Assalamualaikum..
Saya cuba ringkaskan apa yang saya ingin sampaikan..
Kepada ibu2 sekalian janganlah anda stress jika anda tidak cukup susu badan untuk menyusukan anak/tiada susu badan/anak tidak mahu menyusu walau dah cuba berkali-kali..
Ingatlah dan sedarlah bahawa:
1. Kedua-dua susu ibu dan susu formula(yang ada sijil halal yang diiktiraf selebihnya tawakkal) adalah halal untuk anak kita.
2.Allah swt tidak mengharamkan pun susu formula..kerana Allah yang mencipta kita maka Dia Maha Mengetahui bahawa setiap ibu itu berbeza keadaannya..ada yang dikurniakan susu yang banyak, ada juga yang sederhana, ada yang sedikit dan ada juga yang tiada susu..
3. Susu ibu susu terbaik..namun tidaklah direndah2kan susu formula yang halal kerana susu formula inilah yang membantu ibu2 yang kekurangan susu badan untuk mengenyangkan bayi2 mereka..sedangkan susu formula adalah juga khasiatnya..
4. Saya perhatikan ada je saudara mara dan rakan-rakan yang memberikan anak2nya susu formula alhamdulillah anak2nya sihat sahaja, pandai dan berakhlaq baik..tidak berbeza dengan yang menyusu badan..sesungguhnya kita ibu bapa yang mencorakkan anak2 kita..
5. Usahlah kita memperlekeh mereka yang memberi susu formula pada anak2 mereka, usahlah kita cuba mempertikaikan mereka..saya percaya bahawa rata2 ibu di luar sana sudah cuba untuk menyusu anak mereka tapi disebabkan keadaan tertentu (mcm2 keadaan dan situasi berbeza yg mgkin dialami oleh setiap ibu) maka mereka terpaksa memilih susu formula..
6. Tapi ada yg saya jumpa yang tak nak menyusukan anak sebab geli..dalam kes sebegini ibu itu perlu berjumpa dengan doktor/kaunselor untuk perbincangan..tapi akhirnya dia menyusukan anak keduanya..alhamdulillah..
Dalam kes saya alhamdulillah Allah kurniakan susu yg banyak..sekali pam dapat 280ml..namun hanya anak pertama dapat menyusu sepenuhnya..anak kedua sempat menyusu 1tahun 7bulan..anak ketiga hanya 3bulan menyusu..walaupun sedih tak dapat menyusu sepenuhnya tapi saya reda dengan ketentuanNya..asalkan anak kenyang dan sihat alhamdulillah..tak perlulah saya ceritakan kenapa nanti panjang pulak menaip..
Sampai sini saja..harap2 tiada lagi lepas ni yang duk bertegas dengan susu ibu, lagi2 pada mereka yang sedang berpantang, lain orang lain badan, lain orang lain situasi, lain orang lain rasa..
– Mu’allimah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit