Assalamualaikum para pembaca. Namaku Bunga. Umur hampir masuk pertengahan 20-an. Aku berasal dari selatan tanah air. Aku baru sahaja tamat pengajian sarjana muda beberapa bulan lepas.
Aku berkenalan dengan seorang lelaki di media sosial dan aku rasa selesa dengannya. Aku gelarkan dia A. Dia berasal dari ibu kota.
Dia kerja biasa biasa sahaja tapi kukira agak lama kerana dia sudah mempunyai simpanan untuk berkahwin sebab itulah dia mengajakku nikah pada tahun hadapan.
Dan dia juga seorang yang rajin bekerja kerana sanggup buat dua pekerjaan untuk mempercepatkan kami nikah.
Kami pernah berjumpa tiga kali. Sebulan perkenalan dia memberanikan diri datang ke rumah untuk berjumpa keluargaku.
Ibu dan bapaku telah pun berpisah sejak aku berumur 15 tahun jadinya pada waktu tu hanya ada abangku dan ibuku kerana aku adik beradik tinggal bersama ibuku. Ibuku ok saja bila abangku bercerita tentang A.
Kami merancang ingin bertunang pada awal tahun hadapan dan nikah sebelum bulan 12. Aku kerja biasa biasa sahaja memandangkan zaman sekarang sukar dapatkan pekerjaan walaupun aku ada degree.
Akan tetapi aku sedang giat mencari pekerjaan tetap memandangkan bapaku kurang bersetuju aku ingin berkahwin kerana belum dapat pekerjaan tetap.
Pernah aku suarakan kepada bapaku hasrat A untuk berjumpanya tetapi dia katakan boleh tetapi dia belum sedia jika A nak membicarakan soal perkahwinan.
Dan bapaku insist nak aku kerja kerajaan kerana kononnya apabila dapat kerja kerajaan kita akan dipandang tinggi dan katanya mertua takkan perlekehkan aku jika aku ada pekerjaan ‘bagus’.
Aku masih tak faham dengan mentaliti sebegini. Habistu jika aku tak dapat kerja kerajaan atau swasta yang bagus, adakah aku tak layak berkahwin? Atau nak tunggu umurku 30-an?
Ibuku pula bersetuju jika dia ingin masuk meminang kerana tak mahu kami ‘berkawan’ terlalu lama.
Ibuku trauma nak benarkan aku kawan dengan lelaki semula kerana bekas kekasihku yang tak berguna tapi aku tengok cara A yang serius mampu buka hati ibu aku untuk membenarkan aku berkahwin.
Aku ok saja kerana pada aku aku sudah bersedia mental dan fizikal cuma kewangan aku masih belum stabil.
Kebelakangan ini aku dan A kerap bertengkar tentang soal mencari pekerjaan. Aku rasakan A terlalu menekanku kerana dia cakap jika aku tak dapat pekerjaan segera dia takkan dapat buat plan yang seterusnya.
Pada awal perkenalan dia nampak bole bertolak ansur jika aku ingin berkahwin dalam setahun dua lagi kerana aku pun teringin nak balas jasa ibu bapaku. Tapi sekarang dia nampak begitu mendesak aku tak faham kenapa.
Dia juga nampak berkecil hati apabila dia mengajakku ke rumahnya untuk berkenalan dengan keluarganya kerana ibunya sering bertanya bila dia akan bawa aku kesana. Bukan aku tidak mahu tetapi keadaan tidak mengizinkan.
Pernah aku tanya ibuku boleh ke aku ke sana jumpa family A dan ibuku berkata ‘kau nak pergi sana atas tiket apa?’ Sungguh aku tak faham ‘adat’ orang dulu.
Aku memang ingin sekali bertemu dan berkenalan dengan ahli keluarga dan kawan kawannya tetapi ibuku seorang yang sangat ‘strict’. Aku tak dibenarkan pergi kerumah keluarganya kerana belum mempunyai apa apa ikatan.
Aku percaya kalau jodoh tak ke mana. Aku dan A selalu bertengkar sebab benda yang sama. Aku masih mencari pekerjaan di pelbagai platform.
Aku masih bingung fikirkan bapaku yang macam susah dibawa berbincang. Kalian pun tahu sekarang nak masuk kerajaan susah melainkan anda ada ‘cable’
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca. Maaf atas kekurangan luahahan aku yang nampak tidak tersusun.
Apa apa pun aku berharap para pembaca doakan aku dapat kerja tetap dengan segera dan dipermudahkan urusanku nak berkahwin.
Kalau ada kata kata nasihat pun amat dialu alukan kerana aku tak tahu ke mana harus aku luahkan perasaan sekarang ini.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit