Maaf kalau menggangu, sebab Momo tak seberapa pandai menulis dalam bahasa melayu jadi akan dicampurkan bahasa sedikit, sekian. Momo sebenarnya dah single lebih dari tiga tahun, three years is actually long time for some people. Lebih-lebih lagi bila kita ini unik sikit, sebab terlebih rajin layan anime. Jadi kita rasa diri kita lain sedikit dari orang lain, which is true actually. Kita rasa diri kita terasing.
Walaubagaimanapun, jodoh tetap dicari. Tapi asyik failed jer, ya ampun. Masuk inbox, krik krik. Malas pun ada. Tapi kita usaha juga. Still failed. Yang menyangkut semua jenis yang kita rasa kurang sesuai. So kita tak pursue those kind of relationship. Kita dalam relationship nie liberal sikit, just tengok if that person is comfortable, if not kita maybe turn down sebab kurang sesuai. Conservative dgn liberal nie berlawanan arah actually. Maybe boleh ngam waktu mula-mula berkenalan, tapi tang jumpa mak ayah ke, semua ada politik masing-masing. Yang tu buat leceh.
Kita study juga Quantum mechanics, dan beranggapan jodoh ini tiba bila masanya. Sebab dalam infinite possibilities, ada cabang-cabang possibilites yang akan menunjukkan sukses ataupun tidak. Masalahnya Tuhan dia tahu semua possibilities. Just bila dia tak suka yang mana kita akan pilih, maka dia akan “jodoh” kan antara kita dgn si dia tu. Masalah kedua pula, si jodoh tu tak paham apa benda tu Quantum mechanics, tak macam kita yang lebih memahami “mathematik kuat” or “advanced mathematics”. Sebab nie lar orang nak NTR mode kejap, (NTR juga sama maksud dgn hambar).. jadi bila dia tak paham, kita pun lagi lah.
Just untuk over simplify everything, jodoh itu tiba bila Tuhan tak sure if boleh jalan ke tidak. So it depends kat kedua-dua belah pihak untuk make it work, somehow. Usaha, dan cuba sedaya upaya. Benda nie simple je sebenarnya. Tak perlu pun nak paham Quantum mechanics tu.
Masuk tahun ini dah hampir semua kawans sekelas, diploma dan degree semua dah berkahwin dan beranak pinak. Kita? single lagi.. mampus. Ada juga perasan kawan lain yang single, tapi lantak lah itu hal mereka. Kita nak urus hal kita dulu, baru boleh solve masalah orang lain kan.
Pemahaman agama kita, dah maxxed out. Tapi kita memilih untuk partially conservative dan liberal at the same time. Sebab ia adalah pendapat yang menarik, kedua-dua nya, saya sendiri tak nafikan. Saya suka study juga hal orang Islam zaman kegemilangan dulu, dan juga masa dia krik-krik lepas 600-800 tahun (approximately) selepas Nabi saw meninggalkan kita. Tapi saya hanya orang biasa, apa saya tahu kan? Professor yang study benda nie lebih arif, pi duduk dalam kelas dia dan dengar apa dia cerita. Saya hanya baca ikut buku dan kitab.
Jadi nak kaitkan antara semua benda nie, science dan agama in related dengan jodoh. Tapi betul ke ada kait? ke semua benda kita buat adalah random, kita hanya perlu mencuba. Tapi Quran sebut semua benda based on sunnatullah dan kitab lauh mahfuz, which is somewhat a much advanced version of Quantuam mechanics.
Apa-apa pun, yang aku dengar dari member sendiri.. “belum sampai masa lagi lah” memang lah.. tapi sampai bila kena tunggu?? Doa sudah, usaha sudah, tapi masih zero.. yang paling kelakar is solat istikharah, mimpi semua gelap hahahaha memang troll aku ke nie..
Nabi pesan suh kahwin awal, lepas tu kan ada juga terbaca hadis (tak sure sahih ke tidak) klu tak kahwin, Nabi tak mengaku ummat. Ya Allah Ujian betulā¦ nasib baik mak kita tak nagging suruh kahwin.. tapi dengar juga, kalau anak perempuan lain sure dah kena nagging yang amat.. sampai ada family intervention pun ada. I kid you not.
Anyway, itu je nak confession.
This is my first confession, harap-harap ia menarik.
LOL.
Disclaimer: Tiada kait dgn yang hidup, ia hanya sebuah confession dari seorang ahli saintis (scientist) yang masih single, dan dia sendiri tak sure kenapa.. siapa lebih bijaksana, tolong comment panjang-panjang nasihat atau isi hati, sebab saya akan membaca (in the shadows) walaupun TLDR.
P.S. Please avoid from writing hate comments please. Keep thread as intellectual as possible.
Terima kasih kerana membaca.
– Momo kun
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit