampai vidcall saya pun dia taklayan, saya dapat masa dgn suami semua. Tapi saya sedar sesuatu yg saya rindu suasana kekecohan bila ada anak. Rindu dia nangis tantrum, rumah yg sepah, tidur lambat sbb nk metime tengok tiktok. Sampai tak sedar saya nangis sbb rindukan anak saya padahal kat mak sendiri. Ada hikmah anak saya sakit Allah bagi saya masa berehat dan juga sedarkan saya yg kadang kepenatan kita jaga anak tu precious moment kita. Saya harap sis pun dpt masa utk diri sendiri dan rehat sekejap. Tak salah utk seorang ibu burnout tapi jangan terlalu lama sbb kesian anak kita nanti. Kita sekasut stay strong ibu hebat
1. Ptg baru jemput anak. Tapi ni kena bayar extra la. Selalu taska.. lagi lambat kita jemput lg mahal yurannya.
2. Lps ambik anak bwk dia p taman. Kalau malas.. biar la dia main sepah kan rumah tu. Sedia setempat dia main. Kemas balik bila larat jer. Bagi dia main smpai penat. Sambil tu mak boleh masak mknn dia.
3. Bg dia makan kenyang2.. lps tu bg mandi. Time mandi ni pun boleh la bg dia smbung main air. Kasi dia penat lg. Tak yah lama2 nnt selsema pulak.
4. Pakai kan baju tdo. Urut2 badan tapak kaki dia. Bagi dia tenang. Sejuk kan bilik. Tutup lampu bilik pasang white noise (bukak kt YouTube je).
Penat main + kenyang + selesa dah mandi tukar pempers.. Confirm tdo lena anak tu. Dgn mak2 sekali jalan lena 😅 Consistent ajar anak tdo awal. So that kita mak2 pun boleh rehat awal. Lagi satu anak ni imitate emosi mak. Kalau kita dah start menjerit/tengking dia haritu…confirm the whole day dia pun akan meragam. So mak2 please take care of yourself ya.. Sebelum jemput anak tu.. p la pujuk diri dulu. Sambil drive dgr lagu kegemaran ke.. selawat ke.. p cari ais krim ke.. Tak ada parents yg perfect dlm dunia ni. You are not a fail mom. ☺️ Bila rasa lelah.. Luah la dkt suami tu ya…
Bila rs nk marah je, istighfar banyak, & ckp pd diri sendiri, “fasa ini akan berakhir”.. jd layankan je anak tu.. semua ibu melalui fasa anak kecil cmtu, not easy… apa yg u alami, & rasa is valid.
Assalamualaikum…pengalaman seorg housewive ank 4…no 2 autism….untuk saya…masa ank sulung dulu…mmg struggle sbb kita xpenah jd parent kan…huhu…melahirkan tidak bermaksud terus pandai jadi ibu….tapi boleh cuba baca alfatihah, selawat dan surah taha ayat 1-5, masa dia tidur…hembis dekat ubun2. Sebenarnya bagi saya baca je surah2 mane yang mudah dan doa minta Allah mudahkan urusan menjaga. Minta pada Allah dgn lemah….mcm seorang bayi harap susu ibu dia… insha’Allah akan dtg pertolongan Allah…melalui cara yg plg sesuai dgn masing2… Semoga dipermudah segala urusan…
kasi je anak tu kat adik atau ahli keluarga lain kalau xmampu nk jaga atau rimas xdpt me time. org lain pun ada anak xde pun nk komplen mcm2.
Dalam apa pon keadaaan,banyakkn berdoa minta pertolongan Allah.Allah yg kuniakn ank kite,maka hanya Dia yg boleh bantu dgn cara yg x di sangka2.
You are a good mom puan. Mmg penat tp inshaaAllah besar pahalanya. Klu rasa nk marah tgk tgn dia yg kecil tu puan. Tak jadi nk marah. Semoga puan diberi vitamin kuat. Ayuh, kita ibu kuaddd
1. Sekali-sekala ambil anak tu lambat bila kita perlukan rehat. Tp biasanya ada additional charges. Korban sikit duit demi emosi anak & kita.
2. Fikir 1 jer… masa anak mbesar dgn kita tu, skjap sgt². Tahu² nti, dah masuk sek rendah, sek men msuk asrama, IPT… ank dah mula menjauh dgn kita… dah x hirau pun panggilan kita, sentuhan kita … masa tu kita akn rasa ralat sgt²…
#bckp bdasarkan pengalaman.