Assalamualaikum semua. Aku seorang ibu yang baru sahaja selesai berpantang anak pertama.
Sejak mengandung aku dah plan nak menyusukan anak nanti sehingga umurnya cecah dua tahun. Rupanya tak semudah itu ya, aku hampir putus asa.
Selepas aku melahirkan puteraku, kami berpisah. Dia diletakkan di nicu selama satu minggu selepas tiga hari aku discharge dan anakku masih di ward.
Waktu anak di nicu aku bengkak susu, mesti ada tertanya selama anak aku di nicu aku tak beri susu badan ke?
Tengah bengkak susu pun aku beri, cuma bukan rezeki aku punya susu yang banyak. Ketika tengah bengkak susu aku pergi berurut dan tuam dgn air panas.
Alhamdulilah dah seminggu anak dah discharge aku paling happy tak perlu ulang alik tengok anak di hospital.
Aku cuba bagi susu badan anak sekerasnya menolak tak mahu. Makin kuat meraung menangis kelaparan bila susu badan aku tak banyak keluar. Akhirnya aku mengalah, aku beri susu formula.
Dan waktu dalam pantang ni juga aku akan pump susu untuk beri pada anak. Sebab dia tak nak direct feeding.
Dalam pantang emosi diganggu, bila ada tetamu orang terdekat pandang serong pada ibu yang beri susu botol.
Bila aku cakap anak tak nak direct feeding sebab nipple confuse yelah lama dia kat nicu tu tapi aku bagi juga cuma tak direct sulam dengan formula juga sebab susu tak banyak.
Terus mereka siap paksa anak tekapkan muka di breast kita buat demo tu sampai anak menangis lapar tapi susu tak keluar waktu tu.
Aku pulak yang nak meraung tapi aku sabar lagi sebab aku hormat orang lebih tua mungkin ilmunya banyak berbanding aku yang tiada ilmu penyusuan.
Suami pula tak memberi support untuk aku disaat aku betul-betul perlukan dia.
Aku dah ikhtiar macam macam. Aku try juga amalkan longan kurma, air horlick, roti jagung, ubat farmasi dan suppliment yang viral konon boleh tambah susu badan tapi tak berhasil juga.
Suami bila tengok aku pump hanya dapat tak sampai 1oz terus dia cakap tak payah pump lagi. Sedangkan aku tak pernah give up untuk nak beri juga susu kat anak walaupun tak banyak itu sahaja rezeki untuknya.
Susu formula tetap aku beri sulam dengan susu badan walaupun sikit sangat. Selepas habis sahaja pantang, aku mula sedar susu makin sikit susah sangat nak dapat walau 1oz.
Susu badan akan banyak kalau anak direct feeding, aku dah cuba tapi tak berjaya. Anak tetap pilih botol juga. Bila balik kampung mertua tegur aku.
“Tak bagi susu badan lagi ke?” aku explain.
“Susu formula tu yang minum bukan elok, nanti tak sedap perut anak tu” kata mertua. Aku diam.
Tak tahu nak dibalas apa, emosi aku bagai dihenyak.
Penat sangat nak dihadap bukan sengaja aku nak beri anak minum susu formula tu, ya aku akui susu ibu susu yang Eksklusif yang tiada boleh tandingi walau harga susu formula tu ratusan ringgit sekalipun.
Moment paling indah dalam hidupku bila anak cuba hisap walau susu tak keluar waktu tu walapun sekejap ja, kecewa tu tetap ada. Sebab aku tak berjaya nak susukan anakku.
Jangan dikecam ibu yang berikan anaknya susu formula bukan kami tak usaha, cuma bukan rezeki kami dapat susukan anak.
Ubahlah mentality pandangan terhadap kami dengan memandang kami seperti sedang melakukan kejahatan dunia.
Stigma masyarakat bila memandang ibu yang berikan susu formula digelar ibu yang gagal. Sakit bersalin melahirkan secara normal mahupun pembedahan belum pulih, belum lagi yang tumpah darah ataupun koma.
Allah kurniakan rezeki masing-masing tak sama. Mungkin rezeki kamu punya susu yang banyak dapat susukan anak jangan pula kamu perlekehkan kami yang tak berikan susu badan.
Sedih si ibu bila orang cakap macam-macam bila bagi susu formula sedangkan si anak baru kenal dunia, sakitnya si anak si ibu juga yang berjaga.
Important part is husband.
Tolong bagi semangat pada isteri,
Kalau nampak dia tengah usaha tu, carikan apa sahaja yang boleh jadikan milkbooster. Bagi semangat untuk dia jangan bagi dia stress kembalikan mood ceria isteri agar susu tak drop. Jika tak perlukan wang ringgit cuma cakap.
“Yang, awak boleh saya percaya. Jangan give up, saya rebuskan air longan kurma ye”
Nampak tak simple ja boleh kembalikan semangat si isteri, sama sama bantu. Kalau dah usaha tapi tetap bukan rezeki juga. Tak apa redha saja mungkin next pregnancy boleh tambah ilmu penyusuan kan.
Akhir kata,
Kita seorang ibu yang hebat,
Kita tak gagal menjadi ibu,
Kerana membesarkan khalifah perlukan cinta kita bersama,
Jika tiada kita runtuhlah jiwa si anak hilangnya kasih kita.
Kuat kita bawa bersamanya selalu.
Jangan putus asa ibu,
Tiada beza berikan susu apa sekalipun
Doakan dia membesar menjadi khalifah yang hebat, anak yg menyenangkan hati ibu ayah, akhlak peribadi yg baik, menjadi anak yg soleh solehah dan berjaya di dunia dan akhirat inshaallah.
Terima kasih,
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit