Cakap pasal medical students ni, saja nak cerita pengalaman aku bersalin kat sebuah hospital universiti (tak mau dedahkan mana). Disclaimer awal-awal..sorry campur bahasa
Almaklumlah bila dah hospital universiti confirm-confirm la medical students banyak. Nak dikatakan setiap masa doctor buat round ward mesti ditemani medical students sekali. Disebabkan aku dah a few times false alarm bersalin; kene tahan ward a few times jugak lah. Memang tak lari kene hadap dengan med students jugak.
Ada yang annoying, ada yang okay. Annoying tu bila tanya aku bende sama dia tiga kali, macam dia tak register bila aku cakap the first time. Sometimes tak tau apa nak tanya, duduk depan aku mcm blur time tu dah la aku tgh nak minum milo, doctor tu yang kene push dia “ok you tanya la patient bla bla”. Aduh nampak sangat tak come prepared.
Tapi dalam banyak-banyak pengalaman, time masa aku bersalin tu paling bittersweet. Biasalah bila bersalin ni la akan ada sekumpulan students yg akan duduk sekali tgk sbb ye lah, this is a huge opportunity for them to learn kan. Mula mula aku rimas la time aku tgh contraction + tunggu masa untuk bukaan yang sesuai untuk bersalin (bergantung kat orang,aku kene tunggu lama), time tu la students dok banyak kerumun, kejap-kejap tanya benda. Tapi kebanyakkan tolong lah doktor dan nurse tukar apa apa yang patut. Paling aku tak lupa sorang student ni (aku tk sempat amik nama dia), chinese, setia teman aku dr awal sampai akhir.
Aku start contraction pukul 4 pagi, tapi bukaan aku masih tk cukup untuk bersalin, so diorg terus masukkan aku kt labour room. Situ doctor dah start drip aku ubat untuk cepatkan proses bukaan. Doctors please bgtau kalau salah sbb ye lah aku bukan doctor so aku tell it as i see it lah. Nak tunggu untuk bukaan sesuai tu azabnya lama. dekat 12 jam jugak tunggu. Nasib baik ada epidural untuk kurangkan rasa contraction.
So berbalik kepada cerita budak med student tu, kita namakan dia susan lah. Susan ni dari aku start masuk labour room dia mmg dah ada bersama kumpulan students lain. Diorg memang banyak tolong dari segi tukarkan alas sebab air ketuban pecah la, dan sebagainya. Disebabkan tempoh lama nak tunggu aku nye bukaan sometimes doctors ni pi tolong patient lain yang nak bersalin, terlantar la aku sorang-sorang dgn sakit contraction nye + tak makan lansung dari subuh. Susan ni sorang je teman aku (time ni husband aku tak sampai lagi). Aku tanya dia boleh tak aku makan, dia kata aku tak boleh makan, tapi dia boleh ambikkan aku air. Aku pun haus sangat sambil nak tunggu tu, susan ni pun datang la bawak secawan air suam. Sekali nak minum Ya Allah panasnya, aku siap ‘ter’complain panas nya air ni. Susan ni pi balik ambik air sejuk sikit. Nak dekat tiga kali dia ulang alik ambik air sampai yang aku rasa sesuai suhunya untuk dipanggil air suam. Sabar betul susan tu melayan perangai diva aku.
Lepas tu aku tanya pulak..”where’s my husband? Can you please call him?”. Dia pun pegi call husband aku tanya dia kat mana. Datang balik report kat aku husband aku on the way. Haha. Sebab aku di strap kan dgn bende CTG (untuk monitor contraction aku) aku tak boleh bergerak, so Susan ni la yang bagi aku minum by bringing the cup to my lips. Dari pagi sampai sebelum aku bersalin. Imagine. Apa apa aku nak tanya ke aku nak apa apa ke si susan ni ada kat sebelah katil aku.
Bila waktu aku nak bersalin tu dia lah antara pasukan sorak yang paling kuat. Husband aku tok sah cakap la.. memang dia yang dok genggam tangan aku bukan aku yang genggam. Haha. Susan tu pulak, “you’re doing great puan you’re doing great”! Sapa bersalin hospital kerajaan akan tau betapa kecohnya pasukan sorak ni time bersalin. susan ni tak putus putus bagi aku kata semangat.
Sampai lah aku selesai bersalin, baru dia bagi aku ruang privacy untuk aku and husband to bond dengan our newborn baby.
Pada aku, student macam susan ni Insya Allah will make a great doctor. Sebab bonding dia dengan patient dia sangat bagus. Dia bukan semata mata nak lulus je, dia ada empathy; and to me that is what makes you a great doctor. Sorry for the longwinded post about susan. I hope med students akan lebih prihatin and dedikasi macam susan ni baru lah orang lain tak pandang serong kt students.
– NSZ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit