Susahnya Rezeki Ku Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca budiman sekalian..

Hari ke 17 berpuasa allhamdulillah atas rezki masih bernafas. Saya pembaca tegar IIUM Confession dan harap dapat dipublish oleh admin…

Sedikit pengenalan diri, saya pertengahan 20-an degree holder dari sebuah universiti tempatan di selangor. Merupakan anak perempuan bongsu daripada 8 orang adik- beradik.

Seperti tajuk diatas, susahnya rezeki (kerja) untuk saya…. Kenapa Ya Allah, jahat sangatkah diri ini, tidak layak mendapat sedikit cahaya.

Hari ini, saya mendapat keputusan gagal lagi dalam ujian SPA dan terpanggil membuat confession pukul 1.30 pagi.

Saya bukan memilih kerja kerana saya tinggal sijil degree saya dan hanya bawa sijil taraf SPM sahaja untuk mohon kerja. Saya pernah pergi interview kedai RM2, taska, spa8 dan tidak pernah dapat….

Susahnya pintu rezeki menjemput saya. Kadang2 interviewer cakap sijil/ result saya okay sangat- sangat tapi masih tidak berjaya.

Saya kadang stress sampai saya pernah tarikh rambut sendiri, menanggis sendirian, hantuk kepala.

Pernah terfikir mati lebih baik. Pernah mempersoalkan Allah yang maha pemurah tapi kenapa untuk saya tiada pemurah.

Buat apa saya jadi baik, baca Quran, jaga solat tapi tiada rahmat “Pemurah” untuk saya.

Mak saya memang mengharapkan saya kerja kerajaan macam kakak2 saya.

Ada satu hari, saya pergi interview kerja… Mak saya tanya, gaji berapa???? Saya jawab lah dalam RM800 jeee.

Mak saya cakap nak makan apa gaji sikit macam tue. Last, memang saya tidak berjaya pun interview itu. Macam saya cakap, rezeki saya susah sangat. Interview, ujian tak pernah lulus.

Saya sudahkan amalkan membaca surah waqiah, solat dhuha, sedeqah dan sebagainya supaya Allah buka pintu rezeki kerja untuk saya…

Saya harap pembaca boleh kongsikan apa- apa doa, amalan yang boleh saya amalkan, kata- kata semangat untuk saya.

Akhir kata, minta maaf kalau kurang jelas, ayat berterabur..

– Bunga Ungu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *