Susahnya Nak Beli Rumah

Salam semua. Aku saja je terasa nak menulis confession ni sebab baru je terbaca pasal lambakkan rumah above RM250k yang tak terjual dipasaran sekarang ni. Alhamdulillah aku dah berjaya membeli sebuah rumah tapi prosesnya amatlah susah.

Tak payah cerita pasal rumah above RM250k, aku nak beli rumah under RM150k ni pon punyalah seksa. Mana tak seksa, gaji aku bukannya besar.. Basic RM1800 + elaun – epf and all = RM1700. Gaji banyak tu nak survive dekat KL ni agak mencabar jugak. Nak dapat kerja ni pon punyalah susah, bertahun jugak aku menganggur lepas grad. SPA exam, interview selalu tapi satu pon tak lekat. Hantar resume dekat syarikat-syarikat pon tak dipanggil interview. Sedih! Jual nasi lemak pon risiko tinggi, muka tak cun.. takda harapan nak viral. So dipendekkan cerita aku dapat kerja ni lepas 2tahun menganggur.

Aku start kerja je dah target nak beli rumah sendiri. So aku memang sekat nafsu serakah aku nak melaramlah, nak travel lah, nak beli kereta lah. Hasilnya aku berjaya kumpul RM30k dalam masa 3tahun. Aku budget nak cari rumah RM150k and under. Budget RM30k tu ingat cukuplah untuk deposit + lawyer and all. Cari punya cari akhirnya jumpa satu rumah cun harga RM150k. Lokasi cun dekat ngan MRT baru, senang nak dapat penyewa + belakang opis aku je so boleh pegi kerja jalan kaki. So bermulalah segala proses nak beli rumah. Aku takut jugak sebenarnya, takut loan tak lepas sebab gaji kecik.

Dan sangkaan aku memang betul. Banyak bank reject permohonan loan aku. Masa tu ada satu bank je yang terima permohonan loan aku tapi jumlah loan dia tak cover 90% harga rumah. Lulus RM110k je. Gila mana aku nak cari RM40k nak cover jumlah selebihnya. Aku dah putus asa dah masa tu. Nasib baik owner rumah tu Melayu, dia kata dia nak tolong anak bangsa dia sendiri so dia discount RM10k + dia sponsor lawyer + SPA punya fee. Aku fikir panjang jugak, yelah duit aku pon cukup-cukup RM30k. Kalau aku setuju, memang kosong terus lah simpanan aku. Mana nak cari duit untuk barang-barang dalam rumah and all kan.

Aku fikir punya fikir akhirnya aku ambil keputusan untuk tak beli rumah tu. Aku rasa mungkin bukan rezeki aku nak beli rumah tu. Memang tak mampu. Sedih gila! Kira masa tu baru aku paham frasa “yang kaya terus kaya, yang miskin tetap miskin”. Yang kaya-raya boleh beli rumah-rumah under RM150k ni lepas tu boleh sewakan kat orang-orang kurang kaya macam aku ni. Sampai bila-bila lah golongan macam aku ni mampu menyewa jelah. Mohon skim perumahan yang ada-ada tu satu pon tak lepas.

Aku cerita dekat mak aku semua ni. Aku tak sangka pulak mak abah aku bank in RM15k dalam account aku. Gila terkejut! Diorang cakap, beli jelah rumah tu. Dah tahu bukan senang nak lulus loan, so jangan lepaskan peluang. Diorang kata tu duit sebenarnya budget untuk kenduri kawin aku. Oleh sebab aku memang takde hati dan perasaan nak kawin so diorang bagi duit tu untuk beli rumah. Kira “berumah tangga” jugaklah tu. Kalau tetiba gatal nak kawin pulak lepas ni pandai-pandai lah cari duit sendiri untuk kenduri kawin.

Akhirnya aku berjaya beli sebuah rumah. Tu pon nasib baik mak bapak aku sponsor RM15k, kalau tak memang tak mampu lah. Dan nasib baik owner rumah aku tu pon baik lain macam. Aku rasa ramai yang macam aku, bercita-cita nak beli rumah tapi gaji tak besar. Tu yang sampai bila-bila duduk menyewa jelah. Bukan senang nak kumpul duit down payment weh! Yang bank pon, tak boleh ke consider sikit. Aku tahu tu memang dah termaktub dalam law diorang tapi tak boleh ke lenient sikit kat golongan macam aku ni. Dah kami berjaya kumpul down payment tu maknanya kami memang betul-betul komited nak beli rumah! Aku doakan golongan-golongan macam aku ni berjaya beli rumah korang sendiri. Amin. Moga Allah permudahkan urusan korang!

– Nami

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit