Salam, nama saya Afya dan saya nak share kisah saya. Betul orang cakap, mencari seribu kawan tak sesukar mencari seorang sahabat..
Kisahnya begini, dulu saya baru masuk kerja disebuah firma audit dan bekerja sebagai auditor.
Ada sorang kawan saya Parida, yang sama-sama masuk kerja dalam bidang yang sama. Saya seorang yang tidak pandai bergaul begitu jugak Parida.
Tapi masalah Parida ini dia agak lambat dan perlukan bimbingan. Banyak kali dia kena perli dan marah dengan supervisor sebab selalu lambat siapkan kerja-kerja mengaudit.
Dek kerana kasihankan dia, saya pun tawarkan diri untuk bantu dia.
Hari demi hari, dia semakin cekap dalam menyelesaikan kerjanya. Kami semakin rapat sampaikan banyak benda yang kami kongsi cerita. Mudah cakap, geng gosip.
Ada satu mamat ini namanya Dawsa suka sindir-sindir si Parida.
Tak tau apa masalahnya, kadang-kadang bila si Parida tengah “present” audit report, si Dawsa ini akan mencelah cakap, “macam pelik je”, “yeke camtu”, dan akan jadi bahan ketawa geng-geng Dawsa ni tadi.
Kesian tengok muka Parida yang akan tunduk malu dibahan depan-depan staff yang lain.
Akulah yang selalu akan memujuk Parida setiap kali dia churhat kepadaku. Aku selalu bagi kata-kata semangat pada dia dan akan berjanji susah senang bersama-sama.
Untuk keluar dari persekitaran yang toksik ini, aku dan Parida cuba mencari tempat kerja baru dan Alhamdulillah kami dapat tawaran di tempat tersebut.
Dah alang-alang nak keluar ini kan, aku ada “plan” dengan Parida untuk ceritakan hal ini pada orang atasan isu kes buli yang geng-geng Dawsa ini suka buat pada pekerja-pekerja baru.
Dua hari lepas aku buat aduan, pihak atasan panggil aku, Parida dan Dawsa untuk buat siasatan kes buli. Pihak atasan mintak aku ceritakan apa yang berlaku dan aku ceritakan secara terperinci apa yang Dawsa buat pada Parida.
Boss aku ini mintak kepastian betul ke cerita buli yang dia alami?
Dengan muka yang “fake”, Parida sambil buat muka terkejut cakap, “mana ada? saya ok je bekerja dgn Dawsa ini. Dia banyak bantu saya dalam siapkan kerja-kerja audit ni. Saya pun tak pasti kenapa Afya buat macam ini”.
Biru dan malu tak terkata, aku kelu. Parida sambil senyum sinis cakap, “jaga je lah tepi kain sendiri”..
Dawsa dengan muka tak puas hati sambil tengok muka aku dan dia pun cakap, “seronok fitnah orang ya? patut la takde kawan. Rupa dah takde, kawan takde, musuh pulak yang dicari”.
Kat situ jugak wei aku menangis. Macam ini ke perasaan ditikam oleh orang yang aku anggap “sahabat”?
Aku terus keluar dari situ, packing-packing barang aku dan blah dari tempat kerja penuh dengan talam dua muka ini.
Masa aku nak gerak keluar tu, aku dengar si Parida panggil tapi aku abaikan je. Aku cuma nak cepat-cepat keluar dari situ.
Tiba-tiba bahu aku dipegang oleh Parida, menangis dia minta maaf atas apa yang berlaku. Dia bagitahu, dia takde kekuatan nak mengiakan apa yang berlaku.
Aku kecewa dengan dia sebab selama ini banyak benda yang aku dahulukan diri dia dari diriku sendiri, tapi “last-last” dia tikam aku macam tu je.
Alhamdulillah, ditempat kerja baru ini aku lebih tenang, stress dengan kerja tu normal la kan, tapi rasa gembira sebab tak dikelilingi orang-orang toksik.
Oh ya! Parida dia tak join sekali kerja disini sebab dengar cerita dia masih nak kekal kerja di office lama. Yang terbaru, dia kena dipecat sebab isu pecah amanah. Entahlah, aku pun tak ambik pusing sangat pasal dia tu.
Semoga Allah beri dia hidayah dan selamatkan kita semua dari sifat munafiq.
Terima kasih admin sudi post luahan hati saya ini.
– Afya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
member macam ni sebenarnya banyak je.. kita yang anggap dia sahabat, dia anggap kita biasa je.. in friendship kene ada give and take. kalau dia tak beria, kita pon angkat kaki. orang fake macam ni, pergunakan orang lain untuk selindung kelemahan diri dia je.. yes kita dipergunakan. nasib baik awak cabott.. jauhi toksik