Susahnya Nak Jadi Baik

Assalamualaikum. Terima kasih iium confession kalau sudi terima dan siarkan confession aku.. Takde lain harapan aku luahkan perasaan kat sini.. Aku cuma nak luahkan apa yang terbuku.. Dan aku bersyukur sangat kalau ada yang sudi bagi nasihat.

Dulu masa kat sekolah menengah, aku ni adalah sejenis budak yang naif. Naif aku tu sampai masuk kategori naif bengap. Orang menyindir pun aku tak reti nak faham.

Husnuzon aku dekat orang level smpai langit ke 7. Tak mudah nak buruk sangka, nak sentap ke apa, memang susah. Senyum memanjang, baik dekat semua orang. Cuma aku ni jenis inferior sikit. Jadi aku bukan jenis banyak kawan atau reti bersosial.

Disebabkan sikap naif aku tu, ramailah kakak senior yang anggap aku ni baik, alim. Yelah, nampak macam lurus je kan.. Dah tu takde bergaul mesra laki perempuan, macam elok ke perangai. Tapi memang aku macam tu.

Aku inferior plus naif. Boleh bayangkan tak? Jenis budak senyap yang tak reti nak membawang dan menggedik. So, kakak senior yang baik2 ni anggap aku good girl. Padahal, aku tak rasa aku baik.

Mungkin Allah nak jaga aku, jadi dia bagi aku kawan dengan kakak2 senior yang baik2 ni. Aku ikut pergi usrah, pegi surau, pergi dengar ceramah, pendek kata, aku jadi budak surau. Budak alimlah kiranya. Tapi aku takdelah berpura-pura. Memang aku suka.

Alhamdulillah, masa tu adalah masa yang aku rindu. Masa tu aku ringan je nak tolong orang, buat baik, seronok sungguh.

Tapi sekarang, semuanya dah berubah. 15 tahun dah berlalu, dan aku bukan lagi budak surau macam dulu. Sekarang aku dah kerja, berkahwin dan ada anak. Aku jadi typical wanita berkeluarga yang bekerjaya. Nothing special.

Habis belajar, aku masuk dunia pekerjaan. Tahun pertama aku kerja, aku masih dengan perangai naif bengap aku tu. Which was a big mistake. Aku sentiasa anggap semua orang baik.

Husband aku pernah cakap, aku ni jenis yang nampak kebaikan dalam semua orang. Kalau orang mengumpat depan2 aku, aku akan back up orang yang diumpat tu dan aku akan sebut pulak kebaikan dia. Itu aku yang dulu. Sangat husnuzon.

Kalau orang tu bergurau mesra dengan aku, suka tegur aku, immediately aku akan anggap hubungan aku dengan orang tu okey. Kawan lah kiranya. Aku takkan buruk sangka.

Tapi, makin lama hidup dalam dunia dewasa, aku makin nampak kepura2an manusia. Perlahan2 Allah hilang kan bengap aku dan bagi aku lihat sikap sebenar manusia. Hipokrit banyak.

Aku ingat semua orang ok dengan aku. Rupanya, aku selalu jadi mangsa umpatan, mangsa keji dan mangsa dengki. Di tempat kerja, aku jadi mangsa buli. Smpai satu tahap, aku dipulaukan. Aku sentiasa tertanya2 ke apa orang layan aku macam tu?

Puas aku ingat balik, apa yang pernah aku buat smpai di layan seperti kain buruk tak ada harga. Rakan sekerja yang aku anggap macam keluarga, fitnah aku macam2. Kalau aku buat silap, seronok lah mereka mengumpat.

Bertahun aku menahan seksa di tempat kerja. Tak cukup dengan buli ke atas diri aku, aku dipertontonkan pula dengan drama buli ke atas orang lain. Kejam, takde yang betul2 ikhlas, semua yang aku kenal di tempat kerja, bermuka-muka.

Bertahun2 tertekan dan dikelilingi orang yang sentiasa me nikam aku dari belakang mengubah diri aku. Aku berdendam. Wujud perasaan benci pada mereka semua.

Dulu naif, sekarang aku langsung tak percayakan sesiapa. Mana tidaknya, orang yang aku percayai, yang aku hormat di tempat kerja sentiasa menikam dari belakang.

Walaupun sekarang aku dah berhenti kerja di situ dan be kerja di syarikat baharu, dendam aku tak padam. Di depan orang aku akan manis kan muka, tapi di belakang, aku akan pesan pada diri, jangan terpedaya.

Aku jadi malas nak buat baik. Sebab apa? Dekat tempat kerja dulu aku baik dengan rakan sekerja tapi aku tetap jadi bahan kejian.

Aku jadi selfish, sentiasa dahulukan diri aku daripada orang lain waima suami sendiri. Sebab aku tak percaya orang lain akan jaga aku. Jadi aku jaga diri sendiri.

Aku malas nak ambil tahu pasal orang lain. Kalau orang lain susah, aku buat tak tahu. Aku langsung tak ambil peduli. Tak terjentik langsung rasa kesian bila tengok orang susah Padahal dulu, pantang tengok pengemis aku confirm bagi sikit walaupun aku sendiri tak banyak duit.

Tapi musim PKP ni banyak pulak keluar dekat media sosial dan media massa akan kesusahan masyarakat akibat tak boleh keluar cari rezeki dan kepayahan front liners. Hati aku mula terdetik nak tolong..

Sebak tengok kesusahan orang. Aku mampu, dari segi kewangan ya aku mampu tolong.

Tapi, mungkin rasa benci dan skeptikal dah sebati sangat dalam diri, aku jadi susah nak tolong orang. Haritu aku cuba sumbang kat tabung kutipan derma untuk front liners.

Lepas tu aku cuba lagi buat sumbangan untuk orang yang terjejas mata pencarian. Sikit, tak banyak.

Lepas tu selang sehari aku order makanan dekat penjual makanan on9 dan minta runner tolong hantar kan dengan niat dapat support bisnes mereka dalam keadaan susah sekarang. Tapi rasa berat nak tolong tu tebal sangat.

Aku tahu, rezeki dia orang bukan dari aku tapi dari Allah.

Aku tengok dekat fb, ramai sangat orang keluar bantu orang susah.. Cemburu.. Aku nak ikut, aku mampu tapi aku tak kuat nak keluar tolong orang. Berat sangat hati nak buat kebaikan.

Apa masalah aku sebenarnya? Dah hilang ke sisi baik dari diri aku? Aku bukan ya nak buat baik sebab pujian.

No.. Kalau nak dapat pujian lama dah aku buat. Tapi, aku nak Allah pandang aku.. Aku nak ada tempat di sisi Dia dalam kala ngan orang yang baik2.. Tapi aku rasa susah sangat nak buat baik.. Dipaksa hati ni sungguh baru dapat buat.. Kenapa ya?

Apa masalah aku?

– Kalbu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *