Susahnya Nak Halal

Dah lama saya jaga kesucian diri. Orang couple, saya tidak. Orang berzina, saya tidak. Orang semua bahagia dating sana sini, saya tidak.

(Pernah la bercinta di uni dulu, tapi dia tak serius, jadi saya pun cari lah yang baru. Kami masing-masing dah block sesama kami).

Ada antara kawan saya yang dah kelar tangan dek ditipu jantan-jantan di luar. Yang lelaki sudah dikikis hartanya, yang perempuan sudah hilang daranya. Begitulah kehidupan di alam universiti.

Tapi hari ini, saya rasa elok lagi kalau dari dulu saya menjalinkan hubungan haram, sebab betapa senangnya.

Saya tengok kawan yang dulu berkepit ke sana ke mari, ramai juga yang sudah berkahwin. Saya ni, yang menjaga kesucian, menjaga hati, nak kawin punyalah susah!

Saya seorang perempuan, kerja biasa-biasa sahaja. Ketika belajar, saya kerja part time, dan sekarang saya dah grad. Saya jaga hubungan saya dengan Allah, solat tak tinggal.

Baru-baru ni, saya bercadang untuk settle down. Dan saya pun, macam orang lain yang bermasalah, terjumpa la seorang lelaki, kita panggil dia Mail, melalui dating apps.

Nak dipendekkan cerita, kami memang suka sama suka dan lelaki tu pun okay orangnya, kerja stabil, kereta ada, rumah pun sewa seorang.

Katanya memang nak seorang suri teman di rumah, taknak sekadar housemate.

Lepas setahun lebih kenal, kami pun decide nak berkahwin. Yang jadi isunya sekarang ni, keluarga saya.

Masa awal-awal saya kenal Mail, bukan main lagi mak saya suruh bertunang cepat. Elok saja saya dan Mail dah nekad, mak tiba-tiba banyak sangat soalannya.

Mail ni kerjanya walaupun stabil, dia kerja swasta. Jadi cutinya tu, tak lah macam kami.

Kalau nak apply cuti, kena lah apply awal. Kalau tak dapat approval, tak adalah cutinya. Cuma katanya bila raya memang tak pernah cutinya tak di approve.

Mak saya tiba-tiba tak berkenan dengan Mail, sebab cuti dia tu. Kami dh nak masuk dua tahun dah berkenalan. Dah setahun 7 bulan. Saya mula cakap pada mak nak kawin dengan Mail, bulan 6 tahun lepas.

Saya bertegas dengan mak, yang Mail ni baik orangnya. Mak kata hah yelah.

Lepas tu, Mail tanya bila dia boleh datang meminang? Dia nak kenalkan diri dia dengan mak ayah saya sebab dia duduk di luar negeri, tak pernah jumpa mak ayah saya.

Mungkin kat situ boleh kata Mail ni red flag sebab Mail tak pernah kenalkan diri dia pada mak ayah saya sebelum ni, tapi bagi saya, elok dah confirm baru jumpa. Kalau tak, buat malu sendiri saja.

Lepas tu, tariknya asyik diubah. Sepatutnya Mail dah kata nak datang Disember tahun lepas, tapi mak tak bagi, sebab abang saya tak ada, mereka balik rumah mentua.

Lepastu kami setuju tangguh bulan satu, mak suruh tangguh lagi, katanya kakak pulak tak ada di rumah, balik rumah mentua lagi. Jadi Mail kata, okay lah, kita jumpa Chinese New Year.

Semua setuju kosongkan tarikh tu. Seminggu sebelum CNY, mak kata nak ajak bercuti sebab dah lama tak bercuti sekeluarga. Mak kata sejak PKP dulu asyik terperap di rumah.

Jadi sekali lagi dengan malunya, saya mintak maaf pada Mail.

Mail sangat-sangat terkilan, sebabnya dia sepatutnya boleh dapat OT 3x kalau dia kerja CNY tapi dia dah ambil cuti. Dia mula sedih. Saya serba salah juga tapi perkara ni tak boleh dielak.

Mail mula merungut. Katanya mak saya tu betul-betul tak berkenan pada dia. Dia kata, awak berbincang lah dengan family awak dulu.

Saya jadi sedih. Dah lah saya nak kena berdepan dengan mak ayah. Sekarang Mail pulak merajuk. Adik-adik saya pun tak merajuk macam Mail ni.

Bukannya saya tak berminat dekat Mail. Tapi dah masanya tak kena.

Mail ugut saya macam-macam. Katanya dia nak kahwin, tapi nampak macam saya bukan jodoh dia.

Saya kata, saya pun nak kahwin. Cuma kita selalu tak jumpa masa yang sesuai. Bukan salah saya. Kenapa sekarang Mail ni nak merajuk?

Akak-akak abang-abang yang budiman, tolonglah beri saya nasihat. Saya buntu.

– Polkadot (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *